WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Monday, February 13, 2017

Bimbingan Dan Kaunseling di Sekolah

Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling di Sekolah

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004) terdiri daripada beberapa elemen seperti berikut: -

  • Data guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Memantapkan Sistem Mentor.
  • Memantapkan peranan Pembimbing Rakan Sebaya.
  • Meningkatkan Profesionalisma Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Penyediaan SKTGuru Kaunseling.
  • Penyeliaan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  • Peranan Kaunselor di Sekolah Berasrama.
  • Senarai semak masalah pelajar.
  • Sekolah contoh Perkhidmatan Kaunseling terbaik.
  • Jaringan mesra jaya ke sekolah rendah.
  • Penghargaan kepada guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Perlantikan guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Dasar 60:40: Penyertaan Pelajar dalam jurusan Sains.

Pengurusan Bimbingan di Sekolah

Pengurusan bimbingan di sekolah terdiri daripada beberapa elemen (Prosedur Kualiti, 2010) seperti berikut: -

  • Mengarahkan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mengisi borang biodata.
  • Memaklumkan kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan.
  • Menyediakan Takwim Tahunan Perkhidmatan Bimbingan.
  • Membentangkan Takwim Tahunan dalam Mesyuarat.
  • Memaklumkan kepada Guru Kelas dan Guru-Guru serta Murid bagi melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan.
  • Melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan mengikut masa, tarikh dan tempat yang ditetapkan, (a) Menyediakan Bahan / Instrumen dan (b) Borang Penilaian Murid.
  • Melaksanakan Kaunseling Individu / Kaunseling Kelompok / Kaunseling Kerjaya kepada murid yang memerlukan perkhidmatan susulan.
  • Membuat Analisis dan Rumusan terhadap Prestasi Perkhidmatan Bimbingan yang dijalankan sepanjang tahun dan diserahkan serta disahkan oleh Pentadbir.
  • Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan merujuk kepada PK15: Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang tidak di akur.

Isu-Isu Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling di Sekolah

Isu-isu perkhidmatan guru Bimbingan dan guru Kaunseling (GBK) di sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004) adalah seperti berikut: -
  • Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling seharusnya melaksana dan memantapkan perkhidmatan Mentor Mentee dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah.
  • Meningkatkan perkongsian ilmu antara Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling dengan menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling peringkat Daerah dan Negeri.
  • Penyeliaan Guru Bimbingan dan Guru kaunseling dilaksanakan oleh Penyelia Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk melihat keberkesanan perkhidmatan.
  • Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling membuat pelaporan perkhidmatan kepada PPD, JPN dan KPM.
  • Meningkatkan peranan Guru Kaunseling di asrama.
  • Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling mengenalpasti masalah pelajar melalui analisis Borang Senarai Semak Masalah Pelajar.
  • Mengalakkan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling mengadakan lawatan kerja dan perkongsian ilmu dengan sekolah atau Guru Kaunseling Cemerlang. Guru Kaunseling cemerlang menjadi mentor kepada guru kaunseling lain.
  • JPN dan PPD memberikan penghargaan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling cemerlang peringkat JPN dan PPD.
  • Perlantikan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling hendaklah secara sepenuh masa.
  • Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling meningkatkan program kerjaya di sekolah ke arah pencapaian Dasar 60:40, Penyertaan pelajar dalam Jurusan Sains : Sastera.
  • Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling di sekolah digunakan secara optimum dan berkesan.
  • Perkhidmatan GBK dengan program PPD, JPN dan agensi luar perlu diselaraskan. Adakan sistem penggiliran bagi meminimakan GBK meninggalkan sekolah.
  • GBK menggunakan kesempatan kelas ganti untuk membimbing pelajar dari segi kemahiran belajar, kerjaya, komunikasi dan sebagainya.
  • GBK boleh dilantik keperjawatan yang lebih tinggi seperti GPK, GPK HEM, GPK Kokurikulum, Penyelia Petang.
  • GBK tidak dibenarkan meletakkan jawatan kecuali perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi.

