WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Saturday, July 7, 2012

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dan sistem pendidikan selepas kemerdekaan. Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dibahagikan kepada tiga iaitu sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah, sistem pendidikan di zaman pemerintahan Jepun dan sistem pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris. Zaman pemerintahan Inggeris memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan di negara ini sehingga kini. Umumnya, sistem pendidikan dibahagikan kepada empat iaitu pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi, dan sekolah agama rakyat.

Sebelum Kemerdekaan

Tiga zaman menunjukkan kepelbagaian dan perubahan sistem pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia).

Pertama, sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah. Sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah adalah bersifat tidak formal. Sistem pendidikan telah wujud di negara ini sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Sistem pendidikan pada zaman ini adalah berasaskan kepada pengajaran al-quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, kerohanian dan seni mempertahankan diri. Pendidikan wujud dan berkembang bersama-sama dengan pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Pada zaman ini telah wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan Sekolah Pondok. Sekolah Pondok dibangunkan dan dimajukan bersama-sama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

Kedua, sistem pendidikan di zaman pemerintahan Jepun (1941-1945). Sistem pendidikan di zaman Jepun berorientasikan kurikulum dari negara Jepun. Sistem pendidikan dijadikan sebagai agen untuk memperkukuhkan kedudukan Jepun di Tanah Melayu dan mengagongkan mereka. Hanya sebilangan kecil rakyat mempunyai peluang belajar seterusnya bekerja dengan Jepun. Pada zaman penjajahan Jepun sehingga tahun 1956, Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dan ditambah dengan bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go diwujudkan pada zaman ini bertujuan untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran sekolah Nippon-Go lebih menekankan elemen-elemen lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun (Sufean Hussin, 1996).

Ketiga, sistem Pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris. Sistem pendidikan adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Pada zaman ini, terbentuk lima aliran sekolah di negara ini iaitu sekolah aliran Melayu, sekolah aliran Cina, sekolah aliran India, sekolah aliran Inggeris dan sekolah agama atau Madrasah. Kaum Melayu telah mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes yang memfokus kepada pendidikan orang Melayu dan telah membawa kepada perubahan seluruh sistem pendidikan. Pada zaman ini, sistem pendidikan sedia ada telah dirombak semula (Sufean Hussin, 1996). Menurut Ibrahim Saad (1990:7), terdapat tiga matlamat utama pendidikan zaman penjajah. Pertama, sekolah mempunyai tujuan memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan pribumi. Kedua, sekolah melatih segolongan kecil masyarakat peribumi (terutama dari golongan pemimpin-pemimpin tradisional) bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu mereka. Ketiga, sekolah sebagai agensi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan di peringkat yang paling rendah.

Selepas Kemerdekaan

Sistem pendidikan selepas kemerdekaan dibahagikan kepada empat iaitu pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan sekolah agama rakyat. Pertama, sistem pendidikan rendah mengambil masa lima hingga tujuh tahun. Pertama, pendidikan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan rendah bermula apabila kanak-kanak berumur enam atau tujuh tahun. Pendidikan rendah terdiri daripada dua jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa Mandarin (sekolah jenis kebangsaan Cina) dan bahasa Tamil (sekolah jenis kebangsaan Tamil) sebagai bahasa pengantar.

Kurikulum peringkat sekolah rendah dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap I dan Tahap II. Tahap I bermula pada Tahun 1 hingga 3 yang menekankan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan memupuk nilai dan bakat. Tahap II bermula pada Tahun 4 hingga 6 yang memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, pemupukan siap, nilai dan bakat, penguasaan ilmu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta kemahiran membaca dan menulis dalam jawi. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan bertujuan untuk mentafsir prestasi murid-murid dalam bidang akademik. Kedua, sistem pendidikan menengah. Sistem pendidikan memengah lebih komprehensif dan berkualiti. Sistem pendidikan menengah dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun. Sistem pendidikan menengah berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pendidikan menengah boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan menengah rendah dan pendidikan menengah atas. Sistem pendidikan menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kelas Peralihan dikhususkan kepada pelajar daripada aliran Cina dan Tamil bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah. Pendidikan menengah atas bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan di peringkat menengah rendah iaitu Sijil Rendah Pelajaran [SRP] atau Penilaian Menengah Rendah [PMR] (dulu dikenali sebagai Lower Certificate Eduction [LCE]), pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas.

Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] (dulu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education [MCE]). Ketiga, pendidikan lepasan menengah. Pelajar lepasan SPM yang berjaya dalam peperiksaan dan memenuhi syarat tertentu adalah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan atau mengikuti program matrikulasi di universiti awam. Pelajar yang melanjutkan ke Tingkatan 6 dalam tempoh dua tahun akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keempat, Madrasah atau sekolah agama. Sekolah agama dan Madrasah semakin berkembang dan masih wujud di negara ini sehingga kini. Di Malaysia, sebanyak 17 buah sekolah rendah agama dan 77 buah sekolah menengah agama rakyat telah mendaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga tahun 2005.

Semoga sedikit ilmu ini dapat kita kongsi bersama..... Selamat Membaca....