BENGKEL PENULISAN CERPEN
DAN
BICARA BUKU
"EPILOG CINTA ASRAR"
ANJURAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH BELURAN
DENGAN KERJASAMA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (CAWANGAN SABAH)
BERSAMA
TUAN HAJI ISMAIL HAJI SALLEH
TUAN HAJI FAZLI HAJI MOHD SALLEH
PEGAWAI DBP
PADA
18 MEI 2013 (SABTU)
DEWAN PELADANG BELURAN, SABAH
MAKLUM BALAS PESERTA BENGKEL PENULISAN CERPEN (FEED BACK)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi membaca catatan yang tidak seberapa indah ini. Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi, Allah SWT kerana keizinannya dapat saya merasai cintaNYA walaupun di saat diri bertatih mencari kasih, redha dan rahmat ilahi. Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi salah seorang peserta kursus daripada 27 peserta keseluruhannya.
Bengkel 1 dan Bengkel 2: Penulisan Cerpen oleh Pembimbing Tuan Haji Ismail Haji Salleh
Bengkel ini bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Pertama, kami telah didedahkan kepada beberapa perkara penting berkaitan dengan persediaan fizikal dan mental dalam menceburi bidang penulisan khususnya dalam menghasilkan cerpen yang baik. Kedua, kami didedahkan tentang "apa itu sinopsis?" dan "bagaimana untuk menulis sinopsis?". Ketiga, Persoalan, iaitu perlunya persoalan dikemukakan dalam cerita agar menjadi garis panduan dalam mengembangkan penceritaan cerpennya. Keempat, Plot cerita yang ingin dipersembahkan. Apakah plot cerita dipersembahkan secara kronologi atau imbas kembali, atau menggunakan teknik monolog atau dialog?.
Interaksi secara dua hala antara peserta bengkel dan pembimbing telah membuahkan hasil apabila sebilangan besar peserta kursus berjaya menghasilkan sinopsis masing-masing walaupun dalam masa yang singkat. Pembimbing berjaya merangsang minda peserta untuk sama-sama menjiwai seni dalam penulisan walaupun hakikatnya, peserta bengkel masih dalam bertatih mencari ruang untuk menjadi seorang penulis.
Bengkel 3: Motivasi Berkarya oleh Pembimbing Tuan Haji Fazli Haji Mohd Salleh
Bengkel ini bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 4 petang. Kami telah didedahkan tentang potensi diri untuk menjadi "Penulis Muda". Kami juga telah didedahkan tentang beberapa elemen yang perlu ada dalam diri untuk menjadi seorang penulis diantaranya,
- Menerapkan unsur-unsur ilmu dalam berkarya.
- Menerapkan unsur-unsur budaya tempatan.
- Realistik dalam bercerita.
- Ada nilai komersial, cinta dan kasih sayang.
- Wujudkan kamus istilah persendirian.
- Bercerita tentang gambaran perasaan dan diselitkan dengan unsur-unsur alam bagi tujuan mengindahkan bahasa.
Kami juga didedahkan tentang perkara-perkara berkaitan dengan penghasilan novel dan cerpen khususnya dalam bidang penerbitan, saluran yang boleh digunakan untuk memasarkan karya, kepentingan hak cipta, serta isu dan cabaran Penulis Muda Sandakan.
Nota: Sesungguhnya maklum balas bengkel ini hanya mengambil kira pemahaman saya selaku peserta bengkel dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Sekadar perkongsian ilmu buat rakan-rakan.
ATUR CARA
BENGKEL PENULISAN CERPEN
18 Mei 2013 (Sabtu)
8.30 - 9.00 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 - 10.30 pagi
Bengkel 1 (Penulisan Cerpen)
Pembimbing Tuan Haji Ismail Haji Salleh
10.30 - 11.00 pagi
Kudapan
11.00 - 12.30 tengah hari
Bengkel 2 (Penulisan Cerpen)
Pembimbing Tuan Haji Ismail Haji Salleh
12.30 - 2.00 petang
Merarau
2.00 - 4.00 petang
Bengkel 3 (Motivasi Berkarya)
Pembimbing Tuan Haji Fazli Hj Mohd Salleh
Pengerusi BAHASA Kinabatangan
ATUR CARA
BICARA BUKU
7.00 - 7.40 malam
Ketibaan tetamu undangan
7.50 malam
Ketibaan tetamu kehormat
8.00 malam
Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku
Makan malam
Persembahan
Bicara Buku "Epilog Cinta Asrar"
Ucapan Tuan Haji Jamaluddin bin Mohd Sulong
Pengarah DBP Cawangan Sabah
Ucapan Tetamu Kehormat
Penyampaian Sijil Penyertaan
Penyampaian cenderamata kepada pembimbing bengkel
Penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat
10.00 malam
Bersurai
PENUTUPAN
Saya petik dari kata-kata asal Atur Cara Bengkel Penulisan Cerpen dan Bicara Buku "Epilog Cinta Asrar"
seperti berikut: -
"...dan sesungguhnya mata pena atau lidah itu lebih tajam dan berbisa dari mata pedang, gunakan ia dengan penuh hikmah.."
"Kalau terpijak pisau belati,
Tentunya terluka teramat bisa,
Bahasa yang cantik anugerah Ilahi,
Berbudi bahasa pustaka bangsa"
Sekian, Terima Kasih
No comments:
Post a Comment