WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Monday, July 25, 2016

HATI BILA TERASA

Catatan pada 24 Julai 2016 Jam 16:57

Bicara saya soal ‘hati bila terasa’

Sebelum memulakan tinta.. Suka saya mengingatkan di sini apa jua coretan dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup jauh sekali yang telah pergi.. Semua ini sekadar luahan suatu rasa ‘hati bila terasa’ mula berbicara..

Hati bila terasa..
Resah dalam dada mampu mengundang takungan si air mata..

Hati bila terasa..
Terasa degupan jantung berirama tidak sekata..

Hati bila terasa..
Menari hiba kala tari sendu tanpa suara..

Duhai hati..

Menangis la andai dengan tangisan mampu mencair beku resahmu..
Menangis la andai air mata itu mampu membasuh kecik hatimu..
Menangis la andai tangisan itu mengubat lukamu..

Menangis la..
Menangis la..
Menangis la..

Bila hati tak mampu untuk menzahirkan dengan kata, meluahkan dengan bicara..

Saat tak ada niat hendak memusuhi sesiapa,
Saat diri dengan kemelut kehidupan yang serba kurang..
Saat kasih sesama saudara kukuh di hati..
Saat mengumpul semangat untuk kuatkan diri berjuang..
Saat ujian demi ujian datang mengundang..

Hati terasa..

Bila ‘insan-insan tersayang’ mula berpatah arang..
Meluahkan bicara tidak pada paksinya..
Mendengar cerita hanya pada satu pihak sahaja..
Menjadikan kita ‘insan-insan disisihkan’ tanpa membela..
Dijadikan seteru tanpa kita membawa ‘gaduh’

Di mana silapnya?

Hati mula terasa..

Hadirnya tidak menjejak ke rumah.. Walhal, rumah ini bagaikan syurga mereka..
Bila sudah hidup berdikari.. Rumah ini bagaikan rumah kedua..

Kini, semua berbeza..
Saya cuba sedapkan hati.. Tidak mengapa.. Di rumah keluarga lain pun sama sahaja..
Rumah kami.. Rumah mereka.. Sama sahaja.. Tidak mengapa..

Atas dasar kasih sayang, cuba juga mengubati hati sendiri.. Ada urusan perlu diselesaikan jadinya tidak sempat singgah lagi ke rumah kami..

Beberapa kali terjadi..

Namun hati mula terasa..
Bila mula di anggap seteru.. Kasih sayang dari kecil bagaikan hilang..
Melafaz kalimah ‘tidak akan ke rumah kami lagi’
Mengikis sayang di hati nurani.. dan mula terbit bibit-bibit benci

Kenapa dan mengapa kami dianggap bagaikan musuh, walhal tanpa niat begitu?
Ke mana hilang kasih dan sayang dari kecil hingga usia meniti senja?
Mengapa di pandang sebelah mata?

Hati mula terasa,
Ku perhati wajah ibu yang semakin tidak bermaya..
Kudrat tidak sekuat dulu..
Dibibirnya tidak pernah bicara nista..
Jauh sekali mencela sesama bersaudara..

Diamnya sering disalah tafsir,
Pergerakan terbatas disalah erti, namun dengan senyuman ibu bersuara..
'Saya selalu kurang sihat..'

Hati mula berbicara,

Kalau pun tidak pernah berbuat kebaikan pada kalian, kenang la kebaikan kami walaupun secubit..
Kalau pun sudah hilang rasa sayang kalian, mohon la jangan ada walau secebis pun kebencian..
Kalau pun ‘rumah kami’ tidak lagi dikunjungi, mohonlah jangan sekali-kali pernah menganggap kami bagaikan musuh..

Ingat la selalu..

Datang la pada kami bila-bila masa kamu kehendaki, rumah sentiasa terbuka luas untuk kalian bila-bila masa..

Siramlah kata-kata nista, taburlah dengan bibit-bibit musuh.. Akan kami bajakan sentiasa dengan kasih dan sayang.. Lillah hi taala..

Tidak akan pernah kami menganggap kamu musuh.. Malahan, kasih sayang kami melimpah untuk kalian..

Bila hati sukar untuk menzahirkan.. Biarlah menadah tangan kepada ALLAH SWT agar ‘insan-insan tersayang’ berubah dan tidak selalu mengikut kata amarah..

Sesungguhnya.. Air yang dicincang tidak akan pernah putus.. Namun, bicaramu.. Mengundang ‘hati terasa’.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.. ???

Dosa pada Allah SWT kita mohon keampunan padaNYA..
Dosa pada manusia.. ??? Tepuk dada.. Tanyalah diri !!!
Biarlah kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki diri..

Sesungguhnya.. Muda atau Tua bukan jaminan untuk mati, begitu juga Kaya atau Miskin, Sihat atau Sakit.. Wallahualam..

P/S: Alhamdulillah.. meluahkannya mengundang damai di hati..

Nukilan,
Oli, 24.7.2016 18:21