WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Friday, November 9, 2012

KOMUNIKASI : DEFINISI MENURUT PANDANGAN DAN IDEOLOGI SARJANA


DEFINISI KONSEP

Komunikasi

Istilah Komunikasi disebut sebagai communication dalam bahasa Inggeris berasal dari Bahasa Latin “communicatus” yang membawa maksud to make common atau mewujudkan persamaan. Menurut kamus bahasa pula, komunikasi merujuk pada suatu keupayaan bertujuan untuk mendapatkan kebersamaan. Menurut Webster New Collage Dictionary, komunikasi adalah suatu proses pertukaran maklumat antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku. 

Beberapa definisi komunikasi dikemukakan oleh para ilmuan mengikut bidang, pandangan dan pemahaman seperti berikut: -

  • Hovland, Janis & Kelley mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses oleh individu (penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang lain (khalayak).
  • Berelson & Steiner mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-lain.
  • Menurut Harold Lasswell, komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan tentang siapa, apa, saluran apa, kepada siapa dan dengan akibat apa atau hasil apa. (who says what in which channel to whom and with what effect).
  • Menurut Barnlund, komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk mengurangkan rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego.
  • Menurut Weaver pula, komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan melalui fikiran seseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain.
  • Menurut Gode, komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari mula yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih.
  • Menurut Green Berg dan Baron, komunikasi ialah satu proses dimana individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penyampai dengan menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penerima maklumat.
  • Menurut Lasswell, komunikasi dilihat secara eksplisit dan kronologis menjelaskan tentang lima komponen yang terlibat dalam komunikasi seperti berikut: - 
  1. Penyampai adalah pelaku komunikasi pertama yang mempunyai inisiatif atau sumber. Sumber adalah permulaan maklumat dan orang yang memulakan proses komunikasi. Penyampai memilih jenis maklumat yang ingin disampaikan sama ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan yang difikirkan paling berkesan untuk menyampaikan malumat kepada penerima. Mesej yang telah dihantar perlu disusun dan dipilih simbol-simbolnya sama ada lisan atau bukan lisan supaya dapat difahami oleh penghantar dan penerima. Enkod yang digunakan oleh penghantar perlu difahami oleh penerima jika tidak komunikasi akan terhenti.
  2. Idea atau isi penyampaian adalah susunan idea yang disampaikan terdiri daripada kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim, maksud, fakta atau niat yang difahami oleh penerima mesej dan mesej boleh berbentuk lisan atau bukan lisan.
  3. Penerima idea (dekod) ialah pelaku komunikasi lainnya yang dijadikan sasaran penerima. Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej atau maklumat. Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar organisasi atau pelbagai pihak. Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui saluran komunikasi. Mesej yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi mereka.
  4. Saluran adalah medium atau alat dan saluran penyampaian informasi. Saluran adalah alat yang digunakan untuk menyalurkan mesej iaitu deria pancaindera manusia, media elektronik dan media masa. Ia merupakan alat penghubung antara pengirim dengan penerima. Antara saluran yang digunakan adalah seperti kata-kata, tulisan, lisan, tanpa lisan, buku dan sebagainya.
  5. Maklumbalas. Maklumbalas adalah hasil yang terjadi diakhir proses. Maklumbalas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.

1 comment: