WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Monday, April 27, 2015

Lara Ringgit Ku

30 Mac
Hari ini
Ku pergi kedai
Ku bayar tiga puluh ku dapat sepuluh
Tiga ringgit ku dapat satu

31 Mac
Hari ini
Ku pergi kedai
Ku bayar tiga puluh ku dapat sepuluh
Tiga ringgit ku dapat satu

1 April
Hari ini
Ku pergi kedai
Ku bayar tiga puluh ku dapat haru
Tiga ringgit ku sayu

Hari ini
Empat ringgit ku dapat satu

Semalam
Tiga ringgit ku dapat satu

Hari ini
Taukeh kira betul
Empat ringgit harga barangku
Ku bayar empat ringgit dua puluh empat sen ku dapat satu
Tiga puluh ringgit mampu beli tujuh

Semalam
Ku bayar tiga ringgit ku dapat satu
Tiga puluh ringgit ku dapat sepuluh

Hari ini
Lara ringgit ku
Tiga puluh tak mampu beli sepuluh
Tiga puluh mampu beli tujuh

Lara ringgit ku
Duit ku cuma tiga puluh
Tak mungkin dapat sepuluh lagi

Hari ini
Ku bawa balik tujuh
Ku pandang sayu pada tiga
Andai mampu ku beli sepuluh
Lara ringgit ku

Hasil Nukilan: Oliyabra Hj Madyusa - 01.04.15

STRESS: Definisi dan Konsep

Pengenalan

Kajian mengenai konsep tekanan telah diperkenalkan oleh Hans Selye bermula dalam tahun 1930an. Hans Selye telah menyumbangkan satu konsep yang fundamental kepada pemahaman dalam penyakit berkaitan tekanan. Dalam tahun 1924, beliau pertama kalinya telah mengenal pasti satu keadaan atau sindrom yang ditunjukkan oleh pesakit-pesakit yang sedang menderitai berbagai-bagai jenis penyakit dan memanggil keadaan ini sebagai sindrom baru jatuh sakit (syndrome of just being sick). Dengan sindrom baru jatuh sakit ini, Selye telah menjalankan uji kaji pelbagai stimulus tekanan ke atas haiwan makmal dan menemui tiga peringkat tekanan yang dipanggil sindrom adaptasi am atau GAS (General Adaptation Syndrome). Tiga peringkat tersebut ialah peringatan atau amaran (alarm phase), penolakan (resistance phase) dan keletihan (exhaustion phase). Contohnnya, tanda-tanda peringkat amaran telah berlaku apabila badan mengeluarkan adrenalin, ketegangan otot, peningkatan kadar degupan jantung dan peningkatan tekanan darah. Peringkat penolakan berlaku apabila badan berusaha untuk melawan tekanan dan puncanya dan peringkat keletihan berlakku apabila penolakan berhenti, jatuh sakit atau kematian.

Apa itu Stress?
  • Dalam Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang.
  • Dalam Kamus Oxford Advanced Leaner’s (1983), tekanan atau dalam bahasa Inggerisnya stress adalah pressure; condition causing hardship, disquiet.
  • Seyle (1964) adalah orang yang pertama menggunakan terma tekanan, beliau mendefinisikan tekanan sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya.
  • Menurut Fariza Md Sham (2007), tekanan mengikut bahasa Arab disebut sebagai dhagt yang bermakna jiwa yang mengalami pergolakan dan kegelisahan amat dalam. 
  • Dalam Kamus Human Behaviour, tekanan atau stress adalah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang mengendalikan sesuatu keadaan. 
  • Dalam Kamus Behavioral Science, Tekanan adalah satu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.

Isu-Isu Stress di Malaysia

Beberapa isu stress diringkaskan seperti berikut: -

  • Misteri kehilangan Pesawat MH370: 
    • Misteri kehilangan pesawat MH370 MAS yang hilang secara tiba-tiba menjadi tekanan yang amat besar kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan juga ahli keluarga mangsa MH370 tersebut. Secara tidak langsung, turut memberi tekanan kepada pihak MAS dan kerajaan untuk merungkai misteri ini.
  • Isu kematian enam orang remaja di Festival Muzik Asia 2014: 
    • Isu kematian remaja di Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) yang bertempat di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pesta Muzik terbesar di Asia yang bertemakan Safari telah dilangsungkan selama dua hari dan terpaksa dibatalkan pada hari ketiga kerana peristiwa kematian enam orang remaja yang dilibatkan dengan pengambilan dadah secara overdose. Stress dikatakan antara punca remaja mengambil dadah secara overdose.
  • Isu Jerebu: 
    • Isu jerebu menimbulkan tekanan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Contohnya, jerebu yang mencapai paras IPU berbahaya di beberapa kawasan utama di Lembah Kelang menyebabkan beberapa sekolah terpaksa ditutup.
  • Isu Kesihatan: 
    • Masalah kesihatan dengan merebaknya virus penyebab sakit kuku kaki tangan dan mulut dan juga denggi yang sangat menular di seluruh negara menjadi punca tekanan di kalangan masyarakat Malaysia.


