WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Monday, July 30, 2012

UNDANG-UNDANG KELUARGA

Undang-undang keluarga merujuk kepada suatu sistem undang-undang yang mengendalikan institusi keluarga dan soal-soal yang berhubung dengan kekeluargaan. Umumnya, undang-undang keluarga sering dikaitkan dengan udang-undang harta dan perwarisan.Undang-undang keluarga melibatkan undang-undang dan dasar yang berkaitan dengan keluarga seperti undang-undang perkahwinan dan perceraian, nafkah isteri dan anak, tuntutan hak, hak penjagaan anak, jenayah rumah tangga dan penderaan kanak-kanak.

Undang-undang keluarga di Malaysia:
  • Orang Islam: akta / enakmen undang-undang keluarga Islam (13 negeri)
  • Bukan Islam: akta membaharui undang-undang (perkahwinan & perceraian) 1976
Fungsi Undang-Undang Keluarga:
  • Definisi dan perubahan status: 
  • (1) Berkaitan dengan interpretasi dan pengubah status kerana ia berkaitan dengan hak di mana ahli dalam keluarga boleh menuntut antara satu sama lain.
  • (2) Pihak mahkamah mempunyai bidang kuasa, mempunyai kuasa untuk mendefinisikan status. Mahkamah mempunyai kuasa mutlak mengubah status berkenaan.
  • Penyelesaian konflik / masalah: 
  • (1) Meleraikan persengketaan antara ahli keluarga, apabila unit keluarga berpecah belah. Apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan walaupun berlaku usaha perdamaian, mahkamah berhak membubarkan perkahwinan melalui proses perceraian.
  • (2) Apabila berlaku perceraian, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan hak penjagaan anak, hak lawatan ibu atau bapa bukan penjaga dan hak untuk mendiami rumah perkahwinan.
  • Perlindungan:
  • (1) Perlindungan fizikal sekiranya ada ahli dianiaya atau didera, mahkamah akan membuat perintah.
  • (2) Perlindungan ekonomi. Mahkamah akan membuat perintah pembayaran nafkah untuk anak.
  • Pembahagian harta:
  • (1) Apabila ketua keluarga meninggal dunia, ahli keluarga berhak mewarisi harta si mati. Berlaku pembahagian harta pusaka di kalangan ahli.
  • (2) Sekiranya berlaku perceraian, pembahagian harta perkahwinan dilakukan oleh pihak mahkamah di mana terdapat prinsip tertentu digunapakai. Pasangan dwikerjaya mendapat 1/2  bahagian. Pasangan unikerjaya mendapat 1/3 dengan mengambil kira sokongan moral yang telah diberikan terhadap keluarga. 


Undang-Undang Berkaitan Dengan Keluarga:
  • Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (AUKIWP)
  • Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU). Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 terpakai kepada setiap orang bukan Islam yang tinggal dan berdomisil di Malaysia.

  • Perkongsian Ilmu: Oliy777

Sunday, July 29, 2012

TOKOH SEJARAH_KAD PENGENALAN PERDANA MENTERI











IQ VISUAL IMAGE


a lot of image inside...u can see?

Cuba perhatikan betul-betul gambar ni...apa yang anda lihat?


fine something different?

Perhatian...disebalik imej ini terselit keindahan...apa yang anda lihat?



Saturday, July 21, 2012

ARUS HIDUP


dalam kalut ku 
menongkah arus hidup
alpa ku seketika 
pada suatu rasa
yang semakin jauh ku tinggalkan
saat ku tersungkur 
oleh batu-batu kehidupan
hampir ku sukar untuk berdiri kembali
mujur ku sempat menyedari
kasih ilahi 
sentiasa mengiringi setiap langkahku
saat aku pasrah 
pada suatu kehidupan
yang tak pasti

nukilan: Oliyabra Hj Madyusa - 12:03: 9/1/12

PERBEZAAN PENGURUS DAN PEMIMPIN (LEADERSHIP VS MANAGER)

Perbezaan di antara Leadership dan manager adalah seperti berikut:- 

v Pengurusan 

Pengurusan ialah individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan kerja dilaksanakan dalam organisasi melalui orang/pekerja. Pengurus merupakan individu yang merancang, mengorganisasikan, memimpinan dan mengawal pekerja (manusia) dan kerja-kerja dalam organisasi dengan cara-cara tertentu bagi organisasi mencapai maklamat. 

Peranan sebagai symbol – setiap pengurus mesti meluangkan masanya melakukan tugas-tugas keraian. Contohnya:- pengurus terlibat merasmikan upacara-upacara atau program. Begitu juga dengan seorang ketua jabatan, dia juga bertanggungjawab membawa tetamu yang berurusan dengannya untuk makan tengah hari. 

Peranan sebagai ketua – seorang pengurus, secara tidak langsung berperanan sebagai seorang ketua. Setiap pengurus mesti berfungsi sebagai ketua memotivasi dan memberi galakan kepada pekerja-pekerjanya. Pengurus mendorong ahli-ahli unitnya setiap masa agar menjalankan tugas secara berkesan dalam mencapai matlamat unit dan organisasi di samping pelbagai masalah dan cabaran yang harus ditempuhi. 

Peranan sebagai pegawai perhubungan – Pengurus menyampaikan sesetengah dari maklumat yang dikumpulkannya kepada individu-individu di luar unitnya atau mungkin juga kepada pihak-pihak tertentu di luar organisasinya. Pengurus meluangkan masa yang banyak berinteraksi dengan masyarakat beliau bertindak sebagai media perhubungan antara jabatannya dengan mereka yang dalam dan di luar organisasinya. 

Peranan sebagai jurucakap – pengurus biasanya menjadi jurucakap kepada organisasinya. Contohnya, seorang penyelia selalu memastikan pengurus operasi mendapat maklumat terkini tentang perjalanan logi pengeluaran. 

Peranan sebagai perunding – Pengurus diwajibkan untuk memikirkan penyelesaian untuk setiap masalah. Tanpa kira tahap kesukaran masalah. Seseorang pengurus perlu meluangkan banyak masa dimeja perundingan kerana secara tidak langsung. Dia juga memainkan peranan sebagai perundingan. Contohnya, seorang pengurusan akan berunding dengan ketua kesatuan sekerja bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dalam masalah pembayaran gaji. 

