WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Sunday, November 18, 2012

KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem pendidikan negara diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPM bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah. KPT pula bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Terdapat pelbagai kebaikan sistem Pendidikan di negara ini dalam konteks memupuk kesepaduan kaum dan etnik diantaranya pertama, wujud aliran pendidikan mengikut etnik seperti sekolah aliran Melayu, Cina dan Tamil. Kedua, menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa Rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan membenarkan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Ketiga, sistem penilaian peperiksaan yang sama. Keempat, tertakluk di bawah kurikulum sekolah yang sama walaupun mempunyai aliran yang berbeza. 

2.1 Wujud Aliran Pendidikan Berbeza 

Aliran pendidikan yang berbeza adalah berasaskan kepada fahaman, ideologi dan kepercayaan yang pelbagai di negara ini. Tujuannya, mengakui bangsa Melayu dan beragama Islam sebagai bangsa dominan di negara ini namun tetap menghormati dan menjaga kebajikan kaum-kaum lain seperti Cina dan Tamil. Umumnya, terdapat tujuh jenis sekolah di Malaysia iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah wawasan, sekolah agama Islam, sekolah Mubaligh, sekolah bestari dan sekolah berasrama penuh. Kepelbagaian aliran pendidikan pada hari ini adalah implikasi daripada zaman penjajahan yang mengamalkan prinsip pecah dan perintah. 

Wujudnya, budaya menghormati hak kaum lain mampu memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini. Walaupun, mempunyai aliran pendidikan yang berbeza namun subjek-subjek asas turut mewarnai sistem pengajaran dan pembelajaran harian seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan English. Bezanya, sekolah-sekolah aliran Cina dan India mempunyai tambahan mata pelajaran elektif seperti bahasa dan tulisan Cina dan Tamil. Keseragaman kurikulum dalam sistem pendidikan sekarang secara tidak langsung dapat memupuk kesepaduan kaum dan etnik. 

2.2 Bahasa Melayu Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar di Sekolah 

Semua sekolah mengakui kredibiliti bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini dan menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan. Namun, dalam konteks memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini bahasa Cina dan Tamil dibenarkan menjadi bahasa pengantar khusus untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Artikel / Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang. 

2.3 Sistem Penilaian Peperiksaan Yang Sama 

Sistem penilaian peperiksaan yang sama merupakan antara elemen penting dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini. Kurikulum peringkat sekolah rendah dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap I dan Tahap II. Tahap I bermula pada Tahun 1 hingga 3 yang menekankan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan memupuk nilai dan bakat. Tahap II bermula pada Tahun 4 hingga 6 yang memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, pemupukan siap, nilai dan bakat, penguasaan ilmu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta kemahiran membaca dan menulis dalam jawi. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan bertujuan untuk mentafsir prestasi murid-murid dalam bidang akademik. 

Kedua, sistem pendidikan menengah. Sistem pendidikan memengah lebih komprehensif dan berkualiti. Sistem pendidikan menengah dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun. Sistem pendidikan menengah berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pendidikan menengah boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan menengah rendah dan pendidikan menengah atas. Sistem pendidikan menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kelas Peralihan dikhususkan kepada pelajar daripada aliran Cina dan Tamil bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah. 

Pendidikan menengah atas bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan di peringkat menengah rendah iaitu Sijil Rendah Pelajaran [SRP] atau Penilaian Menengah Rendah [PMR] (dulu dikenali sebagai Lower Certificate Eduction [LCE]), pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] (dulu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education [MCE]). Ketiga, pendidikan lepasan menengah. 

Pelajar lepasan SPM yang berjaya dalam peperiksaan dan memenuhi syarat tertentu adalah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan atau mengikuti program matrikulasi di universiti awam. Pelajar yang melanjutkan ke Tingkatan 6 dalam tempoh dua tahun akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keempat, Madrasah atau sekolah agama. Sekolah agama dan Madrasah semakin berkembang dan masih wujud di negara ini sehingga kini. Di Malaysia, sebanyak 17 buah sekolah rendah agama dan 77 buah sekolah menengah agama rakyat telah mendaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga tahun 2005. 

2.4 Kurikulum Sekolah Yang Sama 

Pada masa kini, sistem pendidikan negara boleh dibahagikan kepada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan pra-universiti. 

Pendidikan Prasekolah 

Pendidikan prasekolah diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasi yang kukuh sebelum mendapat pendidikan formal di peringkat sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) digubal pada tahun 2003 adalah untuk membolehkan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun memperoleh asas pendidikan yang kukuh dalam komunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah di negara ini sama ada anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan kelas-kelas anjuran swasta digalakkan menggunakan KPK. 

Kini, pendidikan prasekolah berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010/2011. Pembangunan kurikulum di peringkat pendidikan prasekolah adalah suatu proses dinamik dan berterusan. Penambahbaikan program prasekolah adalah berterusan dari semasa ke semasa seperti berikut: - 

• Buku Panduan Prasekolah Malaysia pada tahun 1986. 
• Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia pada tahun 1993 
• Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2003 
• Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010/2011 

Pendidikan Rendah 

Sistem pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Kurikulum sekolah rendah sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan adalah berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kini sedang diperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2010. Bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan ialah bahasa Tamil dan bahasa Mandarin masih dikekalkan sehingga kini. Senario perubahan kurikulum sekolah rendah adalah seperti berikut: - 

• Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 
• Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 
• Semakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 2003 
• Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010/2011 

Pendidikan Menengah 

Sekolah Menengah masih lagi dibahagikan kepada dua iaitu sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas. Pertama, sekolah menengah rendah. Pelajar melanjutkan pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pada akhir tingkatan 3, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar akan dikategorikan mengikut aliran Sains atau Sastera berdasarkan kepada keputusan PMR dan pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan diberi pilihan untuk membuat pengkhususan vokasional di sekolah teknik. 

Kedua, sekolah menengah atas. Sekolah menengah atas melanjutkan pelajaran dari tingkatan 4 hingga 5. Pada akhir tingkatan 5, pelajar masih lagi menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan SPM adalah berdasarkan kepada peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan tahap ‘O’ General Certificate of Education (GCE) yang menjadi General Certificate of Secondary School (GSCE). Pelajar turut menduduki kertas GCE tahap ‘O’ bagi bahasa Inggeris selain kertas bahasa Inggeris SPM sejak tahun 2006. Selain itu, penilaian karangan kertas bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah penguasaan pegawai peperiksaan Tahap ‘O’ British dan dinyatakan pada kertas keputusan walaupun penilaian ini tidak termasuk dalam peperiksaan SPM. 

Bagi pelajaran sekolah jenis kebangsaan Cina, pelajar yang berkelayakan boleh meneruskan pengajian di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Para pelajar akan menduduki peperiksaan piawai Unified Examination Certifacate (UEC) dan sesetengah pelajar boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. Peperiksaan UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong iaitu Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975. Dikatakan bahawa terdapat tiga tahap UEC iaitu Vokasional, Junior dan Senior. Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar bagi Vokasional dan Junior. Bahasa Cina dan Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. 