Sunday, August 10, 2014

Diari_Hidup itu Kehidupan

Alhamdulillah...

Coretan sebelum 11 Ogos 2014

masih lagi ku menghirup haruman dunia
walau dunia bergegar dengan 1001 cerita
Dalam jalinan hidupku yang penuh berliku

Allah huakhbar.. Allah Maha Besar...

semoga dipermudahkan pencarian hilangnya saudara bersama MH370
dipermudahkan urusan dan terbela nasib saudara terkorban dalam MH17
Syahidnya saudara di bumi Gaza, marilah sama-sama hadiahkan Al-Fatihah

Subhanallah...
sempurna ciptaanmu Ya Allah
tidak mampu ditandingi oleh tangan-tangan manusia
tidak tercapai akal manusia
hanya dengan izin-MU Ya Allah
dengan hanya kalimah sucimu dari kalam murni Al-Quran "Kun Fayakun" 
Jika Allah mengkehendaki "Jadi...maka Jadilah" dengan hanya izin Allah SWT

Allah Maha Besar

Ya Allah...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih.

Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .

Ya Allah, sesungguhnya kami mohon pemeliharaanMu dan penjagaanMu... terhadap agama kami, keimanan kami, diri kami, ahli-ahli keluarga kami, keturunan kami, harta-benda kami, negeri kami dan kediaman kami serta segala sesuatu yang Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, mohon jadikan kami dan segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam kawalanMu, di dalam keamananMu, di dalam dampinganMu dan di dalam lindunganMu daripada syaitan yang derhaka lagi degil dan daripada bencana tikaman pandangan mata yang merbahaya dan daripada yang mempunyai kezaliman serta daripada kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu Ya Allah...

Ya Allah, mohon teguhkan kami dengan ketakwaan dan kekuatan pendirian di jalan yang lurus dan mohon lindungi kami daripada yang membawa kepada penyesalan di dunia dan di akhirat bahawa sesungguhnya Engkau adalah Maha memperkenankan segala doa. Ya Allah, perbaikilah hasil urusan kami dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, bantulah, panjangkanlah umur kami, berikanlah petunjuk serta peliharakanlah kami dari perkara yang haram dan bentuklah kami dengan perkembangan yang sihat dan suburkanlah ia dengan kehidupan yang baik dan berikan petunjuk dan ketaqwaan di dunia dan akhirat kepada kami. Ya Allah, perbaikilah diri dan akhlak kami, hiasilah jiwa kami dengan cahaya keimanan dan penuhi hati kami dengan ketaqwaan serta berpendirian teguh. Dan jadikan kami seseorang yang berbakti kepada kedua ibubapa kami dan bukan seorang yang derhaka terhadap keduanya, dan jadikan kami dari kalangan orang-orang yang salih. Dan hindari kami dari orang-orang yang berhasad dengki.

Ya Allah berikan pada jiwa-jiwa kami ketaqwaan kepadaMu dan sucikannya, Engkaulah sebaik-baik Zat Yang Menyucikan jiwa. Engkaulah Pelindung dan Penolong kami, Wahai Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang baik, dan Engkau berurusanlah dengan kami seperti Engkau berurusan dengan orang-orang yang baik, dan Engkau peliharalah kami daripada segala keburukan, ujian, fitnah dan kemudharatan. Ya Allah berkatilah bagi kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, zuriat keturunan kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhan kami, ilhamkan kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan pada kami dan kepada kedua ibubapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai. Dan masukkan kami dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan orang-orang yang salih. 


Ya Allah, jadikan aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampunan bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Ya Tuhan kami, mohon kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon selamatkan kami daripada azab api neraka.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.

Amin... Amin... Amin... Ya Allah...

P/S: Sekalung penghargaan buat insan-insan tersayang, keluarga dan sahabat handai semoga kasih, rahmat, lindungan dan redha Allah SWT sentiasa bersama kita. Semoga kita diberi umur yang panjang, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan jodoh (bagi yang bujang), bahagia dunia dan akhirat... 

Terima Kasih buat,
Hj Madyusa Hj Hasabulla & Jainab Kachil @ Dayahan Pelecio, Ayah dan Ibu kesayanganku
Inna Hj Almah Pelecio (Permata Hatiku)
Bapa Pollo sekeluarga
Tuah Jerry & Sabariah, Along Sirin & Haryati, Kiki Haidee & Sukarno, lang Rosita &Ej, Teh Lucinta & Hazis, Hana @ Hanacute, Tyma, Along Amin, Yaya Almah, Wawa Hawani, Jaja Aisya, Rayyan, Raziq, Rabiatul, Umairah, Zaimah, Zuhnun, Banin, Ziqri, Afifah, dan Iqbal (Adik beradik, ipar-duai, dan anak2 saudara).

