WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Monday, April 27, 2015

Lara Ringgit Ku

30 Mac
Hari ini
Ku pergi kedai
Ku bayar tiga puluh ku dapat sepuluh
Tiga ringgit ku dapat satu

31 Mac
Hari ini
Ku pergi kedai
Ku bayar tiga puluh ku dapat sepuluh
Tiga ringgit ku dapat satu

1 April
Hari ini
Ku pergi kedai
Ku bayar tiga puluh ku dapat haru
Tiga ringgit ku sayu

Hari ini
Empat ringgit ku dapat satu

Semalam
Tiga ringgit ku dapat satu

Hari ini
Taukeh kira betul
Empat ringgit harga barangku
Ku bayar empat ringgit dua puluh empat sen ku dapat satu
Tiga puluh ringgit mampu beli tujuh

Semalam
Ku bayar tiga ringgit ku dapat satu
Tiga puluh ringgit ku dapat sepuluh

Hari ini
Lara ringgit ku
Tiga puluh tak mampu beli sepuluh
Tiga puluh mampu beli tujuh

Lara ringgit ku
Duit ku cuma tiga puluh
Tak mungkin dapat sepuluh lagi

Hari ini
Ku bawa balik tujuh
Ku pandang sayu pada tiga
Andai mampu ku beli sepuluh
Lara ringgit ku

Hasil Nukilan: Oliyabra Hj Madyusa - 01.04.15

STRESS: Definisi dan Konsep

Pengenalan

Kajian mengenai konsep tekanan telah diperkenalkan oleh Hans Selye bermula dalam tahun 1930an. Hans Selye telah menyumbangkan satu konsep yang fundamental kepada pemahaman dalam penyakit berkaitan tekanan. Dalam tahun 1924, beliau pertama kalinya telah mengenal pasti satu keadaan atau sindrom yang ditunjukkan oleh pesakit-pesakit yang sedang menderitai berbagai-bagai jenis penyakit dan memanggil keadaan ini sebagai sindrom baru jatuh sakit (syndrome of just being sick). Dengan sindrom baru jatuh sakit ini, Selye telah menjalankan uji kaji pelbagai stimulus tekanan ke atas haiwan makmal dan menemui tiga peringkat tekanan yang dipanggil sindrom adaptasi am atau GAS (General Adaptation Syndrome). Tiga peringkat tersebut ialah peringatan atau amaran (alarm phase), penolakan (resistance phase) dan keletihan (exhaustion phase). Contohnnya, tanda-tanda peringkat amaran telah berlaku apabila badan mengeluarkan adrenalin, ketegangan otot, peningkatan kadar degupan jantung dan peningkatan tekanan darah. Peringkat penolakan berlaku apabila badan berusaha untuk melawan tekanan dan puncanya dan peringkat keletihan berlakku apabila penolakan berhenti, jatuh sakit atau kematian.

Apa itu Stress?
  • Dalam Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang.
  • Dalam Kamus Oxford Advanced Leaner’s (1983), tekanan atau dalam bahasa Inggerisnya stress adalah pressure; condition causing hardship, disquiet.
  • Seyle (1964) adalah orang yang pertama menggunakan terma tekanan, beliau mendefinisikan tekanan sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya.
  • Menurut Fariza Md Sham (2007), tekanan mengikut bahasa Arab disebut sebagai dhagt yang bermakna jiwa yang mengalami pergolakan dan kegelisahan amat dalam. 
  • Dalam Kamus Human Behaviour, tekanan atau stress adalah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang mengendalikan sesuatu keadaan. 
  • Dalam Kamus Behavioral Science, Tekanan adalah satu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.

Isu-Isu Stress di Malaysia

Beberapa isu stress diringkaskan seperti berikut: -

  • Misteri kehilangan Pesawat MH370: 
    • Misteri kehilangan pesawat MH370 MAS yang hilang secara tiba-tiba menjadi tekanan yang amat besar kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan juga ahli keluarga mangsa MH370 tersebut. Secara tidak langsung, turut memberi tekanan kepada pihak MAS dan kerajaan untuk merungkai misteri ini.
  • Isu kematian enam orang remaja di Festival Muzik Asia 2014: 
    • Isu kematian remaja di Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) yang bertempat di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pesta Muzik terbesar di Asia yang bertemakan Safari telah dilangsungkan selama dua hari dan terpaksa dibatalkan pada hari ketiga kerana peristiwa kematian enam orang remaja yang dilibatkan dengan pengambilan dadah secara overdose. Stress dikatakan antara punca remaja mengambil dadah secara overdose.
  • Isu Jerebu: 
    • Isu jerebu menimbulkan tekanan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Contohnya, jerebu yang mencapai paras IPU berbahaya di beberapa kawasan utama di Lembah Kelang menyebabkan beberapa sekolah terpaksa ditutup.
  • Isu Kesihatan: 
    • Masalah kesihatan dengan merebaknya virus penyebab sakit kuku kaki tangan dan mulut dan juga denggi yang sangat menular di seluruh negara menjadi punca tekanan di kalangan masyarakat Malaysia.