Sekolah Agama dan Madrasah 

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di negara ini. Sekolah agama masih wujud di Malaysia dan biasanya pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Pelajar dari aliran agama boleh melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan namun kebanyakan pelajar sekolah agama di negara ini melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Pakistan. 

Pendidikan Pra-Ijazah atau Pra-Universiti 

Selepas SPM, pelajar boleh membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6, matrikulasi atau pengajian diploma. Pelajar yang meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 masih mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pendaftaran Malaysia (STPM). Peperiksaan STPM diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tingkatan 6 dan matrikulasi merupakan piawai atau kelayakaan perlu untuk kemasukan universiti. Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian dan memilih diploma, A-level, program matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain. 

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

DOA AKHIR TAHUN ZULHIJJAH
(Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN MUHARRAM
(Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"


Selamat menyambut tahun baharu... semoga tahun ini menjadi tahun lebih baik untuk kita dari tahun-tahun sebelumnya... Amin... Amin... Ya Rabb...


Tuesday, November 13, 2012

KISAH NABI YUNUS DALAM PERUT IKAN NUN


Aktiviti APC murid-murid prasekolah
Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam Al-Munirah
Kg Tinosa 2 Sandakan Sabah Malaysia

Lirik
Lagu Kisah Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Nun

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
Nabi Allah tetap dalam pembelaan
2x

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia
Seruan nabi tidak diterima
Nabi diejek dan nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci, walau dihina
Akhirnya nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Baginda menumpang kapal pedagang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hamper karam di tengah lautan
Bila diundi nabi merelakan
Terjun ke laut yang bergelora
Baginda ditelan ke perut ikan Nun
Gelap gelita tiada terkira
Sedarlah baginda akan dosanya
Dihukum Allah begitu rupa
Menangislah nabi sentiasa
Memohon ampun dari tuhannya

Begitulah kisah seorang nabi
Diuji Allah begitu sekali
40 hari, 40 malam
Barulah taubatnya diterima tuhan

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
Nabi Allah tetap dalam pembelaan
2x

Inilah Rahasia Ka'bah Mekkah Yang Disembunyikan Oleh Sebagian Media Internasional [FAKTA ILMIAH] - AGUNKz scrEaMO {Agung YuLy Diyantoro} Blog

Inilah Rahasia Ka'bah Mekkah Yang Disembunyikan Oleh Sebagian Media Internasional [FAKTA ILMIAH] - AGUNKz scrEaMO {Agung YuLy Diyantoro} Blog

Friday, November 9, 2012

KOMUNIKASI : DEFINISI MENURUT PANDANGAN DAN IDEOLOGI SARJANA


DEFINISI KONSEP

Komunikasi

Istilah Komunikasi disebut sebagai communication dalam bahasa Inggeris berasal dari Bahasa Latin “communicatus” yang membawa maksud to make common atau mewujudkan persamaan. Menurut kamus bahasa pula, komunikasi merujuk pada suatu keupayaan bertujuan untuk mendapatkan kebersamaan. Menurut Webster New Collage Dictionary, komunikasi adalah suatu proses pertukaran maklumat antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku. 

Beberapa definisi komunikasi dikemukakan oleh para ilmuan mengikut bidang, pandangan dan pemahaman seperti berikut: -

  • Hovland, Janis & Kelley mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses oleh individu (penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang lain (khalayak).
  • Berelson & Steiner mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-lain.
  • Menurut Harold Lasswell, komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan tentang siapa, apa, saluran apa, kepada siapa dan dengan akibat apa atau hasil apa. (who says what in which channel to whom and with what effect).
  • Menurut Barnlund, komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk mengurangkan rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego.
  • Menurut Weaver pula, komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan melalui fikiran seseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain.
  • Menurut Gode, komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari mula yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih.
  • Menurut Green Berg dan Baron, komunikasi ialah satu proses dimana individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penyampai dengan menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penerima maklumat.
  • Menurut Lasswell, komunikasi dilihat secara eksplisit dan kronologis menjelaskan tentang lima komponen yang terlibat dalam komunikasi seperti berikut: - 
  1. Penyampai adalah pelaku komunikasi pertama yang mempunyai inisiatif atau sumber. Sumber adalah permulaan maklumat dan orang yang memulakan proses komunikasi. Penyampai memilih jenis maklumat yang ingin disampaikan sama ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan yang difikirkan paling berkesan untuk menyampaikan malumat kepada penerima. Mesej yang telah dihantar perlu disusun dan dipilih simbol-simbolnya sama ada lisan atau bukan lisan supaya dapat difahami oleh penghantar dan penerima. Enkod yang digunakan oleh penghantar perlu difahami oleh penerima jika tidak komunikasi akan terhenti.
  2. Idea atau isi penyampaian adalah susunan idea yang disampaikan terdiri daripada kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim, maksud, fakta atau niat yang difahami oleh penerima mesej dan mesej boleh berbentuk lisan atau bukan lisan.
  3. Penerima idea (dekod) ialah pelaku komunikasi lainnya yang dijadikan sasaran penerima. Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej atau maklumat. Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar organisasi atau pelbagai pihak. Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui saluran komunikasi. Mesej yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi mereka.
  4. Saluran adalah medium atau alat dan saluran penyampaian informasi. Saluran adalah alat yang digunakan untuk menyalurkan mesej iaitu deria pancaindera manusia, media elektronik dan media masa. Ia merupakan alat penghubung antara pengirim dengan penerima. Antara saluran yang digunakan adalah seperti kata-kata, tulisan, lisan, tanpa lisan, buku dan sebagainya.
  5. Maklumbalas. Maklumbalas adalah hasil yang terjadi diakhir proses. Maklumbalas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.

Thursday, August 2, 2012

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sejarah Pendidikan di Malaysia:

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 (Zaman Pengukuhan)
  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan 
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama 
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia 
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua 
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 (Zaman Kemaskini)
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira 
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini 
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia 
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional 
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun 
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan 
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira 
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini 
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia 
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional 
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun 
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan 

Rang Undang Undang Pendidikan 1995 

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. 
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan 
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun 
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan 
  • Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan 
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta 

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:- 

(a) Pendidikan Prasekolah: 
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun. 
(b) Pendidikan Rendah: 
  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang oleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun, terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan. 
(c) Pendidikan Menengah: 
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas. Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada Sekolah Akademik, Sekolah Teknik dan Vokasional serta Sekolah Kebangsaan Agama. 
(d) Pendidikan Lepas Menengah: 
  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi. 
  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. 
  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah Sukan. 
  • Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas. 
  • Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan. 