Terima Kasih buat,
Kak Su @ Raj Normala Sabu.. my sister and my best friend forever..
Tieyna @ Malati Abdul Rahman my buddies and bff forever,
Meg @ Megdalina Mohd Egoh Nabuat, and Hana @ Nor Hana Asra binti Rajibi.. my lil sis and bff forever..

Terima Kasih buat, 
Kak Hajah Tipung sekeluarga, Kak Su sekeluarga, Tieyna sekeluarga, Lyn Sekeluarga, Rosnani Sekeluarga. Bos Mohd Redzuan @ Edmund Lianun sekeluarga
(budi kalian hanya Allah Taala sahaja dapat membalasnya)

Terima Kasih buat,
Siti Megdalina Mohd Egoh Nabuat, Bapa Mohd Egoh sekeluarga
Nor Hana Asra Rajibi sekeluarga, Bapa Rajibi Hj Aman sekeluarga
(budi kalian hanya Allah Taala sahaja dapat membalasnya)

Terima Kasih buat,
Keluarga, sanak-saudara, sahabat-sahabat dan kenalanku
Andai satu hari nanti aku pergi dahulu daripada saudara-saudaraku,
Ampunkan dosa-dosaku sama ada aku sedari ataupun tidak,
mohon halalkan makan dan minum, serta perlakuan kasarku,
mohon halalkan hutang-hutangku... jika ada hutangku yang tak sempat ku bayar atau yang aku tak ingat... (selagi jasad dikandung badan, Insyallah aku akan berusaha melunaskan segala hutang-hutangku pada kalian)... semoga Allah Taala melipat-gandakan rezeki kalian...
Sentiasalah ingat aku dalam doa kalian... 
Permudahkan kehidupanku di alam barzakh dengan sedekah Al-Fatihah kalian,
Terangkan kuburku dengan sedekah Yaa Sin daripada kalian di setiap malam Jumaat..

Sesungguhnya, kasihku pada kalian semua. Mengenali kalian suatu rahmat, kalian banyak mempermudahkan dan mengindahkan perjalanan kehidupanku di dunia ini... 

Terima Kasih Semua

Kualiti Hidup Era Globalisasi dan Perkembangan ICT

Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat (ICT) kualiti hidup menjadi antara agenda penting untuk diperbincangkan memandangkan ianya mempengaruhi kualiti hidup masyarakat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Kemajuan ICT melibatkan penggunaan teknologi komunikasi dan komputer untuk memproses segala bentuk maklumat, termasuklah penggunaan e-mail dan penyimpanan pengkalan data melibatkan rangkaian komputer. Sistem televisyen pula membekalkan perkhidmatan maklumat dalam bentuk teletext kepada penonton. Termasuklah pembaharuan urusniaga dan perbankan melalui pengeluaran berasaskan komputer. 

Era globalisasi sering kali dikaitkan dengan modenisasi yang dialami oleh masyarakat dunia. Era globalisasi dan kemajuan ICT sentiasa merubah kehidupan masyarakat seluruh dunia dan mempengaruhi teknologi-teknologi lain. Globalisasi berteraskan ICT telah membawa banyak perubahan secara langsung kepada kehidupan masyarakat dan individu. Kewujudan ribuan kafe internat dan internat komuniti merupakan antara bukti nyata tentang globalisasi berteraskan ICT. Perkembangan teknologi satelit dengan ICT turut menyebabkan ledakan penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Terdapat pelbagai isu sering dikaitkan dengan era globalisasi dan pembangunan ICT dengan kualiti hidup masyarakat sama ada melibatkan isu-isu global mahupun isu-isu semasa.

Kualiti Hidup

Era globalisasi dan perkembangan ICT berkait rapat dengan kesan pembangunan akibat daripada pertumbuhan ekonomi. Isu transformasi yang berlaku pada asasnya memberi kesan perubahan pelbagai sudut mencakupi pertumbuhan ekonomi, perkembangan perindustrian, prasarana dan perumahan. Perubahan tersebut sekaligus menyaksikan sebuah pekan kecil menjadi padat dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakatnya. Selain itu, kesan pembangunan terhadap alam sekitar turut menjadi isu dalam era globalisasi. Persekitaran yang merosot menjejaskan kualiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakat. 

Azahan et al. (2008), telah menjalankan kajian tentang penilaian makna kualiti hidup dan aplikasinya dalam bidang pengurusan persekitaran di Malaysia. Skop kajian ini memberi tumpuan kepada transformasi yang dialami di pekan Parit Raja dari segi perkembangan fizikal, sosial dan ekonomi. Kajian ini diharap berupaya membentuk penunjuk dan indeks kualiti hidup di pekan Parit Raja mengambil kira kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat. Status kualiti hidup bukan hanya berdasarkan kepada struktur yang ada di Pekan Parit Raja semata-mata tetapi merangkumi penerimaan masyarakat itu sendiri terhadap perkembangan persekitarannya. Pembentukannya adalah berdasarkan kepada sepuluh penunjuk kualiti hidup di dalam komponen IKHM. 

IKHM merupakan suatu pengukuran komposit berdasarkan kepada sepuluh bidang iaitu pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial, serta keselamatan awam. Bidang ini dianggap sama penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk. Sebanyak 38 penunjuk telah digunakan dalam pengiraan indeks tersebut yang mana jelas membuktikan penunjuk berkenaan dipilih untuk menyediakan satu ukuran agregat mengenai kualiti hidup negara ini bagi menilai kesan pembangunan ekonomi ke atas penduduk. Menurut Haryati (2010), pengukuran IKHM telah mengambilkira berbagai dimensi pembangunan, yang mana setiap kelemahan yang sering dilakukan hanya merujuk kepada satu atau beberapa penunjuk pembangunan seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

Dalam sistem perkiraan IKHM, semua penunjuk diberi tanda positif atau negatif. Penunjuk dipilih untuk setiap komponen berasaskan sejauh mana ianya dapat menggambarkan sesuatu komponen berkenaan dan sejauh mana terdapatnya data siri masa. Menurut Haryati dan Nurasyikin (2011), Laporan Kualiti Hidup 1999, IKHM telah dibentuk dengan mengambil data yang meliputi tempoh 1980 hinga 1998 dengan menjadikan tahun 1990 sebagai tahun asas. Pada keseluruhannya kualiti hidup rakyat Malaysia bertambah baik dengan peningkatan IKHM yang memberansangkan daripada 86.2 mata pada tahun 1980 kepada 105.7 mata pada tahun 1998. 

Dalam konteks peningkatan ini, faktor yang menjadi penyumbang utama adalah pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menjana peningkatan kepada dimensi pembangunan lain meliputi pendapatan dan pengagihan, pendidikan, kehidupan keluarga, kesihatan, pengangkutan dan komunikasi, penyertaan sosial, perumahan dan persekitaran kerja. Menurutnya lagi, kualiti hidup sosial penduduk merupakan indikator terpenting dalam kemajuan dan peradaban negara bertamadun. Situasi ini telah digambarkan oleh Kualiti Hidup Malaysia (1999) yang mendefinisikan kualiti hidup sebagai kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara.

Isu-Isu Kualiti Hidup Era Globalisasi dan Kemajuan ICT

Isu-Isu Kualiti Hidup Dalam Era Globalisasi dan Kemajuan ICT

Terdapat beberapa isu global melibatkan kualiti hidup dalam era globalisasi dan kemajuan ICT sama ada secara langsung atau sebaliknya, diringkaskan seperti berikut: -

Isu 1: Institusi Keluarga dan Kualiti Hidup

Perkembangan era globalisasi dan kemajuan ICT turut memberi kesan kepada institusi keluarga pada masa kini. Institusi keluarga sama ada keluarga induk, keluarga luas, keluarga dwikerjaya dan keluarga tunggal mengalami cabaran dalam usaha mensosialisasikan generasi muda. Antara isu berkaitan dengan institusi keluarga adalah berkaitan dengan komunikasi. Komunikasi tidak efektif di kalangan ahli keluarga turut memberi kesan secara tidak langsung kepada kualiti hidup individu, keluarga dan seterusnya masyarakat. Kurang komunikasi di kalangan ahli dalam keluarga cenderung membawa kepada gejala sosial di kalangan remaja. 

Che Hasniza dan Fatimah (2011), telah membuat kajian tentang corak komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga Melayu di Terengganu. Kajian ini memberi tumpuan kepada kepentingan komunikasi keluarga terhadap keberkesanan hubungan kekeluargaan. Tumpuan diberikan kepada dua bentuk orientasi komunikasi. Pertama, orientasi perbualan yang merujuk kepada keterbukaan ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak-anak di mana wujudnya hubungan dua hala di antara ibu bapa dan anak. Kedua, orientasi konformiti: Orientasi konformiti merujuk kepada bentuk komunikasi yang rigid, memberi penekanan kepada autoriti ibu bapa khususnya dalam membuat keputusan. 

Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu dan bapa memberikan peratusan yang lebih tinggi berbanding anak terhadap keterbukaan berkomunikasi. Dapatan ini juga selari dengan kajian Howard (1988) yang mendapati bahawa ibu dan bapa memberi persepsi bahawa mereka lebih terbuka dan kurang masalah di dalam komunikasi keluarga, jika dibandingkan dengan persepsi oleh anak-anak remaja. Komunikasi mampu menggambarkan apa yang berlaku dalam keluarga dan juga sejauhmana eratnya tahap perhubungan sesebuah keluarga. Secara keseluruhannya, kajian ini melihat kesignifikanan komunikasi keluarga khususnya komunikasi orientasi perbualan dan orientasi konformiti dalam hubungan di antara ibu bapa dan anak. 