Peranan sebagai pencetus – sejak akhir-akhir ini, dua pakar pengurusan, Sumantra Ghoshal dan Chirstopher Bartlett (Dessler, G:2001) menekankan aspek tambahan dalam peranan pengurus, iaitu sebagai pencetus kepada tindak balas dan perubahan syarikat yang cemerlang. 

v Pemimpin 

Pengurus dan pemimpin merupakan suatu konsep yang berbeza. Perbezaan yang ketara dapat dilihat ialah pengurusan mempunyai autoritinya dari pihak atasan berdasarkan criteria ditetapkan. Sebaliknya pemimpin diberi oleh ahli atau pengikutnya. Definisi pemimpin ialah mereka yang mampu untuk mempengaruhi orang lain dan sesiapa yang menjadi sebahagian daripada pengurusan. 

Pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang membolehkan mereka dihormati dan disanjung sebagai seorang pemimpin. Keliber bergantung kepada beberapa ciri kualiti yang patut mereka miliki seperti berikut:- 

ɤ Mempunyai wawasan dan meletakkan gol 
ɤ Mengambil risiko 
ɤ Mengguna dan melatih pemimpin yang lain 
ɤ Menurunkan kuasa 
ɤ Mempercayai dan setia kepada pengikut 
ɤ Berkongsi kejayaan 
ɤ Menerima tanggungjawab 
ɤ Seorang yang kongruen 
ɤ Mempunyai standard etika tersendiri 
ɤ Seorang yang tegas (Consistent) 

Jenis atau tahap pengurusan dikenali juga sebagai Hirarki Pengurusan(Managerial Hierarchy). Tahap-tahap pengurusan terbahagi kepada tiga:- 

ɤ Pengurusan Atasan – Peringkatan pengurusan Atasan (Eksekutif) berada diperingkat paling atas dikenali sama ada sebagai Presiden atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Terlibat dalam tugas-tugas penetapan misi, strategi dan objektif organisasi. 

ɤ Pengurusan Pertengahan – Peringkat Pengurusan Pertengahan adalah pengurus-pengurus dibawah pengurusan peringkat atasan yang biasanya terdiri daripada supervasor, dekan kolej, pengarah projek dan penyelia jualan kawasan. Pengurus pada peringkat ini menerima strategi, misi objektif daripada pengurus atasan dan kemudian merangka perancangan untuk mencapai misi dan objektif ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan. 

ɤ Peringkat garisan pertama – Peringkat Pengurusan Barisan pertama. Bertanggungjawab dalam mengawal dan memastikan semua kerja yang dilakukan oleh pekerja bawahan. 

Kepimpinan (Leadership) pula adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan kearah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepimpinan terbahagi kepada empat seperti berikut:; 

ɤ Kepimpinan Autokratik (autocratic leadership) adalah ‘penyelia’ tertutup’ menyediakan pekerja dengan petunjuk kerja mendalam dan banyak iaitu pengurus menerangkan bagaimana kerja dilakukan dan pengurusan merasakan mereka patut merancang dan membuat keputusan bagi pihak pekerja. Pekerja tiada hak bersuara dan mereka mesti menurut keputusan yang telah di buat oleh pegurus. 

ɤ Pemimpin Demokratik (democtric leadership) adalah ‘penyelian terbuka’ Pengurusan memberikan penerangan jelas terhadap isu-isu berkaitan dengan aktiviti kerja, masalah yang dihadapi dan tindakan penyelesaian yang perlu di ambil oleh pekerja. Keputusan dibuat dengan mengambil kita pendapatan perkerja dan pengurusan. Pekerja ada hak untuk bersuara dan pengurus akan mendengar serta mempertimbangkan pendapat pekerja. 

ɤ Kepimpinan Laissez-Faise (Laissez-Faire leadership) ialah jenis kepimpinan dimana majikan atau pengurus melepaskan kuasa dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja. Pengurusan atau majikan hanyalah bertindak sebagai tempat rujukan pekerja. Risiko daripada keputusan atau nasihat yang diberikan oleh pengurus hasil daripada rujukan yang dibuat oleh pekerja nanti adalah tanggungjawab pekerja. Pengurusan tidak bertanggungjawab di atas nasihat yang diberikannya. Pekerja mempunyai kebebasan penuh dalam bertindak dan perlu mempertimbangkan dengan teliti segala nasihat dan keputusan oleh pengurus. 

ɤ Kepimpinan Amir adalah corak kepimpinan dalam Islam. ‘Amir’ maksudnya raja. ‘Raja’ perlu mentadbir dan seterusnya bertindak sebagai pengurusan atau ketua dengan berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang berdasarkan. Al-Quran dan Al-Sunnah. Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimnpin dengan mematuhi arahan pemimpin. Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab pengurusan yang diberikan kepadanya oleh organisasi atau negara sebagai amanah bukan sahaja amanah daripada pekerja atau rakyat juga amanah daripada Allah.

MALAYSIA KITA

Malaysia unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia. Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu. Suatu ketika dulu, Malaysia juga dikenali dengan nama Tanah Melayu. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 ogos 1957. Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini termasuklah perhubungan etnik di negara ini. Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak merdeka dan sehingga 31 Ogos 2009, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun. Suatu tempoh panjang yang membolehkan rakyat Malaysia membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri. 

Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu (termasuk masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India. Kepelbagaian kaum di Malaysia terhasil daripada proses migrasi, perdagangan, hubungan diplomatik, dan perkahwinan. Mengikut komposisi penduduk di Malaysia pada tahun 2005, masyarakat Melayu terdiri daripada 16.06 juta mewakili 65.9 peratus penduduk diikuti oleh masyarakat Cina terdiri daripada 6.15 juta mewakili 25.3 peratus dan masyarakat India terdiri daripada 1.83 juta mewakili 7.5 peratus. Termasuklah masyarakat minoriti di Malaysia terdiri daripada 0.32 juta mewakili 1.3 peratus. Kegemilangan Malaysia dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan budaya. Pencapaian Malaysia dalam aspek-aspek ini berlandaskan kepada keharmonian dan perpaduan etnik secara amnya. di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Dalam era globalisasi pelbagai cabaran dihadapi dalam memupuk perpaduan kaum. Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan berterusan.

KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA 

Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India. 