Falsafah Pendidikan Negara 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 

IQ ILUSSION TEST_image










See all the picture and find a hidden image....

lihat gambar dan cari imej tersembunyi....

IQ OPTICAL ILLUSION TEST

See this picture.... u can see a lot of image....
Lihat gambar-gambar berikut...anda akan dapat lihat banyak gambar disebalik gambar.....
Sekadar Hiburan....just for a release tension....






TEORI MOTIVASI: TEORI HIERARKI MASLOW DAN TEORI ERG

Motivasi didefinisikan sebagai perasaan seseorang yang amat mendalam untuk terlibat dalam sesuatu aktiviti. Seseorang itu mempunyai keperluan yang boleh memotivasikannya dalam memenuhi keperluan. Apabila berjaya memenuhi keperluan individu akan diberi ganjaran. Ganjaran boleh dibahagi kepada dua iaitu Ganjaran Intrinsik iaitu kepuasan yang diperolehi dalam proses melaksanakan suatu tindakan dan Ganjaran Ekstrinsik iaitu ganjaran yang diberikan oleh orang lain seperti pengurus. Kepentingan motivasi ialah ia menghasilkan suatu tingkah laku yang boleh menghasilkan prestasi (performance) tinggi dalam suatu organisasi. Kepentingan yang lain iaitu pengurus boleh menggunakan teori motivasi dalam membantu memuaskan keperluan pekerja dan kakitangan serta menggalakkan kerja yang baik.

Berikut adalah dua teori berkaitan dengan motivasi:-

a) Teori Hierarki Maslow (Maslow’s Needs-Hierarchy Theory) diperkenalkan oleh Maslow. Maslow mencadangkan bahawa manusia mempunyai lima keperluan peringkat tinggi.

v keperluan Fisiologikal (Physiological Needs) – Manusia memerlukan keperluan fisiologikal tertentu seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan.

v Keperluan Keselamatan (Safety Needs) – Maslow berkata apabila keperluan fisiologikal telah dipenuhi dengan memuaskan. Barulah keperluan keselamatan dirasakan perlu. Setelah mendapatkan makanan dan minuman yang mencukupi. Barulah kesejahteraan diri anda keselamatan dan perlindungan akan mempengaruhi tingkah laku.

v Keperluan Sosial (Social Needs) – Apabila telah merasa selamat dan telah mempunyai makanan serta minuman yang mencukupi maka keperluan sosial akan menentukan tingkah laku.

v Penghargaan Diri (Esteem Needs) – keperluan untuk keyakinan diri, kebebasan, pencapaian, kecekapan dan pengetahuan. Keperluan ini mempunyai hubungan dengan reputasi seseorang. Keperluan untuk status, pengiktirafan, penghargaan dan penghormatan.

v Pencapaian Hasrat Diri (Self-Actualization Needs) – keperluan paling utama mula mempengaruhi tingkah laku seseorang apabila kesemua keperluan peringkat rendah telah dipenuhi dengan agak memuaskan. Keperluan hasrat diri memotivasikan kita untuk mengenali keupayaan kita sendiri, meneruskan pembangunan diri dan menjadi lebih kreatif.

b) Teori ERG Telah diperkenalkan oleh Clayton Alderfer. Teori ini menekankan bahawa semua keperluan pada masa sama adalah sama tahap aktifkan. Ia mengenalpasti tiga kategori keperluan pertama Kepeluan Kewujudan (Existence Needs) iaitu keperluan untuk “physical well-being”, Kedua Keperluan Hubungan (Relatednes) iaitu keperluan terhadap kepuasan hati dalam hubungan dengan orang lain, ketiga Keperluan Pertumbuhan (Growth) iaitu memfokuskan terhadap pelbagai potensi manusia dan kehendak ke atas pertumbuhan peribadi dan peningkatan kecekapan. Keperluan untuk Penggabungan, Kuasa dan Pencapaian.

David McClelland dan John Atkinson telah mengkaji tiga jenis keperluan iaitu keperluan untuk:-

I. Penggabungan – mereka yang mempunyai keperluan ini dimotivasikan untuk memelihara perhubungan yang kuat dan mesra dengan kawan. Motivasi penggabungan boleh dikatakan wujud apabila terdapat salah satu daripada perkara berikut:

ɤ Sesiapa yang menekankan kepada pembentukan, memelihara atau meneruskan perhubungan emosi yang positif dengan orang lain. Persahabatan merupakan contoh yang paling asas.

ɤ Sesiapa yang suka atau mahu dihubungkan dengan orang lain atau seseorang yang mempunyai perasaan yang sama terhadap orang lain. Sama saja, motivasi penggabungan adalah wujud sekiranya seseorang itu meluahkan perasaan sengsara tentang perhubungan yang retak

ɤ Menyatakan tentang aktiviti-aktiviti penggabungan seperti parti, perjumpan, lawatan atau perbualan.

II. Kuasa – Mereka yang mempunyai keperluan yang kuat tehadap kuasa berkeinginan untuk mempengaruhi orang lain secara langsung dengan mengemukakan cadangan, mengeluarkan pendapat dan penilaian mereka dan suka dengan orang lain mengenai sesuatu perkara. Mereka gemarkan peranan yang memerlukan mereka memujuk atau menyakinkan orang lain. Motivasi kuasa boleh dikatakan wujud apabila terdapatnya salah satu perkara berikut:

ɤ Sesiapa yang menunjukkan kasih sayang atau secara emosinya mengambil berat tentang mendapatkan atau memelihara kawalan sebagai kaedah untuk mempengaruhi seseorang.

ɤ Sesiapa yang melakukan sesuatu untuk mendapatkan atau memelihara kawalan terhadap keadah untuk mempengaruhi, cuba menyakinkan atau menghukum.

ɤ Cerita yang melibatkan perhubungan antara perorangan yang menekankan kepada superior mempunyai kawalan untuk mempengaruhi subordinat.

III. Pencapaian – mereka ini cenderung untuk mecapai kejayaan di mana mereka besemangat untuk mencapai kepuasan melalui penyempurnan matlamat dan tugas yang mencabar mereka lebih sukakan tugas yang mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya dan mengelakkan diri dari tugas-tugas yang terlalu mudah atau terlalu sukar. Mereka ini gemarkan kepada sesuatu perkara yang lebih kursus, kritikan yeng kena pada masanya dan maklumbalas mengenai pencapaian mereka. Mereka bertanggungjawab untuk mendapatkan penyelesaian masalah, suka untuk membentuk matlamat pencapaian yang moderate mereka sanggup menangung risiko dan sanggup menerima maklumbalas yang konkrit tentang prestasi mereka.

Monday, July 30, 2012

UNDANG-UNDANG KELUARGA

Undang-undang keluarga merujuk kepada suatu sistem undang-undang yang mengendalikan institusi keluarga dan soal-soal yang berhubung dengan kekeluargaan. Umumnya, undang-undang keluarga sering dikaitkan dengan udang-undang harta dan perwarisan.Undang-undang keluarga melibatkan undang-undang dan dasar yang berkaitan dengan keluarga seperti undang-undang perkahwinan dan perceraian, nafkah isteri dan anak, tuntutan hak, hak penjagaan anak, jenayah rumah tangga dan penderaan kanak-kanak.

