WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Sunday, August 10, 2014

Diari_Hidup itu Kehidupan

Alhamdulillah...

Coretan sebelum 11 Ogos 2014

masih lagi ku menghirup haruman dunia
walau dunia bergegar dengan 1001 cerita
Dalam jalinan hidupku yang penuh berliku

Allah huakhbar.. Allah Maha Besar...

semoga dipermudahkan pencarian hilangnya saudara bersama MH370
dipermudahkan urusan dan terbela nasib saudara terkorban dalam MH17
Syahidnya saudara di bumi Gaza, marilah sama-sama hadiahkan Al-Fatihah

Subhanallah...
sempurna ciptaanmu Ya Allah
tidak mampu ditandingi oleh tangan-tangan manusia
tidak tercapai akal manusia
hanya dengan izin-MU Ya Allah
dengan hanya kalimah sucimu dari kalam murni Al-Quran "Kun Fayakun" 
Jika Allah mengkehendaki "Jadi...maka Jadilah" dengan hanya izin Allah SWT

Allah Maha Besar

Ya Allah...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih.

Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .

Ya Allah, sesungguhnya kami mohon pemeliharaanMu dan penjagaanMu... terhadap agama kami, keimanan kami, diri kami, ahli-ahli keluarga kami, keturunan kami, harta-benda kami, negeri kami dan kediaman kami serta segala sesuatu yang Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, mohon jadikan kami dan segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam kawalanMu, di dalam keamananMu, di dalam dampinganMu dan di dalam lindunganMu daripada syaitan yang derhaka lagi degil dan daripada bencana tikaman pandangan mata yang merbahaya dan daripada yang mempunyai kezaliman serta daripada kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu Ya Allah...

Ya Allah, mohon teguhkan kami dengan ketakwaan dan kekuatan pendirian di jalan yang lurus dan mohon lindungi kami daripada yang membawa kepada penyesalan di dunia dan di akhirat bahawa sesungguhnya Engkau adalah Maha memperkenankan segala doa. Ya Allah, perbaikilah hasil urusan kami dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, bantulah, panjangkanlah umur kami, berikanlah petunjuk serta peliharakanlah kami dari perkara yang haram dan bentuklah kami dengan perkembangan yang sihat dan suburkanlah ia dengan kehidupan yang baik dan berikan petunjuk dan ketaqwaan di dunia dan akhirat kepada kami. Ya Allah, perbaikilah diri dan akhlak kami, hiasilah jiwa kami dengan cahaya keimanan dan penuhi hati kami dengan ketaqwaan serta berpendirian teguh. Dan jadikan kami seseorang yang berbakti kepada kedua ibubapa kami dan bukan seorang yang derhaka terhadap keduanya, dan jadikan kami dari kalangan orang-orang yang salih. Dan hindari kami dari orang-orang yang berhasad dengki.

Ya Allah berikan pada jiwa-jiwa kami ketaqwaan kepadaMu dan sucikannya, Engkaulah sebaik-baik Zat Yang Menyucikan jiwa. Engkaulah Pelindung dan Penolong kami, Wahai Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang baik, dan Engkau berurusanlah dengan kami seperti Engkau berurusan dengan orang-orang yang baik, dan Engkau peliharalah kami daripada segala keburukan, ujian, fitnah dan kemudharatan. Ya Allah berkatilah bagi kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, zuriat keturunan kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhan kami, ilhamkan kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan pada kami dan kepada kedua ibubapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai. Dan masukkan kami dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan orang-orang yang salih. 


Ya Allah, jadikan aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampunan bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Ya Tuhan kami, mohon kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon selamatkan kami daripada azab api neraka.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.

Amin... Amin... Amin... Ya Allah...

P/S: Sekalung penghargaan buat insan-insan tersayang, keluarga dan sahabat handai semoga kasih, rahmat, lindungan dan redha Allah SWT sentiasa bersama kita. Semoga kita diberi umur yang panjang, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan jodoh (bagi yang bujang), bahagia dunia dan akhirat... 