Masalah Remaja - Bimbingan dan Kaunseling (Tinjauan Literatur)

Pengenalan

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah diperkenalkan secara rasminya pada tahun 60-an melalui program bimbingan kerjaya. Pada peringkat awal, ianya menjurus kepada kerjaya sahaja. Sekitar tahun 70-an, Maktab Rendah Sains MARA menjadi kumpulan sekolah pertama memperkenalkan program ini. Tujuannya, membimbing dan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar ke arah kematangan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seiring dengan perkembangan Sains dan Teknologi, institusi kekeluargaan di negara ini turut berubah. Umpamanya, lebih ramai institusi keluarga pada hari ini memilih kehidupan dwi kerjaya, ibu tunggal, bapa tunggal dan sebagainya sehingga ramai remaja terbiar serta terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Masalah ini sepatutnya dibawah tanggung jawab ibu bapa dan penjaga namun kini, ianya turut dipertanggungjawabkan kepada sekolah.

Di sekolah, guru tidak dapat memperuntukan masa untuk kaunseling kerana tugas utama mereka adalah mengajar. Justeru itu, untuk mengatasi masalah ini telah diwujudkan kaunselor yang ditugaskan di sekolah-sekolah dan terus berkembang sehingga kini. Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah menggunakan pelbagai pendekatan mengikut teori dan prinsip serta kemahiran berkaitan dengan kemahiran bimbingan dan kaunseling bagi membantu guru memainkan peranan sebagai kaunselor untuk membantu pelajar. Elemen utama untuk mengaplikasikan bimbingan dan kaunseling bagi membantu para pelajar adalah dengan cara menemubual pelajar bermasalah atau disebut sebagai ‘klien’ untuk mendapatkan butiran berkaitan dengan klien seperti latar belakang klien, gaya penampilan klien, sikap dan perangai klien, tingkah laku dan perasaan, pengalaman, sejarah perubatan, serta latar belakang pendidikan. Termasuklah mendapatkan gambaran sebenar senario masalah klien seterusnya mengaplikasikan teori bimbingan dan kuanseling untuk membantu masalah yang dihadapi oleh klien. Kebanyakan kaunselor mengamalkan beberapa langkah dalam mengendalikan sesi kaunseling antaranya penstrukturan, membina hubungan, menyatakan masalah melalui penerokaan, meneroka masalah, alternatif, pemilihan alternatif, penilaian dan penamatan.

Masalah Remaja

Menurut Mohd Dahlan dan Ida Shafinaz (2010), antara perlakuan jenayah serta masalah sosial yang melibatkan remaja adalah seperti pornografi, penipuan, pelacuran, penyeludupan, peras ugut, pelaburan haram, aktiviti seks bebas, rogol, mencabul kehormatan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Kertas kerja ini meninjau penglibatan remaja dalam jenayah serta masalah sosial yang berkaitan dengan dunia siber ini samada sebagai pelaku mahupun mangsa. Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja, melainkan memerlukan pembabitan semua seperti keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah, pihak berkuasa, dan badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan. 

Kes-kes jenayah di kalangan remaja hari bermula dari rumah. Ia bermula apabila ibu dan bapa tidak mampu lagi mengawal tingkah laku anak-anak mereka. Kadang-kadang ibu bapa seolah-olah 'menghalalkan' perbuatan anaknya apabila tidak melakukan sebarang tindakan apabila melihat anaknya melakukan maksiat di hadapan mata. Tidak dinafikan ada di kalangan ibu bapa yang berada dalam dilema kerana bimbang anak-anak mereka lari dari rumah sekiranya sikap mereka itu ditegur. Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2010 menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun. Apabila berada di sekolah, lagak gaya remaja semacam kumpulan kongsi gelap atau samseng sehingga menyebabkan sesetengah guru berfikir dua kali untuk menegur mereka (Utusan Melayu, 2012:26 Disember).

Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang-undang juga boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program serta aktiviti yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) dan juga penubuhan kelab Pencegahan Jenayah di sekolah seluruh negara. Kes-kes jenayah yang semakin meningkat seperti; buang bayi, penyalahgunaan dadah, zina, rempit dan lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya memerlukan tindakan secara kolektif dan bersepadu. Melalui perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah diharap dapat membantu para pelajar mempunyai kemandirian dalam mengatasi masalah pelajar.