WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Thursday, July 12, 2012

BIOLOGI DAN ANDA

Bidang Biologi memberi sumbangan dalam kehidupan manusia sama ada secara langsung atau sebaliknya. Sumbangan bidang Biologi dapat dilihat dalam pelbagai aspek dalam kehidupan sama ada melibatkan manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Ilmu dalam bidang Biologi telah banyak membantu kehidupan manusia untuk terus berkembang dan lebih berdaya saing. Contohnya, manfaat ilmu Biologi dalam bidang pertanian dapat dilihat melalui penemuan baka-baka baru, teknik percambahan tanaman dan penghapusan bakteria atau hama secara langsung meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian.

Kemajuan dalam bidang kedoktoran, farmasi, genetik, perikanan, penternakan dan perhutanan adalah berkait rapat dengan bidang Biologi. Pada masa kini, Bioteknologi yang merupakan antara elemen dalam bidang Biologi semakin mendapat perhatian ramai pihak. Bioteknologi menggunakan teknologi tinggi telah memberikan sumbangan yang besar kepada kehidupan manusia. Dengan bioteknologi bibit-bibit baru dapat dicipta, penyakit-penyakit bawaan dapat dihindari, vitamin dapat dibuat dengan mudah dan pelbagai penyakit dapat diatasi. Dalam tugasan ini, aspek-aspek tentang Biologi dari sudut definisi, skop dan bidang kajian akan dihuraikan dengan lebih lanjut untuk melihat sumbangan bidang Biologi dalam kehidupan manusia.

DEFINISI BIOLOGI

Istilah Biologi (pinjaman bahasa Inggeris: biology, bahasa Greek: βίος, bios yang bermakna "kehidupan"; λόγος, logos yang bermakna "kata") adalah suatu kajian saintifik tentang kehidupan. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda-benda hidup. Bidang Biologi mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab suatu spesies itu wujud serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling. Biologi memberi tumpuan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.

Menurut catatan ensiklopedia bebas (Wikipedia), Perkataan biologi moden dikatakan diperkenalkan secara terasing antara Gottfried Reinhold Treviranus (Biologie oder Philosophie der lebenden Natur, 1802) dan oleh Jean-Baptiste Lamarck (Hydrog‚ologie, 1802). Perkataan Biologi dikatakan dicipta pada 1800 oleh Karl Friedrich Burdach tetapi istilah ini telah muncul pada judul Jilid 3 buku Michael Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticae: Geologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia yang telah diterbitkan pada tahun 1766. Bidang Biologi meliputi bidang Botani, Zoologi, Mikrobiologi, Biokimia, Biologi Molekul, Biologi Sel, Fisiologi dan bidang Ekologi.

PENGKELASAN ALAM KEHIDUPAN

Alam kehidupan umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu kehidupan manusia, binatang atau haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dari sudut Biologi, alam kehidupan itu diklasifikasikan dari sekecil-kecil kehidupan iaitu sel sehinggalah kepada interaksi di antara manusia. Bidang Biologi meliputi bidang akademik yang lebih luas dan tersendiri. Kebanyakan sains Biologi merupakan disiplin khusus. Contohnya, bidang Botani merupakan kajian terhadap tumbuh-tumbuhan, bidang Zoologi merupakan kajian terhadap binatang dan haiwan dan bidang mikrobiologi merupakan kajian terhadap mikroorganisma. Bidang-bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma yang dikaji dan kaedah yang digunapakai. Contohnya, bidang Biokimia mengkaji tentang kimia asas hidup, bidang Biologi Molekul pula mengkaji interaksi sistem molekul biologi yang kompleks, bidang Biologi Sel mengkaji benda binaan kehidupan asas iaitu sel, bidang Fisiologi mengkaji fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal dan kimia serta bidang ekologi mengkaji tentang hubungan sesama pelbagai organsima dan alam sekeliling. 

Bidang-bidang dalam Biologi diringkaskan seperti berikut: -

Anatomi, Astrobiologi, Biofizik, Biogeografi, Bioinformatik, Biokimia, Biologi laut, Biologi molekul, Biologi perkembangan, Biologi sel, Biologi struktur, Biologi udara, Bionik, Botani, Bioteknologi, Ekologi, Entomologi, Epidemiologi, Fikologi (algologi), Filogeni (filogenetik, filogeografi), Fisiologi, Fitopatologi, Kladistik, Korologi, Kriptozoologi, Krustasologi, Limnologi, Malakologi, Mikrobiologi (bakteriologi), Mamalogi, Mikologi atau Likenologi, Mirmekologi, Morfologi, Neurosains (neuroanatomi, neuroetologi, neurofisiologi, neurosains pengiraan, psikofizik, sains kognitif, sistem neurosains, sains tingkah-laku), Onkologi (kajian mengenai barah), Ontogeni, Ornitologi, Paleontologi (paleobotani, paleozoologi), Patologi, Penyakit (penyakit berjangkit, penyakit genetik), Sitologi, Taksonomi, Toksikologi (racun dan pencemaran), Virologi, Xenobiologi dan Zoologi.

2 comments:

  1. hi, bolehkah saya tahu susunan bagi cabang bidang biologi yang mengkaji pada skala terkecil sehingga skala terbesar?

    ReplyDelete
  2. hi, bolehkah saya tahu susunan bagi cabang bidang biologi yang paling mendasar sehingga yang paling sampingan?

    ReplyDelete