Undang-undang keluarga di Malaysia:
  • Orang Islam: akta / enakmen undang-undang keluarga Islam (13 negeri)
  • Bukan Islam: akta membaharui undang-undang (perkahwinan & perceraian) 1976
Fungsi Undang-Undang Keluarga:
  • Definisi dan perubahan status: 
  • (1) Berkaitan dengan interpretasi dan pengubah status kerana ia berkaitan dengan hak di mana ahli dalam keluarga boleh menuntut antara satu sama lain.
  • (2) Pihak mahkamah mempunyai bidang kuasa, mempunyai kuasa untuk mendefinisikan status. Mahkamah mempunyai kuasa mutlak mengubah status berkenaan.
  • Penyelesaian konflik / masalah: 
  • (1) Meleraikan persengketaan antara ahli keluarga, apabila unit keluarga berpecah belah. Apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan walaupun berlaku usaha perdamaian, mahkamah berhak membubarkan perkahwinan melalui proses perceraian.
  • (2) Apabila berlaku perceraian, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan hak penjagaan anak, hak lawatan ibu atau bapa bukan penjaga dan hak untuk mendiami rumah perkahwinan.
  • Perlindungan:
  • (1) Perlindungan fizikal sekiranya ada ahli dianiaya atau didera, mahkamah akan membuat perintah.
  • (2) Perlindungan ekonomi. Mahkamah akan membuat perintah pembayaran nafkah untuk anak.
  • Pembahagian harta:
  • (1) Apabila ketua keluarga meninggal dunia, ahli keluarga berhak mewarisi harta si mati. Berlaku pembahagian harta pusaka di kalangan ahli.
  • (2) Sekiranya berlaku perceraian, pembahagian harta perkahwinan dilakukan oleh pihak mahkamah di mana terdapat prinsip tertentu digunapakai. Pasangan dwikerjaya mendapat 1/2  bahagian. Pasangan unikerjaya mendapat 1/3 dengan mengambil kira sokongan moral yang telah diberikan terhadap keluarga. 


Undang-Undang Berkaitan Dengan Keluarga:
  • Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (AUKIWP)
  • Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU). Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 terpakai kepada setiap orang bukan Islam yang tinggal dan berdomisil di Malaysia.

  • Perkongsian Ilmu: Oliy777

Sunday, July 29, 2012

TOKOH SEJARAH_KAD PENGENALAN PERDANA MENTERI











IQ VISUAL IMAGE


a lot of image inside...u can see?

Cuba perhatikan betul-betul gambar ni...apa yang anda lihat?


fine something different?

Perhatian...disebalik imej ini terselit keindahan...apa yang anda lihat?



Saturday, July 21, 2012

ARUS HIDUP


dalam kalut ku 
menongkah arus hidup
alpa ku seketika 
pada suatu rasa
yang semakin jauh ku tinggalkan
saat ku tersungkur 
oleh batu-batu kehidupan
hampir ku sukar untuk berdiri kembali
mujur ku sempat menyedari
kasih ilahi 
sentiasa mengiringi setiap langkahku
saat aku pasrah 
pada suatu kehidupan
yang tak pasti

nukilan: Oliyabra Hj Madyusa - 12:03: 9/1/12

PERBEZAAN PENGURUS DAN PEMIMPIN (LEADERSHIP VS MANAGER)

Perbezaan di antara Leadership dan manager adalah seperti berikut:- 

v Pengurusan 

Pengurusan ialah individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan kerja dilaksanakan dalam organisasi melalui orang/pekerja. Pengurus merupakan individu yang merancang, mengorganisasikan, memimpinan dan mengawal pekerja (manusia) dan kerja-kerja dalam organisasi dengan cara-cara tertentu bagi organisasi mencapai maklamat. 

Peranan sebagai symbol – setiap pengurus mesti meluangkan masanya melakukan tugas-tugas keraian. Contohnya:- pengurus terlibat merasmikan upacara-upacara atau program. Begitu juga dengan seorang ketua jabatan, dia juga bertanggungjawab membawa tetamu yang berurusan dengannya untuk makan tengah hari. 

Peranan sebagai ketua – seorang pengurus, secara tidak langsung berperanan sebagai seorang ketua. Setiap pengurus mesti berfungsi sebagai ketua memotivasi dan memberi galakan kepada pekerja-pekerjanya. Pengurus mendorong ahli-ahli unitnya setiap masa agar menjalankan tugas secara berkesan dalam mencapai matlamat unit dan organisasi di samping pelbagai masalah dan cabaran yang harus ditempuhi. 

Peranan sebagai pegawai perhubungan – Pengurus menyampaikan sesetengah dari maklumat yang dikumpulkannya kepada individu-individu di luar unitnya atau mungkin juga kepada pihak-pihak tertentu di luar organisasinya. Pengurus meluangkan masa yang banyak berinteraksi dengan masyarakat beliau bertindak sebagai media perhubungan antara jabatannya dengan mereka yang dalam dan di luar organisasinya. 

Peranan sebagai jurucakap – pengurus biasanya menjadi jurucakap kepada organisasinya. Contohnya, seorang penyelia selalu memastikan pengurus operasi mendapat maklumat terkini tentang perjalanan logi pengeluaran. 

Peranan sebagai perunding – Pengurus diwajibkan untuk memikirkan penyelesaian untuk setiap masalah. Tanpa kira tahap kesukaran masalah. Seseorang pengurus perlu meluangkan banyak masa dimeja perundingan kerana secara tidak langsung. Dia juga memainkan peranan sebagai perundingan. Contohnya, seorang pengurusan akan berunding dengan ketua kesatuan sekerja bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dalam masalah pembayaran gaji. 

Peranan sebagai pencetus – sejak akhir-akhir ini, dua pakar pengurusan, Sumantra Ghoshal dan Chirstopher Bartlett (Dessler, G:2001) menekankan aspek tambahan dalam peranan pengurus, iaitu sebagai pencetus kepada tindak balas dan perubahan syarikat yang cemerlang. 

v Pemimpin 

Pengurus dan pemimpin merupakan suatu konsep yang berbeza. Perbezaan yang ketara dapat dilihat ialah pengurusan mempunyai autoritinya dari pihak atasan berdasarkan criteria ditetapkan. Sebaliknya pemimpin diberi oleh ahli atau pengikutnya. Definisi pemimpin ialah mereka yang mampu untuk mempengaruhi orang lain dan sesiapa yang menjadi sebahagian daripada pengurusan. 

Pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang membolehkan mereka dihormati dan disanjung sebagai seorang pemimpin. Keliber bergantung kepada beberapa ciri kualiti yang patut mereka miliki seperti berikut:- 

ɤ Mempunyai wawasan dan meletakkan gol 
ɤ Mengambil risiko 
ɤ Mengguna dan melatih pemimpin yang lain 
ɤ Menurunkan kuasa 
ɤ Mempercayai dan setia kepada pengikut 
ɤ Berkongsi kejayaan 
ɤ Menerima tanggungjawab 
ɤ Seorang yang kongruen 
ɤ Mempunyai standard etika tersendiri 
ɤ Seorang yang tegas (Consistent) 

Jenis atau tahap pengurusan dikenali juga sebagai Hirarki Pengurusan(Managerial Hierarchy). Tahap-tahap pengurusan terbahagi kepada tiga:- 

ɤ Pengurusan Atasan – Peringkatan pengurusan Atasan (Eksekutif) berada diperingkat paling atas dikenali sama ada sebagai Presiden atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Terlibat dalam tugas-tugas penetapan misi, strategi dan objektif organisasi. 

ɤ Pengurusan Pertengahan – Peringkat Pengurusan Pertengahan adalah pengurus-pengurus dibawah pengurusan peringkat atasan yang biasanya terdiri daripada supervasor, dekan kolej, pengarah projek dan penyelia jualan kawasan. Pengurus pada peringkat ini menerima strategi, misi objektif daripada pengurus atasan dan kemudian merangka perancangan untuk mencapai misi dan objektif ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan. 

ɤ Peringkat garisan pertama – Peringkat Pengurusan Barisan pertama. Bertanggungjawab dalam mengawal dan memastikan semua kerja yang dilakukan oleh pekerja bawahan. 

Kepimpinan (Leadership) pula adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan kearah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepimpinan terbahagi kepada empat seperti berikut:; 

ɤ Kepimpinan Autokratik (autocratic leadership) adalah ‘penyelia’ tertutup’ menyediakan pekerja dengan petunjuk kerja mendalam dan banyak iaitu pengurus menerangkan bagaimana kerja dilakukan dan pengurusan merasakan mereka patut merancang dan membuat keputusan bagi pihak pekerja. Pekerja tiada hak bersuara dan mereka mesti menurut keputusan yang telah di buat oleh pegurus. 

ɤ Pemimpin Demokratik (democtric leadership) adalah ‘penyelian terbuka’ Pengurusan memberikan penerangan jelas terhadap isu-isu berkaitan dengan aktiviti kerja, masalah yang dihadapi dan tindakan penyelesaian yang perlu di ambil oleh pekerja. Keputusan dibuat dengan mengambil kita pendapatan perkerja dan pengurusan. Pekerja ada hak untuk bersuara dan pengurus akan mendengar serta mempertimbangkan pendapat pekerja. 

ɤ Kepimpinan Laissez-Faise (Laissez-Faire leadership) ialah jenis kepimpinan dimana majikan atau pengurus melepaskan kuasa dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja. Pengurusan atau majikan hanyalah bertindak sebagai tempat rujukan pekerja. Risiko daripada keputusan atau nasihat yang diberikan oleh pengurus hasil daripada rujukan yang dibuat oleh pekerja nanti adalah tanggungjawab pekerja. Pengurusan tidak bertanggungjawab di atas nasihat yang diberikannya. Pekerja mempunyai kebebasan penuh dalam bertindak dan perlu mempertimbangkan dengan teliti segala nasihat dan keputusan oleh pengurus. 

ɤ Kepimpinan Amir adalah corak kepimpinan dalam Islam. ‘Amir’ maksudnya raja. ‘Raja’ perlu mentadbir dan seterusnya bertindak sebagai pengurusan atau ketua dengan berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang berdasarkan. Al-Quran dan Al-Sunnah. Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimnpin dengan mematuhi arahan pemimpin. Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab pengurusan yang diberikan kepadanya oleh organisasi atau negara sebagai amanah bukan sahaja amanah daripada pekerja atau rakyat juga amanah daripada Allah.

MALAYSIA KITA

Malaysia unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia. Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu. Suatu ketika dulu, Malaysia juga dikenali dengan nama Tanah Melayu. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 ogos 1957. Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini termasuklah perhubungan etnik di negara ini. Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak merdeka dan sehingga 31 Ogos 2009, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun. Suatu tempoh panjang yang membolehkan rakyat Malaysia membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri. 

Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu (termasuk masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India. Kepelbagaian kaum di Malaysia terhasil daripada proses migrasi, perdagangan, hubungan diplomatik, dan perkahwinan. Mengikut komposisi penduduk di Malaysia pada tahun 2005, masyarakat Melayu terdiri daripada 16.06 juta mewakili 65.9 peratus penduduk diikuti oleh masyarakat Cina terdiri daripada 6.15 juta mewakili 25.3 peratus dan masyarakat India terdiri daripada 1.83 juta mewakili 7.5 peratus. Termasuklah masyarakat minoriti di Malaysia terdiri daripada 0.32 juta mewakili 1.3 peratus. Kegemilangan Malaysia dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan budaya. Pencapaian Malaysia dalam aspek-aspek ini berlandaskan kepada keharmonian dan perpaduan etnik secara amnya. di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Dalam era globalisasi pelbagai cabaran dihadapi dalam memupuk perpaduan kaum. Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan berterusan.

KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA 

Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India. 

Masyarakat Melayu (Pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak)

Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naif kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Konsep pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal Malaysia yang terdiri daripada orang melayu dan orang asli di Semenanjung Malaysia serta kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2000, penduduk Pribumi meliputi 65 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 14.35 juta mengikut komposisi penduduk Malaysia. Pada tahun 2005, jumlah penduduk Pribumi telah bertambah kepada 65.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 16.06 juta. 

Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia

Masyarakat Pribumi di Semenanjung Malaysia meliputi orang Melayu dan orang asli. Orang asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli atau Melayu-Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada suku bangsa Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendrig dan Bateq. Kumpulan Senoi terdiri daripada suku bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che’ Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Kumpulan Melayu Asli dan Melayu-Proto terdiri daripada suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Laut.

Masyarakat Pribumi di Sabah

Masyarakat di Sabah terdiri daripada empat kelompok utama seperti Kadazan Dusun mewakili 24.8 peratus daripada jumlah populasi masyarakat Sabah diikuti kategori pribumi lain sebanyak 20.6 peratus, Bajau 18.5 peratus dan Melayu 18.5 peratus. Masyarakat Pribumi di Sabah dikatakan berasal daripada Tanah Besar Asia yang bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia. Masyarakat Pribumi di Sabah adalah Kadazan / Dusun, Murut, Lun Dayeh, Bisaya, Bajau, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun dan Suluk. 

