WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Thursday, July 12, 2012

SEKOLAH BERSTATUS TINGGI (SBT)

Sistem pendidikan di Malaysia berubah secara evolusi mengikut perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara. Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan terdiri daripada sistem pendidikan sebelum penjajahan, sistem pendidikan zaman pemerintahan Jepun dan sistem pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Sistem pendidikan selepas kemerdekaan pula terdiri daripada sistem pendidikan rendah, sistem pendidikan menengah, sistem pendidikan tinggi, institusi pendidikan swasta dan sekolah agama rakyat. Sistem pendidikan di negara ini terus berkembang sehingga kini melibatkan aspek pembangunan pendidikan bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan adalah setanding dengan sistem pendidikan dunia dan pada masa yang sama boleh diterima oleh semua pihak.

Perubahan di peringkat antarabangsa dalam arus globalisasi secara tidak langsung memberi implikasi kepada negara termasuklah dalam merancang agenda pembangunan agar lebih berdaya saing dan mempunyai kemandirian yang tinggi untuk mengharungi arus perubahan dunia. Pendidikan merupakan antara elemen penting dalam menentukan hala tuju pembangunan sesebuah negara. Sistem pendidikan di negara ini mampu mendidik dan melahirkan generasi muda berpendidikan sebagai pelapis untuk meneruskan perjuangan serta mentadbir negara sama ada secara langsung atau sebaliknya. Agenda pembangunan pendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dari semasa ke semasa.

Paradigma dunia pendidikan telah memberi membawa perubahan kepada pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan secara menyeluruh. Dalam konteks ini, pengurusan sekolah rendah lebih diberi keutamaan bagi mengupas dengan lebih terperinci persoalan tentang strategi pengurusan sekolah rendah dalam menyahut cabaran global, selaras dengan agenda pembangunan pendidikan negara. Pada tahun 2009, kerajaan telah membuat satu pelan transformasi dalam merevolusikan kualiti perkhidmatan kerajaan, dunia pendidikan adalah salah satu sub yang terlibat secara langsung. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak melancarkan Pelan Hala tuju Program Transformasi Kerajaan untuk memacu negara ke arah mencapai Wawasan 2020 sejajar dengan gagasan 1 Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. National Key Resault Area (NKRA) telah diperkenalkan dalam pelan ini dalam meningkatkan akses pendidikan yang berkualiti.

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan memberi tumpuan kepada empat sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pertama, Prasekolah. Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun kepada 87 peratus menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kedua, Literasi dan Numerasi (LINUS). Setiap kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Ketiga, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjatkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling rendah. Keempat, Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah. Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.

Cabaran kepada pengurusan sekolah pada masa kini adalah untuk menyahut cabaran mencapai tahap SBT. Pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan 23 sekolah berstatus SBT berbanding 20 sekolah berstatus SBT pada tahun 2010. Pada tahun 2010, sebanyak 10 buah sekolah berasrama penuh, 4 buah sekolah menengah harian, dan enam sekolah rendah seluruh negara telah disenaraikan antara 20 sekolah berstatus SBT. Senarai terkini dikatakan bahawa sebanyak 52 buah sekolah berstatus SBT.

Senarai sekolah berstatus SBT pada tahun 2010 ialah Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru, Johor), Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban, Negeri Sembilan), Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak), Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya, Selangor), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra, Kedah), Kolej Tunku Kurshiah (Seremban, Negeri Sembilan), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (Perlis), Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya), Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Melaka), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman (Petaling Jaya, Selangor), SMK Aminuddin Baki (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), SMK Sultanah Asma (Alor Setar, Kedah), SMK [P] St George (Pulau Pinang), Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), SK Zainab 2 (Kelantan), SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), SK Convent Kota (Taiping, Perak), SK Bukit Damansara (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan SK Bandar Baru Uda 2 (Johor).

Senarai sekolah berstatus SBT pada tahun 2011 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat (Selangor), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Perak), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (Selangor), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (Kedah), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan (Pahang), Sekolah Menengah Sains Alam Shah (Kuala Lumpur), Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan), Sekolah Menengah Sains Miri (Sarawak), Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (Kuala Lumpur), Sekolah Menengah Sains Selangor (Kuala Lumpur), Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Pahang), Sekolah Menengah Sains Muar (Johor), Sekolah Menengah Imtiaz (Terengganu), Sekolah Kebangsaan [SK] Ulu Lubai (Sarawak), SK Convent Muar (Johor), SK Seri Biram (Pahang), SK Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah), SK Setiawangsa (Kuala Lumpur), SK [Perempuan] Methodist Kuantan (Pahang), SK Sultan Ismail (Terengganu), SK Jalan Tiga (Selangor), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Perempuan China (Pulau Pinang) dan SJK(C) Lick Hung (Selangor).

Selain itu, Sekolah Menengah Sains Sabah (Sabah), Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (Negeri Sembilan), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (Selangor), Sekolah Menengah Sains Kuching (Sarawak), Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (Negeri Sembilan), SMK Lembah Bidong (Terengganu), SMK Agama Naim Lilbanat (Kelantan), SK Seksyen 9 (Shah Alam, Selangor) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua (Sarawak) turut disenaraikan sebagai Sekolah Berstatus Tinggi (SBT). SK Ulu Lubai merupakan sekolah pedalaman pertama diiktiraf sebagai sekolah berstatus SBT. Pengiktirafan sekolah ini jelas menunjukkan bahawa sekolah pedalaman juga mampu menyahut cabaran dunia pendidikan negara walaupun dalam serba kekurangan dari sudut fizikal bangunan sekolah dan kemudahan asas berbanding dengan sekolah-sekolah di kawasan Bandar. Justeru itu, SK Ulu Lubai dijadikan sebagai role model bagi sekolah-sekolah pedalaman dalam menentukan hala tuju pengurusan sekolah ke arah pencapaian cemerlang standing dengan aras SBT.

No comments:

Post a Comment