Terima Kasih buat,
Hj Madyusa Hj Hasabulla & Jainab Kachil @ Dayahan Pelecio, Ayah dan Ibu kesayanganku
Inna Hj Almah Pelecio (Permata Hatiku)
Bapa Pollo sekeluarga
Tuah Jerry & Sabariah, Along Sirin & Haryati, Kiki Haidee & Sukarno, lang Rosita &Ej, Teh Lucinta & Hazis, Hana @ Hanacute, Tyma, Along Amin, Yaya Almah, Wawa Hawani, Jaja Aisya, Rayyan, Raziq, Rabiatul, Umairah, Zaimah, Zuhnun, Banin, Ziqri, Afifah, dan Iqbal (Adik beradik, ipar-duai, dan anak2 saudara).

Terima Kasih buat,
Kak Su @ Raj Normala Sabu.. my sister and my best friend forever..
Tieyna @ Malati Abdul Rahman my buddies and bff forever,
Meg @ Megdalina Mohd Egoh Nabuat, and Hana @ Nor Hana Asra binti Rajibi.. my lil sis and bff forever..

Terima Kasih buat, 
Kak Hajah Tipung sekeluarga, Kak Su sekeluarga, Tieyna sekeluarga, Lyn Sekeluarga, Rosnani Sekeluarga. Bos Mohd Redzuan @ Edmund Lianun sekeluarga
(budi kalian hanya Allah Taala sahaja dapat membalasnya)

Terima Kasih buat,
Siti Megdalina Mohd Egoh Nabuat, Bapa Mohd Egoh sekeluarga
Nor Hana Asra Rajibi sekeluarga, Bapa Rajibi Hj Aman sekeluarga
(budi kalian hanya Allah Taala sahaja dapat membalasnya)

Terima Kasih buat,
Keluarga, sanak-saudara, sahabat-sahabat dan kenalanku
Andai satu hari nanti aku pergi dahulu daripada saudara-saudaraku,
Ampunkan dosa-dosaku sama ada aku sedari ataupun tidak,
mohon halalkan makan dan minum, serta perlakuan kasarku,
mohon halalkan hutang-hutangku... jika ada hutangku yang tak sempat ku bayar atau yang aku tak ingat... (selagi jasad dikandung badan, Insyallah aku akan berusaha melunaskan segala hutang-hutangku pada kalian)... semoga Allah Taala melipat-gandakan rezeki kalian...
Sentiasalah ingat aku dalam doa kalian... 
Permudahkan kehidupanku di alam barzakh dengan sedekah Al-Fatihah kalian,
Terangkan kuburku dengan sedekah Yaa Sin daripada kalian di setiap malam Jumaat..

Sesungguhnya, kasihku pada kalian semua. Mengenali kalian suatu rahmat, kalian banyak mempermudahkan dan mengindahkan perjalanan kehidupanku di dunia ini... 

Terima Kasih Semua

Kualiti Hidup Era Globalisasi dan Perkembangan ICT

Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat (ICT) kualiti hidup menjadi antara agenda penting untuk diperbincangkan memandangkan ianya mempengaruhi kualiti hidup masyarakat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Kemajuan ICT melibatkan penggunaan teknologi komunikasi dan komputer untuk memproses segala bentuk maklumat, termasuklah penggunaan e-mail dan penyimpanan pengkalan data melibatkan rangkaian komputer. Sistem televisyen pula membekalkan perkhidmatan maklumat dalam bentuk teletext kepada penonton. Termasuklah pembaharuan urusniaga dan perbankan melalui pengeluaran berasaskan komputer. 