Masyarakat Pribumi di Sarawak

Di Sarawak etnik Dayak, Melayu dan Melanau berjumlah 73.2 peratus daripada 2.181 juta orang penduduk Sarawak. Etnik Dayak mewakili 44.3 peratus daripada jumlah penduduk diikut oleh etnik Melayu sebanyak 23.2 peratus dan Melanau sebanyak 5.7 peratus. Masyarakat Pribumi di Sarawak adalah Bidayuh, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut dan Lun Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah.

Masyarakat Cina

Menurut sejarah, Masyarakat Cina mula bertapak di Malaysia pada zaman Keagungan kerajaan kerajaan Melayu Melaka. Petempatan awal orang Cina adalah di Melaka. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching mengetuai rombongan di Melaka membawa permintaan Parameswara kepada Maharaja China memohon untuk bernaung di bawah perlindungan negara China. Pada tahun 1405, utusan dari China diketuai Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh maharaja China. Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang masyhur. 

Kegemilangan Melaka menyebabkan maharaja China menghantar puterinya iaitu Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah. Puteri Hang Li Po bersama pengikutnya kira-kira 500 orang telah disambut baik oleh sultan Melaka dan kesemuanya memeluk agama Islam. Dipercayai Puteri Hang Li Po dan pengikutnya menetap di suatu tempat dalam daerah Melaka yang dihadiahkan oleh sultan. Kawasan petempatan dinamakan Bukit Cina. Perkahwinan sekufu dan silang budaya masyarakat Cina telah meningkatkan hubungan diplomatik di antara negara China dengan Melaka serta mewujudkan masyarakat Cina terawal di Melaka khasnya dan di negara ini amnya. 

Mengikut catatan sejarah, masyarakat Cina di Malaysia berasal dari China Selatan iaitu dari wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Kelompok utama etnik Cina adalah Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kemasukan etnik Cina di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1848 hingga 1914. Selepas tahun 1914, majoriti kemasukan orang-orang Cina adalah secara persendirian. Etnik Cina aktif sebagai pekerja lombong (di kawasan Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Ampang, Seremban dan lain-lain) dan membuka kedai runcit. 

Masyarakat India

Mengikut catatan sejarah, masyarakat India di Malaysia berasal dari India Selatan (Tamil Nadu). Kelompok utama etnik India adalah Tamil, Malayani, Telugu dan Sikh. Kemasukan etnik India di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1880an hingga 1910. Pada tahun 1891, terdapat 75,000 orang India di Tanah Melayu dan jumlah ini telah meningkat kepada 471,536 orang pada tahun 1921. Etnik India aktif sebagai buruh ladang getah dan pekerja kemudahan asas (buruh pembinaan) seperti membina jalanraya dan keretapi. 

by: Oliyabra Haji Madyusa_1:29_29/07/12

RAMADAN_1_2012


Ramadan
hadirmu hari ini membawa berjuta erti
sunyi alam tiada bicara
setelah titisan hujan membersih bumi
menusuk kalbu
sendiri
moga ramadan tahun ini
lebih baik dari sebelum ini
ibadah dan redha Allah kita cari
melengkap diri
menjadi muslim sejati
meski dengan langkah bertatih
kita berusaha untuk diri
Kita berusaha untuk dunia dan akhirat kita

Semoga Allah Permudahkan Urusan Dunia dan Akhirat Yang Kita Cari
Aamin...Ya Allah...Aamin...Ya Rabb

Info Ramadan
Fadilat Puasa di Bulan Ramadan
Ibadat puasa adalah ibadah yang dikerjakan dengan menahan lapar dan dahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya Fajar Sodiq (waktu masuk Subuh) hingga terbenamnya matahari (waktu masuk Maghrib). Hikmah dan faedah ibadah puasa diantaranya menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang daif dan perlu sentiasa menghampiri diri dan ibadah kepada Allah swt serta mengharapkan limpahan kurniaan daripada-NYA.

Firman Allah swt
maksudnya:
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa:
-Surah Al-Baqarah Ayat 183-

Sabda Rasulullah, Nabi Muhammad saw
maksudnya:
"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat"
"Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"

Hikmah dan Faedah Puasa
Tanda syukur kepada Allah swt atas nikmat dan limpahan kurnia yang tidak terhingga
Mendidik nafsu amarah agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan meningkatkan nafsu mutmainnah, bersedia menjunjung perintah Allah swt
Melatih dan mendidik jiwa agar ada sifat belas kasihan terhadap orang-orang susah, menderita dan kurang bernasib baik kehidupannya
Membersih diri daripada sifat-sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya
Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
Memperolehi kecerdasan akal fikiran 

"Orang yang lapar perutnya, tajam fikirannya dan teranglah hatinya"

Wallahualam
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Nukilan: Oliyabra Haji Madyusa_Lovely Lasa 1:10_21/7/2012

Friday, July 20, 2012

KOMPONEN KESUSASTERAAN MELAYU (KOMSAS)

KOMSAS merupakan kata akronim bagi istilah “Komponen Kesusasteraan Melayu”. KOMSAS merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu. KOMSAS telah diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di semua sekolah menengah di Malaysia[1]. Dalam tugasan ini, antologi teks komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Malaysia untuk Tingkatan 4 berjudul “Harga Remaja” dijadikan teks pilihan untuk memperihalkan tentang elemen KOMSAS dalam teks berkenaan. 

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah lama mengaplikasikan bahan sastera untuk mencapai matlamat dan objektif dalam pendidikan bahasa Melayu. Penerapan komponen sastera iaitu KOMSAS dalam pendidikan masa kini telah melalui beberapa siri kajian dan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh beberapa orang ahli bahasa. Bahan-bahan KOMSAS yang digunakan oleh pelajar sehingga kini adalah bersesuaian dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Contohnya, dalam teks berjudul “Harga Remaja”, bahan-bahan yang terkandung dalam teks ini telah melalui perakuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuannya agar kualiti bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah terpelihara. 

KOMSAS berperanan penting dalam pembentukan emosi berkesan dan mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan seperti yang telah dinyatakan oleh saudara Nadzeri Isa. Selain itu, pelaksanaan KOMSAS adalah bertepatan dengan Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah iaitu bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di samping menyediakan pelajar-pelajar dengan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa dengan betul dan tepat, kurikulum juga bertujuan mengembangkan kemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif. 

Sukatan bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Penumpuan dalam bidang-bidang ini dikatakan melahirkan pelajar berkemampuan menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian, bidang kerjaya dan bidang ilmu seumur hidup. Dalam kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah, komponen kesusasteraan Melayu telah dimasukkan dengan harapan dapat memupuk minat membaca, melahirkan kenikmatan membaca dan penghayatan terhadap bahan sastera. Objektif sukatan pelajaran bahasa Melayu Tingkatan 4 yang dikeluarkan oleh pusat perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2003 adalah seperti berikut: - 

  • Membolehkan pelajar berbicara bersama rakan tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu dan perkembangan semasa dan antarabangsa dengna menggunakan bahasa santun. 
  • Membolehkan pelajar berurus untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan dengan memberikan maklumbalas tentang barangan dan perkhidmatan yang diperolehi sebagai pelanggan.
  • Membolehkan pelajar membuat pertimbangan dan memilih alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam situasi perbincangan dan perundingan.
  • Membolehkan pelajar membaca teks pelbagai laras dan bidang dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan untuk memperoleh dan mentafsirkan maklumat dengan berkesan.
  • Membolehkan pelajar membaca bahan sastera dan ilmu untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis karya dari pelbagai aspek pengkaryaan.
  • Membolehkan pelajar mengolah semula maklumat berasaskan perspektif dan kriteria tertentu agar memenuhi kehendak tugasan.
  • Membolehkan pelajar menggunakan kemahiran memulakan penyampaian, melahirkan idea dan menutup penyampaian untuk menjadikan persembahan berkesan. 
  • Membolehkan pelajar menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa gramatis dan laras yang tepat dengan mengaplikasikan teknik penulisan yang dipelajari. 
  • Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah. 
Aplikasi KOMSAS dalam bahan pelajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat dilihat melalui antologi teks pilihan berjudul “Harga Remaja”. Teks ini mengandungi puisi pilihan, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Komponen dalam teks ini adalah seperti berikut: - 
  • Puisi Tradisional 
    • Pantun Empat Kerat (Budi)
    • Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) 
    • Syair Definisi Orang Berakal 
    • Syair Siti Sianah 
    • Gurindam 12 Fasal yang Keenam 
    • Seloka Emak Si Randang 
  • Sajak 
    • Harga Remaja
    • Di Perpustakaan 
    • Mengintai Ruang Insaf 
    • Mahsuri
    • Adat Sezaman 
    • Tiba Waktunya
  • Prosa Tradisional 
    • Pelayaran yang Penuh Peristiwa 
    • Merah Silu 
    • HIkayat Indera Nata 
    • Hikayat Khoja Maimun 
  • Cerpen
    • Ibu dan Ceper 
    • Memori Seorang Tua 
    • Israk 
    • Pemain Catur 
    • Mellisa 
    • Biarkan Samudera 
  • Drama 
    • Gelanggang Tuk Wali 
    • Forum Remaja 2020 
    • Cempaka Berdarah 
Sistem bahasa dan seni bahasa banyak terdapat dalam komponen-komponen genre sastera dalam analogi teks “Harga Remaja” seperti berikut: - 
  • Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta peribahasa. Sistem bahasa ialah pelengkap yang membantu aktiviti penulisan dan pertuturan menjadi lebih tepat, jelas, dan mudah difahami. Penguasaan dalam sistem bahasa membolehkan pelajar berbahasa seperti penutur jati bahasa Melayu. Sistem bahasa meliputi aspek yang luas daripada penggunaan tatabahasa sehingga penggunaan gaya bahasa seperti berikut: - 
o Tatabahasa 

Tatabahasa ialah bidang ilmu yang membincangkan tentang peraturan dan ketetapan dalam penggunaan sesuatu bahasa meliputi aspek kata dan ayat. Tatabahasa terbahagi kepada dua bidang besar iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah suatu peraturan dan cara penggunaan kata atau perkataan meliputi perkara-perkara seperti berikut: - 

  • Jenis-jenis kata 
    • Jenis-jenis kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan akronim.
    • Salah satu contoh penggunaan jenis kata adalah seperti berikut (Penggunaan kata tunggal): -
    • “Mereka main masak-masak” (muka surat 159 Cerpen Mellisa, Antologi teks “Harga Remaja” 
  • Pembentukan kata
    • Pembentukan kata melibatkan pemajmukan, gandaan, gabungan. 
    • Salah satu contoh penggunaan pembentukan kata adalah seperti berikut (Penggunaan Kata Gandaan): -
    • “Berhenti di tiap-tiap meja” (muka surat 153 Cerpen Mellisa, Antologi teks “Harga Remaja”. 
  • Penggolongan kata 
    • Penggolongan kata meliputi kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
    • Salah satu contoh penggunaan penggolongan kata adalah seperti berikut (Kata nama dan Kata Kerja): - 
    • “Dia tersenyum” (muka surat 162 Cerpen Mellisa, Antologi teks “Harga Remaja” 
  • Sintaksis 
    • Sintaksis memperincikan ayat dan pembentukkannya meliputi struktur ayat (subjek, predikat, pola ayat dasar, ayat pasif dan ayat aktif), pembentukan ayat (ayat selapis dan ayat majmuk), jenis ayat (ayat penyata, ayat tanya dan ayat seru), frasa (hukum DM, pembentukan frasa dan konstituen terdekat. 
    • Salah satu contoh penggunaan ayat adalah seperti berikut (Ayat Majmuk yang terdiri daripada tiga ayat tunggal): - 
    • “Dia sukakan Farid yang kurus dan sederhana tinggi dan berkulit cerah ini.” (muka surat 156 Cerpen Mellisa, Antologi teks “Harga Remaja” 
o Sebutan dan Intonasi 

Sebutan dan intonasi dalam bahasa Melayu diseragamkan berdasarkan sistem sebutan baku 1985. Sebutan baku ditetapkan untuk mematuhi sebutan berasaskan bunyi huruf konvensional, bunyi konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong. Termasuklah setiap huruf membawa bunyi yang sama, sama ada berada di awal, tengah atau akhir kata serta sebutan perkataan pinjaman. 

o Kosa Kata dan Peribahasa 

Kosa kata dan peribahasa merupakan dua bidang dalam sistem bahasa yang dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Biadang ini adalah pelengkap terhadap kemahiran berbahasa. Dalam ilmu bahasa, penguasaan kosa kata dan peribahasa dikaitkan dengan ilmu sosiolinguistik iaitu satu cabang ilmu yang membincangkan tentang penggunaan bahasa dalam konteks sosial. 

Peribahasa pula adalah susunan bahasa yang indah, digubah berdasarkan kehidupan seharian. Dalam teks KOMSAS, bahan pengajaran mengandungi unsur nasihat dan pedoman, gambaran kehidupan masyarakat, teguran dan sindiran secara halus (sopan). Peribahasa boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, perbilangan, bidalan, lidah pendita, tamsil dan ibarat. Dalam analogi teks “Harga Remaja”, wujud penggunaan pantun, sajak, syair, gurindam, seloka dan sajak. Contohnya, pantun tidak hanya wujud berasingan dalam kategori puisi tradisional tetapi penggunaan pantun juga wujud dalam prosa klasik “Pelayaran Yang Penuh Peristiwa” (muka surat 44) seperti berikut: - 

“Kuala di dalam lebuh, 
Air diharung hingga ke pinggang, 
Mulut luka sungguh sembuh, 
Parutnya bila akan hilang?"