Isu 2: Gaya Hidup dan Kualiti Hidup 

Era globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat ICT memberi implikasi terhadap gaya hidup masyarakat. Rakyat di negara ini mampu berdaya saing seiring dengan perubahan dunia dengan adanya pelbagai usaha untuk mengadaptasi teknologi dalam aktiviti seharian. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi dan kemajuan ICT ini, kita turut melihat perubahan negatif dalam gaya hidup masyarakat diantaranya isu tentang keruntuhan moral dan akhlak. Isu ini sering kita dengar atau baca di muka-muka akhbar tentang keruntuhan moral dan akhlak melibatkan masyarakat Melayu. Selain itu, keruntuhan moral dan akhlak turut berlaku di sekolah-sekolah. 

Melalui pemerhatian bahan-bahan sekunder dan primer terdapat beberapa salah laku melibatkan murid-murid sekolah seperti budaya vandalisme, buli, black metal, peras ugut, rempit, tidak menghormati guru, berpakaian menjolok mata dan sebagainya. Era globalisasi dan kemajuan ICT turut membawa kepada keterbukaan menyuarakan pendapat dan idea dalam memberi pandangan bersifat peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada umum. Contohnya, komunikasi interaktif seperti blogger dan facebook menjadi ruang sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sengaja memburuk-burukkan kerajaan sama ada secara sedar atau sebaliknya. 

Tindakan tidak bijak ini boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan negara. Menurut Mohd. Noor Mat Yazid (2010), terdapat tiga isu penting tentang teknologi maklumat yang sering dilakukan oleh masyarakat hari ini yang boleh mendatangkan kesan buruk iaitu melayari sumber atau cerita atau gambar yang tidak bermoral, berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka, percaya dan terlibat atau melibatkan diri dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Isu ini nampak seolah-olah suatu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan tindakan remaja. 

Isu 3: Urbanisasi dan Kualiti Hidup

Era globalisasi dan perkembangan ICT turut menjadikan masyarakat Melayu lebih berdaya saing untuk terus maju sama seperti bangsa-bangsa lain. Jika masa lalu, masyarakat Melayu tinggal dan mendominasi kawasan-kawasan pertanian namun sekarang semakin ramai anak-anak jati Melayu melangkah ke arah kecemerlangan dan tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Menurut Mohd. Noor Mat Yazid (2010), hubungan songsang berlaku di antara urbanisasi atau tahap kemodenan yang dicapai dengan nilai-nilai tradisi, agama, moral dan etika yang dipegang dan diamalkan oleh anggota dalam sesebuah masyarakat. Hubungan songsang bermaksud semakin banyak unsur-unsur moden dibawa masuk kedalam sesebuah masyarakat, maka unsur-unsur tradisi, nilai moral dan agama yang dipegang oleh sesebuah masyarakat itu semakin menjadi semakin sedikit dan lemah. 

Isu 4: Pendidikan dan Kualiti Hidup

Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi boleh dibahagi kepada dua kategori. Pertama, alat membantu pengurusan iaitu dalam satu organisasi pendidikan terlalu banyak data yang perlu diuruskan. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan. Teknologi maklumat juga digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Selain itu, jaringan Internet dan Laman Web juga telah digunakan untuk mengemaskini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan memberi pengumuman penting. Laman Web membenarkan interaksi antara pihak pentabir dan pelajar. 

Kedua, alat bantu mengajar: Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada empat iaitu teknologi maklumat menggunakan mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi. Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk komunikasi yang berkesan cepat, mudah dan murah. Perkongsian maklumat, mesyuarat dan perbincangan dapat dilakukan melalui tele-sidang. 

Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. Internet dapat digunakan tanpa mengira masa dan tempat menyebabkan capaian maklumat di Internet lebih bersifat terbuka dan luas. Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik. Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai. Internet dilihat sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian Internet ini juga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan dan membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.

Isu 5: Perkhidmatan, Perindustrian dan Kualiti Hidup

Dalam bidang perindustrian, teknologi maklumat dalam era globalisasi digunakan sebagai hasilan dan meningkatkan produktiviti. Terdapat dua kategori industri iaitu industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk dan industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri perbankan, insuran serta industri adalah contoh industri yang bukan berasaskan teknologi maklumat. Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk serta mengawal mesin untuk membuat kerja-kerja yang telah diprogramkan.

Teknologi maklumat juga selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang pengurusan, perakaunan dan simpan kira. Termasuklah memberikan perkhidmatan pelanggan yang sempurna. Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah digunakan bagi memudahkan pemantauan tanda harga dilakukan. Penggunaan mesin teller automatic (perbankan) menyebabkan maklumat serta urusan simpanan dan pengeluaran dilakukan secara online. Penggunaan komputer juga membolehkan sistem pembayaran bil dilakukan secara online.

Tuesday, July 30, 2013

Cahaya Ramadan

Bismillahirrrahmannirrahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt, Tuhan yang memerintah seluruh alam dan selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan, Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat baginda.