Masyarakat Melayu (Pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak)

Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naif kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Konsep pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal Malaysia yang terdiri daripada orang melayu dan orang asli di Semenanjung Malaysia serta kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2000, penduduk Pribumi meliputi 65 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 14.35 juta mengikut komposisi penduduk Malaysia. Pada tahun 2005, jumlah penduduk Pribumi telah bertambah kepada 65.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 16.06 juta. 

Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia

Masyarakat Pribumi di Semenanjung Malaysia meliputi orang Melayu dan orang asli. Orang asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli atau Melayu-Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada suku bangsa Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendrig dan Bateq. Kumpulan Senoi terdiri daripada suku bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che’ Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Kumpulan Melayu Asli dan Melayu-Proto terdiri daripada suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Laut.

Masyarakat Pribumi di Sabah

Masyarakat di Sabah terdiri daripada empat kelompok utama seperti Kadazan Dusun mewakili 24.8 peratus daripada jumlah populasi masyarakat Sabah diikuti kategori pribumi lain sebanyak 20.6 peratus, Bajau 18.5 peratus dan Melayu 18.5 peratus. Masyarakat Pribumi di Sabah dikatakan berasal daripada Tanah Besar Asia yang bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia. Masyarakat Pribumi di Sabah adalah Kadazan / Dusun, Murut, Lun Dayeh, Bisaya, Bajau, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun dan Suluk. 

Masyarakat Pribumi di Sarawak

Di Sarawak etnik Dayak, Melayu dan Melanau berjumlah 73.2 peratus daripada 2.181 juta orang penduduk Sarawak. Etnik Dayak mewakili 44.3 peratus daripada jumlah penduduk diikut oleh etnik Melayu sebanyak 23.2 peratus dan Melanau sebanyak 5.7 peratus. Masyarakat Pribumi di Sarawak adalah Bidayuh, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut dan Lun Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah.

Masyarakat Cina

Menurut sejarah, Masyarakat Cina mula bertapak di Malaysia pada zaman Keagungan kerajaan kerajaan Melayu Melaka. Petempatan awal orang Cina adalah di Melaka. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching mengetuai rombongan di Melaka membawa permintaan Parameswara kepada Maharaja China memohon untuk bernaung di bawah perlindungan negara China. Pada tahun 1405, utusan dari China diketuai Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh maharaja China. Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang masyhur. 

Kegemilangan Melaka menyebabkan maharaja China menghantar puterinya iaitu Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah. Puteri Hang Li Po bersama pengikutnya kira-kira 500 orang telah disambut baik oleh sultan Melaka dan kesemuanya memeluk agama Islam. Dipercayai Puteri Hang Li Po dan pengikutnya menetap di suatu tempat dalam daerah Melaka yang dihadiahkan oleh sultan. Kawasan petempatan dinamakan Bukit Cina. Perkahwinan sekufu dan silang budaya masyarakat Cina telah meningkatkan hubungan diplomatik di antara negara China dengan Melaka serta mewujudkan masyarakat Cina terawal di Melaka khasnya dan di negara ini amnya. 

Mengikut catatan sejarah, masyarakat Cina di Malaysia berasal dari China Selatan iaitu dari wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Kelompok utama etnik Cina adalah Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kemasukan etnik Cina di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1848 hingga 1914. Selepas tahun 1914, majoriti kemasukan orang-orang Cina adalah secara persendirian. Etnik Cina aktif sebagai pekerja lombong (di kawasan Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Ampang, Seremban dan lain-lain) dan membuka kedai runcit. 

Masyarakat India

Mengikut catatan sejarah, masyarakat India di Malaysia berasal dari India Selatan (Tamil Nadu). Kelompok utama etnik India adalah Tamil, Malayani, Telugu dan Sikh. Kemasukan etnik India di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1880an hingga 1910. Pada tahun 1891, terdapat 75,000 orang India di Tanah Melayu dan jumlah ini telah meningkat kepada 471,536 orang pada tahun 1921. Etnik India aktif sebagai buruh ladang getah dan pekerja kemudahan asas (buruh pembinaan) seperti membina jalanraya dan keretapi. 

by: Oliyabra Haji Madyusa_1:29_29/07/12

RAMADAN_1_2012


Ramadan
hadirmu hari ini membawa berjuta erti
sunyi alam tiada bicara
setelah titisan hujan membersih bumi
menusuk kalbu
sendiri
moga ramadan tahun ini
lebih baik dari sebelum ini
ibadah dan redha Allah kita cari
melengkap diri
menjadi muslim sejati
meski dengan langkah bertatih
kita berusaha untuk diri
Kita berusaha untuk dunia dan akhirat kita

Semoga Allah Permudahkan Urusan Dunia dan Akhirat Yang Kita Cari
Aamin...Ya Allah...Aamin...Ya Rabb

Info Ramadan
Fadilat Puasa di Bulan Ramadan
Ibadat puasa adalah ibadah yang dikerjakan dengan menahan lapar dan dahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya Fajar Sodiq (waktu masuk Subuh) hingga terbenamnya matahari (waktu masuk Maghrib). Hikmah dan faedah ibadah puasa diantaranya menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang daif dan perlu sentiasa menghampiri diri dan ibadah kepada Allah swt serta mengharapkan limpahan kurniaan daripada-NYA.

Firman Allah swt
maksudnya:
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa:
-Surah Al-Baqarah Ayat 183-

Sabda Rasulullah, Nabi Muhammad saw
maksudnya:
"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat"
"Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"

Hikmah dan Faedah Puasa
Tanda syukur kepada Allah swt atas nikmat dan limpahan kurnia yang tidak terhingga
Mendidik nafsu amarah agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan meningkatkan nafsu mutmainnah, bersedia menjunjung perintah Allah swt
Melatih dan mendidik jiwa agar ada sifat belas kasihan terhadap orang-orang susah, menderita dan kurang bernasib baik kehidupannya
Membersih diri daripada sifat-sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya
Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
Memperolehi kecerdasan akal fikiran 

"Orang yang lapar perutnya, tajam fikirannya dan teranglah hatinya"

Wallahualam
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Nukilan: Oliyabra Haji Madyusa_Lovely Lasa 1:10_21/7/2012

Friday, July 20, 2012

KOMPONEN KESUSASTERAAN MELAYU (KOMSAS)

KOMSAS merupakan kata akronim bagi istilah “Komponen Kesusasteraan Melayu”. KOMSAS merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu. KOMSAS telah diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di semua sekolah menengah di Malaysia[1]. Dalam tugasan ini, antologi teks komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Malaysia untuk Tingkatan 4 berjudul “Harga Remaja” dijadikan teks pilihan untuk memperihalkan tentang elemen KOMSAS dalam teks berkenaan. 

