WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Saturday, May 18, 2013

ORGANISASI PEMBELAJARAN


ORGANISASI PEMBELAJARAN 

Organisasi pembelajaran atau pengorganisasian belajar adalah suatu konsep dimana organisasi dianggap mampu secara berterusan melakukan proses pembelajaran mandiri (self learning) sehingga organisasi tersebut memiliki kecekapan berfikir dan bertindak dalam memberi respon kepada perubahan yang wujud dalam persekitaran. Dikatakan bahawa Pedler, Boydell dan Burgoyne mendefinisikan organisasi pembelajaran sebagai sebuah organisasi yang memfasilitasi pembelajaran daripada seluruh anggotanya dan secara berterusan mentransformasikan diri. Menurut Sandra Kerka (1995), learning organization adalah asumsi bahawa belajar itu penting, berlanjutan, dan lebih efektif ketika dibahagikan serta setiap pengalaman adalah suatu kesempatan untuk belajar. Dimensi Learning Organization oleh Peter Senge (1999) pula mengemukakan bahawa dalam learning organization yang efektif terdapat 5 dimensi yang akan memungkinkan organisasi untuk belajar, berkembang, dan berinovasi iaitu: - 
  • Personal Mastery iaitu kemampuan secara berterusan dan sabar dalam memperbaiki wawasan agar objektif melihat realiti dengan pemusatan tenaga secara berstrategi. Organisasi pembelajaran memerlukan pekerja yang memiliki kompetensi yang tinggi, agar boleh diadaptasi dengan tuntutan perubahan, khususnya perubahan teknologi dan perubahan paradigma organisasi daripada paradigma yang berasaskan kekuatan fizik ke paradigma yang berasaskan pengetahuan. 
  • Mental Module iaitu suatu proses menilai diri sendiri untuk memahami, asumsi, keyakinan, dan prasangka atas rangsangan yang muncul. Mental model memungkinkan manusia bekerja dengan lebih cepat. Namun, dalam organisasi yang terus berubah, mental model kadang-kadang tidak berfungsi dengan baik dan menghambat adaptasi yang diperlukan. Dalam organisasi pembelajaran, mental model ini dibincangkan secara detail mengikut perubahan di peringkat individu, kelompok, dan organisasi. 
  • Shared Vision merupakan komitmen untuk menterjemah visi bersama-sama tanpa paksaan. Oleh kerana organisasi terdiri daripada pelbagai lapisan pekerja yang berbeza latar belakang pendidikan, kaum, pengalaman serta budaya, maka menjadi suatu cabaran kepada organisasi untuk bekerja secara terpadu jika tidak memiliki visi yang sama. Selain perbezaan latar belakang pekerja, organisasi juga memiliki pelbagai unit yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, untuk menggerakkan organisasi pada tujuan yang sama dengan aktiviti fokus pada pencapaian tujuan bersama, visi amat diperlukan oleh semua pihak dan semua unit yang ada dalam organisasi.
  • Team Learning merupakan kemampuan dan motivasi untuk belajar secara adaptif, generatif, dan berkesinambungan. Kini makin banyak organisasi berasaskan team, kerana rancangan organisasi dibuat dalam lintas fungsi secara berkumpulan. Kemampuan organisasi untuk mensinergikan kegiatan pasukan ditentukan oleh adanya visi bersama dan kemampuan berfikir secara sistematik. Pembelajaran dalam organisasi akan menjadi semakin cepat jika wujud perkongsian wawasan dan belajar bersama-sama. Perkongsian wawasan pengetahuan dalam pasukan menjadi sangat penting untuk peningkatan kapasiti organisasi dalam menambah modal intelektual. 
  • System Thinking, organisasi pada dasarnya terdiri daripada unit yang harus bekerja sama untuk menghasilkan prestasi yang optima. Unit-unit itu antara lain ada yang disebut bahagian, pengurusan, atau jabatan. Kejayaaan suatu organisasi ditentukan oleh kemampuan organisasi untuk melakukan pekerjaan secara sinergi. Kemampuan untuk membangun hubungan yang sinergi hanya diperolehi apabila semua anggota unit saling memahami pekerjaan unit lain dan memahami kesan daripada kinerja unit tempat dia bekerja pada unit yang lain. 
Kelima dimensi organisasi pembelajaran perlu diaplikasikan dalam sesebuah organisasi untuk meningkatkan kualiti pembangunan sumber manusia. Ini kerana ianya mampu mempercepatkan proses pembelajaran organisasi dan meningkatkan kemampuan untuk beradaptasi pada perubahan dan turut serta dalam perubahan pada masa depan. Kelima dimensi dari Peter Senge perlu diarah secara utuh, dikembangkan dan dihayati oleh setiap anggota organisasi, dan diwujudkan dalam tindakan seharian. Menurut Izham et al. Dalam Nor Foniza dan Mohd Izham (2012), percaturan menjadikan sebuah organisasi sebagai organisasi pembelajaran adalah relevan dengan perubahan dinamik Abad Ke-21 terutamanya institusi pendidikan sebagai perantara yang bertanggungjawab melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu. 

Ciri organisasi pembelajaran yang menyediakan ruang dan peluang pembelajaran berterusan mampu meningkatkan kualiti, daya saing, keberkesanan dan kecemerlangan organisasi menepati dunia global tanpa sempadan. Pendekatan pengurusan organisasi pembelajaran menjadikan organisasi bersaing dan mengadaptasi perubahan. Organisasi pembelajaran memberi manfaat kepada individu dan organisasi apabila ahli-ahlinya menggunakan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam membuat perubahan. Sekolah sebagai organisasi pembelajaran dapat melengkapkan warganya dengan pelbagai ilmu, maklumat terkini dan kemahiran untuk individu dan organisasi bertindak dengan cekap, tepat dan pantas seiring dengan perubahan pendidikan yang dinamik.

No comments:

Post a Comment