Era globalisasi sering kali dikaitkan dengan modenisasi yang dialami oleh masyarakat dunia. Era globalisasi dan kemajuan ICT sentiasa merubah kehidupan masyarakat seluruh dunia dan mempengaruhi teknologi-teknologi lain. Globalisasi berteraskan ICT telah membawa banyak perubahan secara langsung kepada kehidupan masyarakat dan individu. Kewujudan ribuan kafe internat dan internat komuniti merupakan antara bukti nyata tentang globalisasi berteraskan ICT. Perkembangan teknologi satelit dengan ICT turut menyebabkan ledakan penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Terdapat pelbagai isu sering dikaitkan dengan era globalisasi dan pembangunan ICT dengan kualiti hidup masyarakat sama ada melibatkan isu-isu global mahupun isu-isu semasa.

Kualiti Hidup

Era globalisasi dan perkembangan ICT berkait rapat dengan kesan pembangunan akibat daripada pertumbuhan ekonomi. Isu transformasi yang berlaku pada asasnya memberi kesan perubahan pelbagai sudut mencakupi pertumbuhan ekonomi, perkembangan perindustrian, prasarana dan perumahan. Perubahan tersebut sekaligus menyaksikan sebuah pekan kecil menjadi padat dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakatnya. Selain itu, kesan pembangunan terhadap alam sekitar turut menjadi isu dalam era globalisasi. Persekitaran yang merosot menjejaskan kualiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakat. 

Azahan et al. (2008), telah menjalankan kajian tentang penilaian makna kualiti hidup dan aplikasinya dalam bidang pengurusan persekitaran di Malaysia. Skop kajian ini memberi tumpuan kepada transformasi yang dialami di pekan Parit Raja dari segi perkembangan fizikal, sosial dan ekonomi. Kajian ini diharap berupaya membentuk penunjuk dan indeks kualiti hidup di pekan Parit Raja mengambil kira kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat. Status kualiti hidup bukan hanya berdasarkan kepada struktur yang ada di Pekan Parit Raja semata-mata tetapi merangkumi penerimaan masyarakat itu sendiri terhadap perkembangan persekitarannya. Pembentukannya adalah berdasarkan kepada sepuluh penunjuk kualiti hidup di dalam komponen IKHM. 

IKHM merupakan suatu pengukuran komposit berdasarkan kepada sepuluh bidang iaitu pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial, serta keselamatan awam. Bidang ini dianggap sama penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk. Sebanyak 38 penunjuk telah digunakan dalam pengiraan indeks tersebut yang mana jelas membuktikan penunjuk berkenaan dipilih untuk menyediakan satu ukuran agregat mengenai kualiti hidup negara ini bagi menilai kesan pembangunan ekonomi ke atas penduduk. Menurut Haryati (2010), pengukuran IKHM telah mengambilkira berbagai dimensi pembangunan, yang mana setiap kelemahan yang sering dilakukan hanya merujuk kepada satu atau beberapa penunjuk pembangunan seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

Dalam sistem perkiraan IKHM, semua penunjuk diberi tanda positif atau negatif. Penunjuk dipilih untuk setiap komponen berasaskan sejauh mana ianya dapat menggambarkan sesuatu komponen berkenaan dan sejauh mana terdapatnya data siri masa. Menurut Haryati dan Nurasyikin (2011), Laporan Kualiti Hidup 1999, IKHM telah dibentuk dengan mengambil data yang meliputi tempoh 1980 hinga 1998 dengan menjadikan tahun 1990 sebagai tahun asas. Pada keseluruhannya kualiti hidup rakyat Malaysia bertambah baik dengan peningkatan IKHM yang memberansangkan daripada 86.2 mata pada tahun 1980 kepada 105.7 mata pada tahun 1998. 