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah lama mengaplikasikan bahan sastera untuk mencapai matlamat dan objektif dalam pendidikan bahasa Melayu. Penerapan komponen sastera iaitu KOMSAS dalam pendidikan masa kini telah melalui beberapa siri kajian dan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh beberapa orang ahli bahasa. Bahan-bahan KOMSAS yang digunakan oleh pelajar sehingga kini adalah bersesuaian dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Contohnya, dalam teks berjudul “Harga Remaja”, bahan-bahan yang terkandung dalam teks ini telah melalui perakuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuannya agar kualiti bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah terpelihara. 

KOMSAS berperanan penting dalam pembentukan emosi berkesan dan mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan seperti yang telah dinyatakan oleh saudara Nadzeri Isa. Selain itu, pelaksanaan KOMSAS adalah bertepatan dengan Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah iaitu bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di samping menyediakan pelajar-pelajar dengan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa dengan betul dan tepat, kurikulum juga bertujuan mengembangkan kemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif. 

Sukatan bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Penumpuan dalam bidang-bidang ini dikatakan melahirkan pelajar berkemampuan menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian, bidang kerjaya dan bidang ilmu seumur hidup. Dalam kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah, komponen kesusasteraan Melayu telah dimasukkan dengan harapan dapat memupuk minat membaca, melahirkan kenikmatan membaca dan penghayatan terhadap bahan sastera. Objektif sukatan pelajaran bahasa Melayu Tingkatan 4 yang dikeluarkan oleh pusat perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2003 adalah seperti berikut: - 

  • Membolehkan pelajar berbicara bersama rakan tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu dan perkembangan semasa dan antarabangsa dengna menggunakan bahasa santun. 
  • Membolehkan pelajar berurus untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan dengan memberikan maklumbalas tentang barangan dan perkhidmatan yang diperolehi sebagai pelanggan.
  • Membolehkan pelajar membuat pertimbangan dan memilih alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam situasi perbincangan dan perundingan.
  • Membolehkan pelajar membaca teks pelbagai laras dan bidang dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan untuk memperoleh dan mentafsirkan maklumat dengan berkesan.
  • Membolehkan pelajar membaca bahan sastera dan ilmu untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis karya dari pelbagai aspek pengkaryaan.
  • Membolehkan pelajar mengolah semula maklumat berasaskan perspektif dan kriteria tertentu agar memenuhi kehendak tugasan.
  • Membolehkan pelajar menggunakan kemahiran memulakan penyampaian, melahirkan idea dan menutup penyampaian untuk menjadikan persembahan berkesan. 
  • Membolehkan pelajar menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa gramatis dan laras yang tepat dengan mengaplikasikan teknik penulisan yang dipelajari. 
  • Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah. 
Aplikasi KOMSAS dalam bahan pelajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat dilihat melalui antologi teks pilihan berjudul “Harga Remaja”. Teks ini mengandungi puisi pilihan, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Komponen dalam teks ini adalah seperti berikut: - 
  • Puisi Tradisional 
    • Pantun Empat Kerat (Budi)
    • Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) 
    • Syair Definisi Orang Berakal 
    • Syair Siti Sianah 
    • Gurindam 12 Fasal yang Keenam 
    • Seloka Emak Si Randang 
  • Sajak 
    • Harga Remaja
    • Di Perpustakaan 
    • Mengintai Ruang Insaf 
    • Mahsuri
    • Adat Sezaman 
    • Tiba Waktunya
  • Prosa Tradisional 
    • Pelayaran yang Penuh Peristiwa 
    • Merah Silu 
    • HIkayat Indera Nata 
    • Hikayat Khoja Maimun 
  • Cerpen
    • Ibu dan Ceper 
    • Memori Seorang Tua 
    • Israk 
    • Pemain Catur 
    • Mellisa 
    • Biarkan Samudera 
  • Drama 
    • Gelanggang Tuk Wali 
    • Forum Remaja 2020 
    • Cempaka Berdarah 
Sistem bahasa dan seni bahasa banyak terdapat dalam komponen-komponen genre sastera dalam analogi teks “Harga Remaja” seperti berikut: - 
  • Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta peribahasa. Sistem bahasa ialah pelengkap yang membantu aktiviti penulisan dan pertuturan menjadi lebih tepat, jelas, dan mudah difahami. Penguasaan dalam sistem bahasa membolehkan pelajar berbahasa seperti penutur jati bahasa Melayu. Sistem bahasa meliputi aspek yang luas daripada penggunaan tatabahasa sehingga penggunaan gaya bahasa seperti berikut: - 
o Tatabahasa 

Tatabahasa ialah bidang ilmu yang membincangkan tentang peraturan dan ketetapan dalam penggunaan sesuatu bahasa meliputi aspek kata dan ayat. Tatabahasa terbahagi kepada dua bidang besar iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah suatu peraturan dan cara penggunaan kata atau perkataan meliputi perkara-perkara seperti berikut: - 

  • Jenis-jenis kata 
    • Jenis-jenis kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan akronim.
    • Salah satu contoh penggunaan jenis kata adalah seperti berikut (Penggunaan kata tunggal): -
    • “Mereka main masak-masak” (muka surat 159 Cerpen Mellisa, Antologi teks “Harga Remaja” 
  • Pembentukan kata
    • Pembentukan kata melibatkan pemajmukan, gandaan, gabungan. 
    • Salah satu contoh penggunaan pembentukan kata adalah seperti berikut (Penggunaan Kata Gandaan): -
    • “Berhenti di tiap-tiap meja” (muka surat 153 Cerpen Mellisa, Antologi teks “Harga Remaja”. 
  • Penggolongan kata 
    • Penggolongan kata meliputi kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
    • Salah satu contoh penggunaan penggolongan kata adalah seperti berikut (Kata nama dan Kata Kerja): - 
    • “Dia tersenyum” (muka surat 162 Cerpen Mellisa, Antologi teks “Harga Remaja” 
  • Sintaksis 
    • Sintaksis memperincikan ayat dan pembentukkannya meliputi struktur ayat (subjek, predikat, pola ayat dasar, ayat pasif dan ayat aktif), pembentukan ayat (ayat selapis dan ayat majmuk), jenis ayat (ayat penyata, ayat tanya dan ayat seru), frasa (hukum DM, pembentukan frasa dan konstituen terdekat. 
    • Salah satu contoh penggunaan ayat adalah seperti berikut (Ayat Majmuk yang terdiri daripada tiga ayat tunggal): - 
    • “Dia sukakan Farid yang kurus dan sederhana tinggi dan berkulit cerah ini.” (muka surat 156 Cerpen Mellisa, Antologi teks “Harga Remaja” 
o Sebutan dan Intonasi 

Sebutan dan intonasi dalam bahasa Melayu diseragamkan berdasarkan sistem sebutan baku 1985. Sebutan baku ditetapkan untuk mematuhi sebutan berasaskan bunyi huruf konvensional, bunyi konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong. Termasuklah setiap huruf membawa bunyi yang sama, sama ada berada di awal, tengah atau akhir kata serta sebutan perkataan pinjaman. 

o Kosa Kata dan Peribahasa 

Kosa kata dan peribahasa merupakan dua bidang dalam sistem bahasa yang dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Biadang ini adalah pelengkap terhadap kemahiran berbahasa. Dalam ilmu bahasa, penguasaan kosa kata dan peribahasa dikaitkan dengan ilmu sosiolinguistik iaitu satu cabang ilmu yang membincangkan tentang penggunaan bahasa dalam konteks sosial. 

Peribahasa pula adalah susunan bahasa yang indah, digubah berdasarkan kehidupan seharian. Dalam teks KOMSAS, bahan pengajaran mengandungi unsur nasihat dan pedoman, gambaran kehidupan masyarakat, teguran dan sindiran secara halus (sopan). Peribahasa boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, perbilangan, bidalan, lidah pendita, tamsil dan ibarat. Dalam analogi teks “Harga Remaja”, wujud penggunaan pantun, sajak, syair, gurindam, seloka dan sajak. Contohnya, pantun tidak hanya wujud berasingan dalam kategori puisi tradisional tetapi penggunaan pantun juga wujud dalam prosa klasik “Pelayaran Yang Penuh Peristiwa” (muka surat 44) seperti berikut: - 

“Kuala di dalam lebuh, 
Air diharung hingga ke pinggang, 
Mulut luka sungguh sembuh, 
Parutnya bila akan hilang?"

[1] KOMSAS. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komsas

KERTAS PUTIH ITU


kertas putih itu
mata pena menari terus menari
ikut alunan syadunya rasa
ikut irama alunan sukma

kertas putih itu
hitam putih itu lumrah
biru merah hijau jingga
melakar bentuk mata hati

kertas putih itu
mata hati menjadi sayu
bila dollar halang pandangan
pandangan sesak lagi menyesakkan

bila dollar menguasai minda
mata mengalir air mata darah
tidak mampu mengubah dunia
masa pergi pulang tiada

dollar itu bukan syurga
dollar itu bukan neraka
dollar itu dollar
mata wang punya puaka

pandangan mata indah
bila akal menguasai kita
bila akal menguasai dollar 
hidup itu milik kita
alam ini milik bersama

Nukilan rasa: Oliyabra Haji Madyusa - 1:05am 20/07/2012
Ilustrasi oleh: Siti Fatimah Haji Madyusa

Wednesday, July 18, 2012

TERIMA KASIH CIKGU

Satu
Gembiraku ke sekolah
Ada cikgu
Ada sahabatku
Ada ibuku
kenal abc cba
Kenal 123 321
Terima kasih cikgu

Dua
Gembiraku ke sekolah
Ku belajar tanpa ibu
Hanya ada cikgu
Sahabatku dan buku
Ku mula kenali aeiou
ba be bi bo bu
Terima kasih cikgu

Tiga
Gembiraku lari entah ke mana
Cikgu marah semua
Kerana si nila setitik rosak susu sebelanga
Salah itu bukan dari cikgu
Salah itu dari semua
Anak-anak murid lain-lain warna
Cikgu tetap cikgu

Empat
Cikgu itu cikguku
Cikgu itu keluargaku
Cikgu itu sahabatku
Cikgu sumber inspirasiku
Jasamu mengalir bagai air
Terima kasih cikgu
Terima kasih cikgu

Hasil nukilan: Oliyabra Hj Madyusa, Sandakan, Sabah - 22:22 / 18 July 2012

BUDAYA KERJA DALAM ORGANISASI

Budaya organisasi merupakan sesuatu sistem di mana ahli-ahli organisasi mempunyai nilai-nilai dan kepercayaan untuk menentukan tingkahlaku mereka dalam organisasi. Budaya organisasi menentukan cara ahli-ahli organisasi bertindak terhadap sesuatu pekara. Dalam setiap organisasi, wujud sistam atau corak seperti nilai, symbol, adat, metos, dan sebagainya. Kita boleh melihat difinisi budaya organisasi dari pelbagai aspek. Pertama, budaya adalah satu persepsi . Individu menilai budaya organisasi sepertimana yang dapat mereka lihat, dengar dan alami semasa mereka bekerja didalam organisasi tersebut. Kedua, budaya organisasi adalah satu difinesi yang deskriptif. Ia mementingkan bagaimana ahli-ahli menilai organisasi dan bukan menilai jika mereka suka atau tidak terhadap organisasi tersebut. 

Budaya organisasi boleh mempengaruhi organisasi dalam banyak aspek terutamanya dari segi perbuatan keputusan. Budaya merupakan aspek yang penting seperti organisasi. Boleh dikatakan semua organisasi mempunyai budaya sendiri. Budaya boleh dibahagikan kepada budaya yang kuat dan budaya yang lemah. 

Budaya yang kuat adalah suatu budaya di mana nilainya dipegang kuat di antara ahli-ahli organisasi. Budaya ini mempunyai banyak pengaruh ke atas pekerja-pekerja di mana setiap kelakuan individu adalah selaras dengan nilai-nilai yang telah diterima oleh mereka. Ciri-ciri budaya yang kuat dapat meningkatkan motivasi ahli-ahli organisasi. 