Alhamdulillah di atas segala limpahan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNYA, kita dapat bersama-sama dalam Ramadan kali ini. 

Semoga Allah swt memperkenankan segala doa kita... menerima segala amalan kita... dipanjangkan umur kita, diberi kita kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, semoga hidup kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt, diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, dipermudahkan urusan menjadi tetamu Allah swt dan Rasulullah saw, hidup dan mati dalam islam... dijauhkan kita dari hasutan syaitan yang direjam dan sekutu-sekutunya, dijauhkan kita dari mala petaka dan kejahatan... Amin Ya Allah...Amin Ya Rahman... Amin Ya Rahim...

Perkongsian Ilmu antara hikmah Ramadan adalah seperti berikut: 

1. Memperolehi Darjat Takwa

Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs Al Baqarah: 183). 

Ayat ini menunjukkan bahawa di antara hikmah puasa adalah agar seorang hamba dapat menggapai darjat takwa dan puasa adalah sebab meraih darjat yang mulia. Dalam puasa, seseorang akan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi setiap laranganNya. Inilah pengertian takwa. Bentuk takwa dalam puasa dapat kita lihat dalam berbagai perkara. Pertama, orang yang berpuasa akan meninggalkan setiap yang Allah larang ketika itu iaitu dia meninggalkan makan, minum, berjima’ dengan isteri dan sebagainya yang sebenarnya hati sangat cenderung dan ingin melakukannya. Ini semua dilakukan dalam rangka taqorrub atau mendekatkan diri pada Allah dan meraih pahala dariNya. Inilah bentuk takwa. Kedua, orang yang berpuasa sebenarnya mampu untuk melakukan kesenangan-kesenangan duniawi yang ada. Namun dia mengetahui bahawa Allah selalu mengawasi diriNya. Ini juga salah bentuk takwa iaitu merasa selalu diawasi oleh Allah. Ketiga, ketika berpuasa, setiap orang akan semangat melakukan amalan-amalan ketaatan. Dan ketaatan merupakan jalan untuk menggapai takwa. Inilah sebahagian di antara bentuk takwa dalam amalan puasa.

2. Hikmah Meninggalkan Syahwat dan Kesenangan Dunia

Di dalam berpuasa, setiap muslim diperintahkan untuk meninggalkan berbagai syahwat, makanan dan minuman. Itu semua dilakukan kerana Allah. 

Dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman,
يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى
“Dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku”.

Hikmah meninggalkan syahwat dan kesenangan dunia ialah pertama, dapat mengendalikan jiwa. Rasa kenyang kerana banyak makan dan minum, kepuasan ketika berhubungan dengan isteri, biasanya akan membuat seseorang lupa diri, kufur terhadap nikmat, dan menjadi lalai. Apabila berpuasa, jiwa akan lebih dikawal. Kedua, hati menjadi sibuk memikirkan perkara-perkaral baik dan sibuk mengingati Allah. Apabila seseorang terlalu disibukkan dengan kesenangan dunia dan terbuai dengan makanan yang lazat, hati pun akan menjadi lalai dari memikirkan perkara-perkara yang baik dan lalai dari mengingati Allah. Apabila hati tidak disibukkan dengan kesenangan dunia, tidak disibukkan dengan makan dan minum ketika berpuasa, hati pun akan bercahaya, akan semakin lembut, hati pun tidak keras dan akan semakin mudah untuk tafakkur serta berzikir pada Allah swt. Ketiga, dengan menahan diri dari berbagai kesenangan duniawi, orang yang cukup keperluan akan semakin tahu bahawa dirinya telah diberikan nikmat begitu banyak dibanding orang-orang fakir, miskin dan yatim piatu yang sering merasakan rasa lapar. Dalam rangka mensyukuri nikmat ini, orang-orang kaya pun gemar berbahagi dengan mereka yang tidak mampu. Keempat, dengan berpuasa akan menyempitkan perjalanan darah sedangkan syaitan berada pada jalan darah manusia. Puasa dapat menghalang syaitan yang seringkali memberikan was-was. Puasa pun dapat menekan syahwat dan rasa marah. Rasulullah saw menjadikan puasa sebagai salah satu ubat mujarab bagi orang yang mempunyai keinginan untuk menikah namun belum kesampaian.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ
“Sesungguhnya syaitan mengalir dalam diri manusia pada tempat mengalirnya darah.” 

3. Mulai berubah menjadi lebih baik

Setiap muslim harus menjauhi perkara-perkara maksiat agar puasanya tidak sia-sia, dan bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. 

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ
“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga saja.”

Puasa menjadi sia-sia apabila diisi dengan perkara-perkara maksiat. Dalam berpuasa, setiap orang berusaha menjaga lisannya dari rasani orang lain, dari perkataan maksiat, dari perkataan dusta, perbuatan maksiat dan perkara-perkara yang sia-sia.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda,
نْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak perlu dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ
“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagha dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau menganggumu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.” 