[1] KOMSAS. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komsas

KERTAS PUTIH ITU


kertas putih itu
mata pena menari terus menari
ikut alunan syadunya rasa
ikut irama alunan sukma

kertas putih itu
hitam putih itu lumrah
biru merah hijau jingga
melakar bentuk mata hati

kertas putih itu
mata hati menjadi sayu
bila dollar halang pandangan
pandangan sesak lagi menyesakkan

bila dollar menguasai minda
mata mengalir air mata darah
tidak mampu mengubah dunia
masa pergi pulang tiada

dollar itu bukan syurga
dollar itu bukan neraka
dollar itu dollar
mata wang punya puaka

pandangan mata indah
bila akal menguasai kita
bila akal menguasai dollar 
hidup itu milik kita
alam ini milik bersama

Nukilan rasa: Oliyabra Haji Madyusa - 1:05am 20/07/2012
Ilustrasi oleh: Siti Fatimah Haji Madyusa

Wednesday, July 18, 2012

TERIMA KASIH CIKGU

Satu
Gembiraku ke sekolah
Ada cikgu
Ada sahabatku
Ada ibuku
kenal abc cba
Kenal 123 321
Terima kasih cikgu

Dua
Gembiraku ke sekolah
Ku belajar tanpa ibu
Hanya ada cikgu
Sahabatku dan buku
Ku mula kenali aeiou
ba be bi bo bu
Terima kasih cikgu

Tiga
Gembiraku lari entah ke mana
Cikgu marah semua
Kerana si nila setitik rosak susu sebelanga
Salah itu bukan dari cikgu
Salah itu dari semua
Anak-anak murid lain-lain warna
Cikgu tetap cikgu

Empat
Cikgu itu cikguku
Cikgu itu keluargaku
Cikgu itu sahabatku
Cikgu sumber inspirasiku
Jasamu mengalir bagai air
Terima kasih cikgu
Terima kasih cikgu

Hasil nukilan: Oliyabra Hj Madyusa, Sandakan, Sabah - 22:22 / 18 July 2012

BUDAYA KERJA DALAM ORGANISASI

Budaya organisasi merupakan sesuatu sistem di mana ahli-ahli organisasi mempunyai nilai-nilai dan kepercayaan untuk menentukan tingkahlaku mereka dalam organisasi. Budaya organisasi menentukan cara ahli-ahli organisasi bertindak terhadap sesuatu pekara. Dalam setiap organisasi, wujud sistam atau corak seperti nilai, symbol, adat, metos, dan sebagainya. Kita boleh melihat difinisi budaya organisasi dari pelbagai aspek. Pertama, budaya adalah satu persepsi . Individu menilai budaya organisasi sepertimana yang dapat mereka lihat, dengar dan alami semasa mereka bekerja didalam organisasi tersebut. Kedua, budaya organisasi adalah satu difinesi yang deskriptif. Ia mementingkan bagaimana ahli-ahli menilai organisasi dan bukan menilai jika mereka suka atau tidak terhadap organisasi tersebut. 

Budaya organisasi boleh mempengaruhi organisasi dalam banyak aspek terutamanya dari segi perbuatan keputusan. Budaya merupakan aspek yang penting seperti organisasi. Boleh dikatakan semua organisasi mempunyai budaya sendiri. Budaya boleh dibahagikan kepada budaya yang kuat dan budaya yang lemah. 

Budaya yang kuat adalah suatu budaya di mana nilainya dipegang kuat di antara ahli-ahli organisasi. Budaya ini mempunyai banyak pengaruh ke atas pekerja-pekerja di mana setiap kelakuan individu adalah selaras dengan nilai-nilai yang telah diterima oleh mereka. Ciri-ciri budaya yang kuat dapat meningkatkan motivasi ahli-ahli organisasi. 

Budaya yang lemah pula berlaku apabila ahli-ahli organisasi tidak dapat mengenalpasti perkara-perkara yang penting yang harus diaplikasikan didalam organisasi. Ia terjadi apabila pengurus tidak dapat membimbing pekerja-pekerjanya dengan betul dan tidak menyediakan peraturan-peraturan jelas kepada pekerjanya. Contohnya, apabila pekerja-pekerja tidak dimaklumkan tentang langkah-langkah yang harus diambil semasa berlakunya kecemasan, kemalangan akan berlaku dan menjadi sukar untuk dielakkan. Budaya yang lemah ini bukan sahaja merugikan syarikat tetapi juga membahayakan nyama ahli-ahli organisasi. 

Ciri-ciri budaya yang kuat atau lemah bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz organisasi, kadar penggantian pekerja, berapa lamakah organisasi wujud, bagaimana informasi disalurkan dan sebagainya. Sesetengah organisasi mempunyai budaya yang sederhana, iaitu tidak begitu kuat atau pun lemah. Walaubagaimanapun, kita harus mengetahui bahawa budaya yang kuat dan positif dapat menjamin kejayaan sesebuah organisasi. 

Persekitaran dalaman adalah seperti berikut: 
Ø Misi dan visi organisasi 
Ø Kecekapan teras organisasi 
Ø Budaya organisasi 
Ø Kepimpinan 
Ø Sumber-sumber 
Ø Kemudahan dan infrastruktur 
Ø Struktur organisasi 

Persekitaran luar adalah seperti berikut: 
Ø Persekitaran Spesifik 
Ø Pelanggan 
Ø Pesaing 
Ø Pembekal 
Ø Kumpulan Pendesak 

Pesekitaran am adalah seperti berikut: 

Ø Ekonomi 
Ø Demografi 
Ø Budaya sosial masyarakat 
Ø Politik 
Ø Teknologi 
Ø Globalisasi 
Ø Natural 

Umumnya, pelanggan memainkan peranan yang penting kepada syarikat dan merupakan pengguna yang dapat menentukan masa hadapan sesebuah syarikat. Apabila sebuah syarikat mengeluarkan prodak atau menyediakan servis, matlamat utama mereka adalah memuaskan kehendak pelanggan. Dengan itu, memenuhi citarasa pelanggan merupakan tugas yang penting untuk sesebuah syarikat terus maju. Kita juga hendaklah mengetahui bahawa citaras pengguna sering berubah dari masa ke semasa. Minyak kereta yang mengandungi plumbum, akan tetapi, oleh disebabkan mereka prihatin terhadap pencemaran alam sekitar, mereka menukar citarasa mereka kepada minyak kereta tanpa plumbum yang lebih memutu dan tidak mecemarkan alam. Begitu juga jika kita lihat dari segi perubahan fesyen pada zaman kini. Mungkin tahun yang lalu warna-warna terang pada pakaian menjadi kegemaran pelangganm, tetapi didapati pertukaran citarasa kepada warn-warna yang lembut telah menjadi fesyen tahun yang berikutnya, ketidakpastian ini sering dihadapi oleh setiap organisasi terutamanya yang ingin berkecimpung di dalam dunia perniagaan. Oleh itu, pengurus hendaklah memastikan bahawa mereka setiasa berwaspada tentang pertukaran citarasa pelanggan.