Budaya yang lemah pula berlaku apabila ahli-ahli organisasi tidak dapat mengenalpasti perkara-perkara yang penting yang harus diaplikasikan didalam organisasi. Ia terjadi apabila pengurus tidak dapat membimbing pekerja-pekerjanya dengan betul dan tidak menyediakan peraturan-peraturan jelas kepada pekerjanya. Contohnya, apabila pekerja-pekerja tidak dimaklumkan tentang langkah-langkah yang harus diambil semasa berlakunya kecemasan, kemalangan akan berlaku dan menjadi sukar untuk dielakkan. Budaya yang lemah ini bukan sahaja merugikan syarikat tetapi juga membahayakan nyama ahli-ahli organisasi. 

Ciri-ciri budaya yang kuat atau lemah bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz organisasi, kadar penggantian pekerja, berapa lamakah organisasi wujud, bagaimana informasi disalurkan dan sebagainya. Sesetengah organisasi mempunyai budaya yang sederhana, iaitu tidak begitu kuat atau pun lemah. Walaubagaimanapun, kita harus mengetahui bahawa budaya yang kuat dan positif dapat menjamin kejayaan sesebuah organisasi. 

Persekitaran dalaman adalah seperti berikut: 
Ø Misi dan visi organisasi 
Ø Kecekapan teras organisasi 
Ø Budaya organisasi 
Ø Kepimpinan 
Ø Sumber-sumber 
Ø Kemudahan dan infrastruktur 
Ø Struktur organisasi 

Persekitaran luar adalah seperti berikut: 
Ø Persekitaran Spesifik 
Ø Pelanggan 
Ø Pesaing 
Ø Pembekal 
Ø Kumpulan Pendesak 

Pesekitaran am adalah seperti berikut: 

Ø Ekonomi 
Ø Demografi 
Ø Budaya sosial masyarakat 
Ø Politik 
Ø Teknologi 
Ø Globalisasi 
Ø Natural 

Umumnya, pelanggan memainkan peranan yang penting kepada syarikat dan merupakan pengguna yang dapat menentukan masa hadapan sesebuah syarikat. Apabila sebuah syarikat mengeluarkan prodak atau menyediakan servis, matlamat utama mereka adalah memuaskan kehendak pelanggan. Dengan itu, memenuhi citarasa pelanggan merupakan tugas yang penting untuk sesebuah syarikat terus maju. Kita juga hendaklah mengetahui bahawa citaras pengguna sering berubah dari masa ke semasa. Minyak kereta yang mengandungi plumbum, akan tetapi, oleh disebabkan mereka prihatin terhadap pencemaran alam sekitar, mereka menukar citarasa mereka kepada minyak kereta tanpa plumbum yang lebih memutu dan tidak mecemarkan alam. Begitu juga jika kita lihat dari segi perubahan fesyen pada zaman kini. Mungkin tahun yang lalu warna-warna terang pada pakaian menjadi kegemaran pelangganm, tetapi didapati pertukaran citarasa kepada warn-warna yang lembut telah menjadi fesyen tahun yang berikutnya, ketidakpastian ini sering dihadapi oleh setiap organisasi terutamanya yang ingin berkecimpung di dalam dunia perniagaan. Oleh itu, pengurus hendaklah memastikan bahawa mereka setiasa berwaspada tentang pertukaran citarasa pelanggan.

Thursday, July 12, 2012

BIOLOGI DAN ANDA

Bidang Biologi memberi sumbangan dalam kehidupan manusia sama ada secara langsung atau sebaliknya. Sumbangan bidang Biologi dapat dilihat dalam pelbagai aspek dalam kehidupan sama ada melibatkan manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Ilmu dalam bidang Biologi telah banyak membantu kehidupan manusia untuk terus berkembang dan lebih berdaya saing. Contohnya, manfaat ilmu Biologi dalam bidang pertanian dapat dilihat melalui penemuan baka-baka baru, teknik percambahan tanaman dan penghapusan bakteria atau hama secara langsung meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian.

Kemajuan dalam bidang kedoktoran, farmasi, genetik, perikanan, penternakan dan perhutanan adalah berkait rapat dengan bidang Biologi. Pada masa kini, Bioteknologi yang merupakan antara elemen dalam bidang Biologi semakin mendapat perhatian ramai pihak. Bioteknologi menggunakan teknologi tinggi telah memberikan sumbangan yang besar kepada kehidupan manusia. Dengan bioteknologi bibit-bibit baru dapat dicipta, penyakit-penyakit bawaan dapat dihindari, vitamin dapat dibuat dengan mudah dan pelbagai penyakit dapat diatasi. Dalam tugasan ini, aspek-aspek tentang Biologi dari sudut definisi, skop dan bidang kajian akan dihuraikan dengan lebih lanjut untuk melihat sumbangan bidang Biologi dalam kehidupan manusia.

DEFINISI BIOLOGI

Istilah Biologi (pinjaman bahasa Inggeris: biology, bahasa Greek: βίος, bios yang bermakna "kehidupan"; λόγος, logos yang bermakna "kata") adalah suatu kajian saintifik tentang kehidupan. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda-benda hidup. Bidang Biologi mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab suatu spesies itu wujud serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling. Biologi memberi tumpuan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.

Menurut catatan ensiklopedia bebas (Wikipedia), Perkataan biologi moden dikatakan diperkenalkan secara terasing antara Gottfried Reinhold Treviranus (Biologie oder Philosophie der lebenden Natur, 1802) dan oleh Jean-Baptiste Lamarck (Hydrog‚ologie, 1802). Perkataan Biologi dikatakan dicipta pada 1800 oleh Karl Friedrich Burdach tetapi istilah ini telah muncul pada judul Jilid 3 buku Michael Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticae: Geologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia yang telah diterbitkan pada tahun 1766. Bidang Biologi meliputi bidang Botani, Zoologi, Mikrobiologi, Biokimia, Biologi Molekul, Biologi Sel, Fisiologi dan bidang Ekologi.

PENGKELASAN ALAM KEHIDUPAN

Alam kehidupan umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu kehidupan manusia, binatang atau haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dari sudut Biologi, alam kehidupan itu diklasifikasikan dari sekecil-kecil kehidupan iaitu sel sehinggalah kepada interaksi di antara manusia. Bidang Biologi meliputi bidang akademik yang lebih luas dan tersendiri. Kebanyakan sains Biologi merupakan disiplin khusus. Contohnya, bidang Botani merupakan kajian terhadap tumbuh-tumbuhan, bidang Zoologi merupakan kajian terhadap binatang dan haiwan dan bidang mikrobiologi merupakan kajian terhadap mikroorganisma. Bidang-bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma yang dikaji dan kaedah yang digunapakai. Contohnya, bidang Biokimia mengkaji tentang kimia asas hidup, bidang Biologi Molekul pula mengkaji interaksi sistem molekul biologi yang kompleks, bidang Biologi Sel mengkaji benda binaan kehidupan asas iaitu sel, bidang Fisiologi mengkaji fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal dan kimia serta bidang ekologi mengkaji tentang hubungan sesama pelbagai organsima dan alam sekeliling. 