Dalam konteks peningkatan ini, faktor yang menjadi penyumbang utama adalah pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menjana peningkatan kepada dimensi pembangunan lain meliputi pendapatan dan pengagihan, pendidikan, kehidupan keluarga, kesihatan, pengangkutan dan komunikasi, penyertaan sosial, perumahan dan persekitaran kerja. Menurutnya lagi, kualiti hidup sosial penduduk merupakan indikator terpenting dalam kemajuan dan peradaban negara bertamadun. Situasi ini telah digambarkan oleh Kualiti Hidup Malaysia (1999) yang mendefinisikan kualiti hidup sebagai kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara.

Isu-Isu Kualiti Hidup Era Globalisasi dan Kemajuan ICT

Isu-Isu Kualiti Hidup Dalam Era Globalisasi dan Kemajuan ICT

Terdapat beberapa isu global melibatkan kualiti hidup dalam era globalisasi dan kemajuan ICT sama ada secara langsung atau sebaliknya, diringkaskan seperti berikut: -

Isu 1: Institusi Keluarga dan Kualiti Hidup

Perkembangan era globalisasi dan kemajuan ICT turut memberi kesan kepada institusi keluarga pada masa kini. Institusi keluarga sama ada keluarga induk, keluarga luas, keluarga dwikerjaya dan keluarga tunggal mengalami cabaran dalam usaha mensosialisasikan generasi muda. Antara isu berkaitan dengan institusi keluarga adalah berkaitan dengan komunikasi. Komunikasi tidak efektif di kalangan ahli keluarga turut memberi kesan secara tidak langsung kepada kualiti hidup individu, keluarga dan seterusnya masyarakat. Kurang komunikasi di kalangan ahli dalam keluarga cenderung membawa kepada gejala sosial di kalangan remaja. 

Che Hasniza dan Fatimah (2011), telah membuat kajian tentang corak komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga Melayu di Terengganu. Kajian ini memberi tumpuan kepada kepentingan komunikasi keluarga terhadap keberkesanan hubungan kekeluargaan. Tumpuan diberikan kepada dua bentuk orientasi komunikasi. Pertama, orientasi perbualan yang merujuk kepada keterbukaan ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak-anak di mana wujudnya hubungan dua hala di antara ibu bapa dan anak. Kedua, orientasi konformiti: Orientasi konformiti merujuk kepada bentuk komunikasi yang rigid, memberi penekanan kepada autoriti ibu bapa khususnya dalam membuat keputusan. 

Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu dan bapa memberikan peratusan yang lebih tinggi berbanding anak terhadap keterbukaan berkomunikasi. Dapatan ini juga selari dengan kajian Howard (1988) yang mendapati bahawa ibu dan bapa memberi persepsi bahawa mereka lebih terbuka dan kurang masalah di dalam komunikasi keluarga, jika dibandingkan dengan persepsi oleh anak-anak remaja. Komunikasi mampu menggambarkan apa yang berlaku dalam keluarga dan juga sejauhmana eratnya tahap perhubungan sesebuah keluarga. Secara keseluruhannya, kajian ini melihat kesignifikanan komunikasi keluarga khususnya komunikasi orientasi perbualan dan orientasi konformiti dalam hubungan di antara ibu bapa dan anak. 

Isu 2: Gaya Hidup dan Kualiti Hidup 

Era globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat ICT memberi implikasi terhadap gaya hidup masyarakat. Rakyat di negara ini mampu berdaya saing seiring dengan perubahan dunia dengan adanya pelbagai usaha untuk mengadaptasi teknologi dalam aktiviti seharian. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi dan kemajuan ICT ini, kita turut melihat perubahan negatif dalam gaya hidup masyarakat diantaranya isu tentang keruntuhan moral dan akhlak. Isu ini sering kita dengar atau baca di muka-muka akhbar tentang keruntuhan moral dan akhlak melibatkan masyarakat Melayu. Selain itu, keruntuhan moral dan akhlak turut berlaku di sekolah-sekolah. 

Melalui pemerhatian bahan-bahan sekunder dan primer terdapat beberapa salah laku melibatkan murid-murid sekolah seperti budaya vandalisme, buli, black metal, peras ugut, rempit, tidak menghormati guru, berpakaian menjolok mata dan sebagainya. Era globalisasi dan kemajuan ICT turut membawa kepada keterbukaan menyuarakan pendapat dan idea dalam memberi pandangan bersifat peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada umum. Contohnya, komunikasi interaktif seperti blogger dan facebook menjadi ruang sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sengaja memburuk-burukkan kerajaan sama ada secara sedar atau sebaliknya. 

Tindakan tidak bijak ini boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan negara. Menurut Mohd. Noor Mat Yazid (2010), terdapat tiga isu penting tentang teknologi maklumat yang sering dilakukan oleh masyarakat hari ini yang boleh mendatangkan kesan buruk iaitu melayari sumber atau cerita atau gambar yang tidak bermoral, berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka, percaya dan terlibat atau melibatkan diri dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Isu ini nampak seolah-olah suatu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan tindakan remaja. 

Isu 3: Urbanisasi dan Kualiti Hidup

Era globalisasi dan perkembangan ICT turut menjadikan masyarakat Melayu lebih berdaya saing untuk terus maju sama seperti bangsa-bangsa lain. Jika masa lalu, masyarakat Melayu tinggal dan mendominasi kawasan-kawasan pertanian namun sekarang semakin ramai anak-anak jati Melayu melangkah ke arah kecemerlangan dan tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Menurut Mohd. Noor Mat Yazid (2010), hubungan songsang berlaku di antara urbanisasi atau tahap kemodenan yang dicapai dengan nilai-nilai tradisi, agama, moral dan etika yang dipegang dan diamalkan oleh anggota dalam sesebuah masyarakat. Hubungan songsang bermaksud semakin banyak unsur-unsur moden dibawa masuk kedalam sesebuah masyarakat, maka unsur-unsur tradisi, nilai moral dan agama yang dipegang oleh sesebuah masyarakat itu semakin menjadi semakin sedikit dan lemah. 

Isu 4: Pendidikan dan Kualiti Hidup

Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi boleh dibahagi kepada dua kategori. Pertama, alat membantu pengurusan iaitu dalam satu organisasi pendidikan terlalu banyak data yang perlu diuruskan. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan. Teknologi maklumat juga digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Selain itu, jaringan Internet dan Laman Web juga telah digunakan untuk mengemaskini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan memberi pengumuman penting. Laman Web membenarkan interaksi antara pihak pentabir dan pelajar. 

Kedua, alat bantu mengajar: Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada empat iaitu teknologi maklumat menggunakan mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi. Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk komunikasi yang berkesan cepat, mudah dan murah. Perkongsian maklumat, mesyuarat dan perbincangan dapat dilakukan melalui tele-sidang. 

Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. Internet dapat digunakan tanpa mengira masa dan tempat menyebabkan capaian maklumat di Internet lebih bersifat terbuka dan luas. Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik. Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai. Internet dilihat sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian Internet ini juga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan dan membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.

Isu 5: Perkhidmatan, Perindustrian dan Kualiti Hidup

Dalam bidang perindustrian, teknologi maklumat dalam era globalisasi digunakan sebagai hasilan dan meningkatkan produktiviti. Terdapat dua kategori industri iaitu industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk dan industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri perbankan, insuran serta industri adalah contoh industri yang bukan berasaskan teknologi maklumat. Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk serta mengawal mesin untuk membuat kerja-kerja yang telah diprogramkan.

Teknologi maklumat juga selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang pengurusan, perakaunan dan simpan kira. Termasuklah memberikan perkhidmatan pelanggan yang sempurna. Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah digunakan bagi memudahkan pemantauan tanda harga dilakukan. Penggunaan mesin teller automatic (perbankan) menyebabkan maklumat serta urusan simpanan dan pengeluaran dilakukan secara online. Penggunaan komputer juga membolehkan sistem pembayaran bil dilakukan secara online.