Lagha adalah perkataan sia-sia, atau yang tidak berfaedah. Sedangkan rofats adalah istilah untuk setiap perkara yang diinginkan laki-laki pada wanita atau dapat pula bermakna kata-kata kotor. Pada bulan Ramadan, setiap insan menjadi lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya. Rajin solat 5 waktu dan berjamaah bagi lelaki. Semoga amalan rutin di bulan puasa diteruskan walaupun di luar bulan Ramadan. Dalam bulan Ramadan banyak wanita muslimah berusaha bertudung dengan sempurna, maka di luar bulan Ramadhan seharusnya perkara ini tetap dijaga.

Rasulullah saw bersabda,
وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ
“(Ketahuilah bahawa) amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

Ibadah dan amalan ketaatan bukanlah ibarat bunga yang mekar pada waktu tertentu saja. Ibadah solat 5 waktu, solat berjemaah, solat malam, gemar bersedekah dan berpakaian muslimah, bukanlah jadi ibadah bermusim. 

Para ulama seringkali menyatakan,
“Sejelek-jelek kaum adalah yang mengenal Allah (rajin ibadah) hanya pada bulan Ramadhan saja.”

Ingatlah pula pesan dari Ka’ab, 
“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan lantas terdetik dalam hatinya bahawa setelah lepas dari Ramadan akan berbuat maksiat pada Rabbnya, maka sungguh puasanya itu tertolak (tidak bernilai apa-apa).”

4. Kesempatan Menyayangi dan Merasakan Penderitaan Orang Miskin

Puasa menyebabkan seseorang lebih menyayangi orang miskin. Orang yang berpuasa pasti merasakan penderitaan lapar dalam sebahagian waktunya. Keadaan ini pun orang miskin rasakan begitu lama. Akhirnya ia berbuat baik kepada mereka dan pastinya mendapat balasan melimpah dari Allah swt. Dengan berpuasa, seseorang akan merasakan apa yang dirasakan oleh orang-orang miskin, fakir, yang serba kekurangan. Orang yang berpuasa akan merasakan lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasakan oleh orang-orang yang miskin. Inilah yang menyebabkan darjatnya meningkat di sisi Allah. 

Info lain,

Para salaf sangatlah merindui bertemu dengan bulan Ramadhan agar memperoleh hikmah-hikmah yang ada di dalamnya. 

Sebahagian ulama menyatakan, 
“Para salaf biasa berdoa kepada Allah selama enam bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan dan enam bulan lagi mereka berdoa agar amalan-amalan mereka diterima”.

Allah Ta’ala berfirman,
مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نزدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ
“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (Qs. Asy Syuraa: 20)

Ibnu ‘Abbas mengatakan, 
“Orang yang gemar berbuat riya’ akan diberi balasan kebaikan mereka di dunia. Mereka sama sekali tidak akan dizalimi. Namun ingatlah, barangsiapa yang melakukan amalan puasa, amalan solat atau amalan solat malam namun hanya ingin mengharapkan dunia, maka balasan dari Allah swt: “Allah swt akan memberikan baginya dunia yang dia cari-cari. Akan tetapi, amalannya akan lenyap di akhirat nanti kerana mereka hanya ingin mencari keuntungan dunia. Di akhirat, mereka juga akan termasuk orang-orang yang rugi”.”

Ingatlah selalu nasihat Rasulullah saw,
مَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِىَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهَ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قُدِّرَ لَهُ
“Barangsiapa yang niatnya adalah untuk menggapai akhirat, maka Allah akan memberikan kecukupan dalam hatinya, Dia akan menyatukan keinginannya yang tercerai berai, dunia pun akan dia peroleh dan tunduk hina padanya. Barangsiapa yang niatnya adalah untuk menggapai dunia, maka Allah akan menjadikan dia tidak pernah merasa cukup, akan mencerai beraikan keinginannya, dunia pun tidak dia peroleh kecuali yang telah ditetapkan baginya.”

Sekadar perkongsian ilmu...dipetik dari sumber bacaan online
Selamat mengerjakan ibadah puasa








Saturday, May 18, 2013

ORGANISASI PEMBELAJARAN


ORGANISASI PEMBELAJARAN 

Organisasi pembelajaran atau pengorganisasian belajar adalah suatu konsep dimana organisasi dianggap mampu secara berterusan melakukan proses pembelajaran mandiri (self learning) sehingga organisasi tersebut memiliki kecekapan berfikir dan bertindak dalam memberi respon kepada perubahan yang wujud dalam persekitaran. Dikatakan bahawa Pedler, Boydell dan Burgoyne mendefinisikan organisasi pembelajaran sebagai sebuah organisasi yang memfasilitasi pembelajaran daripada seluruh anggotanya dan secara berterusan mentransformasikan diri. Menurut Sandra Kerka (1995), learning organization adalah asumsi bahawa belajar itu penting, berlanjutan, dan lebih efektif ketika dibahagikan serta setiap pengalaman adalah suatu kesempatan untuk belajar. Dimensi Learning Organization oleh Peter Senge (1999) pula mengemukakan bahawa dalam learning organization yang efektif terdapat 5 dimensi yang akan memungkinkan organisasi untuk belajar, berkembang, dan berinovasi iaitu: - 
  • Personal Mastery iaitu kemampuan secara berterusan dan sabar dalam memperbaiki wawasan agar objektif melihat realiti dengan pemusatan tenaga secara berstrategi. Organisasi pembelajaran memerlukan pekerja yang memiliki kompetensi yang tinggi, agar boleh diadaptasi dengan tuntutan perubahan, khususnya perubahan teknologi dan perubahan paradigma organisasi daripada paradigma yang berasaskan kekuatan fizik ke paradigma yang berasaskan pengetahuan. 
  • Mental Module iaitu suatu proses menilai diri sendiri untuk memahami, asumsi, keyakinan, dan prasangka atas rangsangan yang muncul. Mental model memungkinkan manusia bekerja dengan lebih cepat. Namun, dalam organisasi yang terus berubah, mental model kadang-kadang tidak berfungsi dengan baik dan menghambat adaptasi yang diperlukan. Dalam organisasi pembelajaran, mental model ini dibincangkan secara detail mengikut perubahan di peringkat individu, kelompok, dan organisasi. 
  • Shared Vision merupakan komitmen untuk menterjemah visi bersama-sama tanpa paksaan. Oleh kerana organisasi terdiri daripada pelbagai lapisan pekerja yang berbeza latar belakang pendidikan, kaum, pengalaman serta budaya, maka menjadi suatu cabaran kepada organisasi untuk bekerja secara terpadu jika tidak memiliki visi yang sama. Selain perbezaan latar belakang pekerja, organisasi juga memiliki pelbagai unit yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, untuk menggerakkan organisasi pada tujuan yang sama dengan aktiviti fokus pada pencapaian tujuan bersama, visi amat diperlukan oleh semua pihak dan semua unit yang ada dalam organisasi.
  • Team Learning merupakan kemampuan dan motivasi untuk belajar secara adaptif, generatif, dan berkesinambungan. Kini makin banyak organisasi berasaskan team, kerana rancangan organisasi dibuat dalam lintas fungsi secara berkumpulan. Kemampuan organisasi untuk mensinergikan kegiatan pasukan ditentukan oleh adanya visi bersama dan kemampuan berfikir secara sistematik. Pembelajaran dalam organisasi akan menjadi semakin cepat jika wujud perkongsian wawasan dan belajar bersama-sama. Perkongsian wawasan pengetahuan dalam pasukan menjadi sangat penting untuk peningkatan kapasiti organisasi dalam menambah modal intelektual. 
  • System Thinking, organisasi pada dasarnya terdiri daripada unit yang harus bekerja sama untuk menghasilkan prestasi yang optima. Unit-unit itu antara lain ada yang disebut bahagian, pengurusan, atau jabatan. Kejayaaan suatu organisasi ditentukan oleh kemampuan organisasi untuk melakukan pekerjaan secara sinergi. Kemampuan untuk membangun hubungan yang sinergi hanya diperolehi apabila semua anggota unit saling memahami pekerjaan unit lain dan memahami kesan daripada kinerja unit tempat dia bekerja pada unit yang lain. 
Kelima dimensi organisasi pembelajaran perlu diaplikasikan dalam sesebuah organisasi untuk meningkatkan kualiti pembangunan sumber manusia. Ini kerana ianya mampu mempercepatkan proses pembelajaran organisasi dan meningkatkan kemampuan untuk beradaptasi pada perubahan dan turut serta dalam perubahan pada masa depan. Kelima dimensi dari Peter Senge perlu diarah secara utuh, dikembangkan dan dihayati oleh setiap anggota organisasi, dan diwujudkan dalam tindakan seharian. Menurut Izham et al. Dalam Nor Foniza dan Mohd Izham (2012), percaturan menjadikan sebuah organisasi sebagai organisasi pembelajaran adalah relevan dengan perubahan dinamik Abad Ke-21 terutamanya institusi pendidikan sebagai perantara yang bertanggungjawab melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu. 

Ciri organisasi pembelajaran yang menyediakan ruang dan peluang pembelajaran berterusan mampu meningkatkan kualiti, daya saing, keberkesanan dan kecemerlangan organisasi menepati dunia global tanpa sempadan. Pendekatan pengurusan organisasi pembelajaran menjadikan organisasi bersaing dan mengadaptasi perubahan. Organisasi pembelajaran memberi manfaat kepada individu dan organisasi apabila ahli-ahlinya menggunakan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam membuat perubahan. Sekolah sebagai organisasi pembelajaran dapat melengkapkan warganya dengan pelbagai ilmu, maklumat terkini dan kemahiran untuk individu dan organisasi bertindak dengan cekap, tepat dan pantas seiring dengan perubahan pendidikan yang dinamik.