Bidang-bidang dalam Biologi diringkaskan seperti berikut: -

Anatomi, Astrobiologi, Biofizik, Biogeografi, Bioinformatik, Biokimia, Biologi laut, Biologi molekul, Biologi perkembangan, Biologi sel, Biologi struktur, Biologi udara, Bionik, Botani, Bioteknologi, Ekologi, Entomologi, Epidemiologi, Fikologi (algologi), Filogeni (filogenetik, filogeografi), Fisiologi, Fitopatologi, Kladistik, Korologi, Kriptozoologi, Krustasologi, Limnologi, Malakologi, Mikrobiologi (bakteriologi), Mamalogi, Mikologi atau Likenologi, Mirmekologi, Morfologi, Neurosains (neuroanatomi, neuroetologi, neurofisiologi, neurosains pengiraan, psikofizik, sains kognitif, sistem neurosains, sains tingkah-laku), Onkologi (kajian mengenai barah), Ontogeni, Ornitologi, Paleontologi (paleobotani, paleozoologi), Patologi, Penyakit (penyakit berjangkit, penyakit genetik), Sitologi, Taksonomi, Toksikologi (racun dan pencemaran), Virologi, Xenobiologi dan Zoologi.

SEKOLAH BERSTATUS TINGGI (SBT)

Sistem pendidikan di Malaysia berubah secara evolusi mengikut perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara. Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan terdiri daripada sistem pendidikan sebelum penjajahan, sistem pendidikan zaman pemerintahan Jepun dan sistem pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Sistem pendidikan selepas kemerdekaan pula terdiri daripada sistem pendidikan rendah, sistem pendidikan menengah, sistem pendidikan tinggi, institusi pendidikan swasta dan sekolah agama rakyat. Sistem pendidikan di negara ini terus berkembang sehingga kini melibatkan aspek pembangunan pendidikan bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan adalah setanding dengan sistem pendidikan dunia dan pada masa yang sama boleh diterima oleh semua pihak.

Perubahan di peringkat antarabangsa dalam arus globalisasi secara tidak langsung memberi implikasi kepada negara termasuklah dalam merancang agenda pembangunan agar lebih berdaya saing dan mempunyai kemandirian yang tinggi untuk mengharungi arus perubahan dunia. Pendidikan merupakan antara elemen penting dalam menentukan hala tuju pembangunan sesebuah negara. Sistem pendidikan di negara ini mampu mendidik dan melahirkan generasi muda berpendidikan sebagai pelapis untuk meneruskan perjuangan serta mentadbir negara sama ada secara langsung atau sebaliknya. Agenda pembangunan pendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dari semasa ke semasa.

Paradigma dunia pendidikan telah memberi membawa perubahan kepada pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan secara menyeluruh. Dalam konteks ini, pengurusan sekolah rendah lebih diberi keutamaan bagi mengupas dengan lebih terperinci persoalan tentang strategi pengurusan sekolah rendah dalam menyahut cabaran global, selaras dengan agenda pembangunan pendidikan negara. Pada tahun 2009, kerajaan telah membuat satu pelan transformasi dalam merevolusikan kualiti perkhidmatan kerajaan, dunia pendidikan adalah salah satu sub yang terlibat secara langsung. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak melancarkan Pelan Hala tuju Program Transformasi Kerajaan untuk memacu negara ke arah mencapai Wawasan 2020 sejajar dengan gagasan 1 Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. National Key Resault Area (NKRA) telah diperkenalkan dalam pelan ini dalam meningkatkan akses pendidikan yang berkualiti.

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan memberi tumpuan kepada empat sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pertama, Prasekolah. Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun kepada 87 peratus menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kedua, Literasi dan Numerasi (LINUS). Setiap kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Ketiga, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjatkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling rendah. Keempat, Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah. Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.

Cabaran kepada pengurusan sekolah pada masa kini adalah untuk menyahut cabaran mencapai tahap SBT. Pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan 23 sekolah berstatus SBT berbanding 20 sekolah berstatus SBT pada tahun 2010. Pada tahun 2010, sebanyak 10 buah sekolah berasrama penuh, 4 buah sekolah menengah harian, dan enam sekolah rendah seluruh negara telah disenaraikan antara 20 sekolah berstatus SBT. Senarai terkini dikatakan bahawa sebanyak 52 buah sekolah berstatus SBT.

Senarai sekolah berstatus SBT pada tahun 2010 ialah Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru, Johor), Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban, Negeri Sembilan), Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak), Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya, Selangor), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra, Kedah), Kolej Tunku Kurshiah (Seremban, Negeri Sembilan), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (Perlis), Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya), Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Melaka), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman (Petaling Jaya, Selangor), SMK Aminuddin Baki (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), SMK Sultanah Asma (Alor Setar, Kedah), SMK [P] St George (Pulau Pinang), Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), SK Zainab 2 (Kelantan), SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), SK Convent Kota (Taiping, Perak), SK Bukit Damansara (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan SK Bandar Baru Uda 2 (Johor).

Senarai sekolah berstatus SBT pada tahun 2011 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat (Selangor), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Perak), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (Selangor), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (Kedah), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan (Pahang), Sekolah Menengah Sains Alam Shah (Kuala Lumpur), Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan), Sekolah Menengah Sains Miri (Sarawak), Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (Kuala Lumpur), Sekolah Menengah Sains Selangor (Kuala Lumpur), Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Pahang), Sekolah Menengah Sains Muar (Johor), Sekolah Menengah Imtiaz (Terengganu), Sekolah Kebangsaan [SK] Ulu Lubai (Sarawak), SK Convent Muar (Johor), SK Seri Biram (Pahang), SK Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah), SK Setiawangsa (Kuala Lumpur), SK [Perempuan] Methodist Kuantan (Pahang), SK Sultan Ismail (Terengganu), SK Jalan Tiga (Selangor), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Perempuan China (Pulau Pinang) dan SJK(C) Lick Hung (Selangor).

