WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Monday, July 30, 2012

UNDANG-UNDANG KELUARGA

Undang-undang keluarga merujuk kepada suatu sistem undang-undang yang mengendalikan institusi keluarga dan soal-soal yang berhubung dengan kekeluargaan. Umumnya, undang-undang keluarga sering dikaitkan dengan udang-undang harta dan perwarisan.Undang-undang keluarga melibatkan undang-undang dan dasar yang berkaitan dengan keluarga seperti undang-undang perkahwinan dan perceraian, nafkah isteri dan anak, tuntutan hak, hak penjagaan anak, jenayah rumah tangga dan penderaan kanak-kanak.

Undang-undang keluarga di Malaysia:
  • Orang Islam: akta / enakmen undang-undang keluarga Islam (13 negeri)
  • Bukan Islam: akta membaharui undang-undang (perkahwinan & perceraian) 1976
Fungsi Undang-Undang Keluarga:
  • Definisi dan perubahan status: 
  • (1) Berkaitan dengan interpretasi dan pengubah status kerana ia berkaitan dengan hak di mana ahli dalam keluarga boleh menuntut antara satu sama lain.
  • (2) Pihak mahkamah mempunyai bidang kuasa, mempunyai kuasa untuk mendefinisikan status. Mahkamah mempunyai kuasa mutlak mengubah status berkenaan.
  • Penyelesaian konflik / masalah: 
  • (1) Meleraikan persengketaan antara ahli keluarga, apabila unit keluarga berpecah belah. Apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan walaupun berlaku usaha perdamaian, mahkamah berhak membubarkan perkahwinan melalui proses perceraian.
  • (2) Apabila berlaku perceraian, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan hak penjagaan anak, hak lawatan ibu atau bapa bukan penjaga dan hak untuk mendiami rumah perkahwinan.
  • Perlindungan:
  • (1) Perlindungan fizikal sekiranya ada ahli dianiaya atau didera, mahkamah akan membuat perintah.
  • (2) Perlindungan ekonomi. Mahkamah akan membuat perintah pembayaran nafkah untuk anak.
  • Pembahagian harta:
  • (1) Apabila ketua keluarga meninggal dunia, ahli keluarga berhak mewarisi harta si mati. Berlaku pembahagian harta pusaka di kalangan ahli.
  • (2) Sekiranya berlaku perceraian, pembahagian harta perkahwinan dilakukan oleh pihak mahkamah di mana terdapat prinsip tertentu digunapakai. Pasangan dwikerjaya mendapat 1/2  bahagian. Pasangan unikerjaya mendapat 1/3 dengan mengambil kira sokongan moral yang telah diberikan terhadap keluarga. 


Undang-Undang Berkaitan Dengan Keluarga:
  • Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (AUKIWP)
  • Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU). Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 terpakai kepada setiap orang bukan Islam yang tinggal dan berdomisil di Malaysia.

  • Perkongsian Ilmu: Oliy777

No comments:

Post a Comment