Selain itu, Sekolah Menengah Sains Sabah (Sabah), Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (Negeri Sembilan), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (Selangor), Sekolah Menengah Sains Kuching (Sarawak), Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (Negeri Sembilan), SMK Lembah Bidong (Terengganu), SMK Agama Naim Lilbanat (Kelantan), SK Seksyen 9 (Shah Alam, Selangor) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua (Sarawak) turut disenaraikan sebagai Sekolah Berstatus Tinggi (SBT). SK Ulu Lubai merupakan sekolah pedalaman pertama diiktiraf sebagai sekolah berstatus SBT. Pengiktirafan sekolah ini jelas menunjukkan bahawa sekolah pedalaman juga mampu menyahut cabaran dunia pendidikan negara walaupun dalam serba kekurangan dari sudut fizikal bangunan sekolah dan kemudahan asas berbanding dengan sekolah-sekolah di kawasan Bandar. Justeru itu, SK Ulu Lubai dijadikan sebagai role model bagi sekolah-sekolah pedalaman dalam menentukan hala tuju pengurusan sekolah ke arah pencapaian cemerlang standing dengan aras SBT.

Saturday, July 7, 2012

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dan sistem pendidikan selepas kemerdekaan. Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dibahagikan kepada tiga iaitu sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah, sistem pendidikan di zaman pemerintahan Jepun dan sistem pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris. Zaman pemerintahan Inggeris memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan di negara ini sehingga kini. Umumnya, sistem pendidikan dibahagikan kepada empat iaitu pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi, dan sekolah agama rakyat.

Sebelum Kemerdekaan

Tiga zaman menunjukkan kepelbagaian dan perubahan sistem pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia).

Pertama, sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah. Sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah adalah bersifat tidak formal. Sistem pendidikan telah wujud di negara ini sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Sistem pendidikan pada zaman ini adalah berasaskan kepada pengajaran al-quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, kerohanian dan seni mempertahankan diri. Pendidikan wujud dan berkembang bersama-sama dengan pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Pada zaman ini telah wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan Sekolah Pondok. Sekolah Pondok dibangunkan dan dimajukan bersama-sama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

Kedua, sistem pendidikan di zaman pemerintahan Jepun (1941-1945). Sistem pendidikan di zaman Jepun berorientasikan kurikulum dari negara Jepun. Sistem pendidikan dijadikan sebagai agen untuk memperkukuhkan kedudukan Jepun di Tanah Melayu dan mengagongkan mereka. Hanya sebilangan kecil rakyat mempunyai peluang belajar seterusnya bekerja dengan Jepun. Pada zaman penjajahan Jepun sehingga tahun 1956, Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dan ditambah dengan bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go diwujudkan pada zaman ini bertujuan untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran sekolah Nippon-Go lebih menekankan elemen-elemen lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun (Sufean Hussin, 1996).

Ketiga, sistem Pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris. Sistem pendidikan adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Pada zaman ini, terbentuk lima aliran sekolah di negara ini iaitu sekolah aliran Melayu, sekolah aliran Cina, sekolah aliran India, sekolah aliran Inggeris dan sekolah agama atau Madrasah. Kaum Melayu telah mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes yang memfokus kepada pendidikan orang Melayu dan telah membawa kepada perubahan seluruh sistem pendidikan. Pada zaman ini, sistem pendidikan sedia ada telah dirombak semula (Sufean Hussin, 1996). Menurut Ibrahim Saad (1990:7), terdapat tiga matlamat utama pendidikan zaman penjajah. Pertama, sekolah mempunyai tujuan memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan pribumi. Kedua, sekolah melatih segolongan kecil masyarakat peribumi (terutama dari golongan pemimpin-pemimpin tradisional) bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu mereka. Ketiga, sekolah sebagai agensi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan di peringkat yang paling rendah.

Selepas Kemerdekaan

Sistem pendidikan selepas kemerdekaan dibahagikan kepada empat iaitu pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan sekolah agama rakyat. Pertama, sistem pendidikan rendah mengambil masa lima hingga tujuh tahun. Pertama, pendidikan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan rendah bermula apabila kanak-kanak berumur enam atau tujuh tahun. Pendidikan rendah terdiri daripada dua jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa Mandarin (sekolah jenis kebangsaan Cina) dan bahasa Tamil (sekolah jenis kebangsaan Tamil) sebagai bahasa pengantar.

Kurikulum peringkat sekolah rendah dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap I dan Tahap II. Tahap I bermula pada Tahun 1 hingga 3 yang menekankan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan memupuk nilai dan bakat. Tahap II bermula pada Tahun 4 hingga 6 yang memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, pemupukan siap, nilai dan bakat, penguasaan ilmu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta kemahiran membaca dan menulis dalam jawi. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan bertujuan untuk mentafsir prestasi murid-murid dalam bidang akademik. Kedua, sistem pendidikan menengah. Sistem pendidikan memengah lebih komprehensif dan berkualiti. Sistem pendidikan menengah dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun. Sistem pendidikan menengah berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pendidikan menengah boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan menengah rendah dan pendidikan menengah atas. Sistem pendidikan menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kelas Peralihan dikhususkan kepada pelajar daripada aliran Cina dan Tamil bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah. Pendidikan menengah atas bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan di peringkat menengah rendah iaitu Sijil Rendah Pelajaran [SRP] atau Penilaian Menengah Rendah [PMR] (dulu dikenali sebagai Lower Certificate Eduction [LCE]), pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas.

Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] (dulu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education [MCE]). Ketiga, pendidikan lepasan menengah. Pelajar lepasan SPM yang berjaya dalam peperiksaan dan memenuhi syarat tertentu adalah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan atau mengikuti program matrikulasi di universiti awam. Pelajar yang melanjutkan ke Tingkatan 6 dalam tempoh dua tahun akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keempat, Madrasah atau sekolah agama. Sekolah agama dan Madrasah semakin berkembang dan masih wujud di negara ini sehingga kini. Di Malaysia, sebanyak 17 buah sekolah rendah agama dan 77 buah sekolah menengah agama rakyat telah mendaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga tahun 2005.

Semoga sedikit ilmu ini dapat kita kongsi bersama..... Selamat Membaca....