SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.
Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.
Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing.
Sumber UTUSAN © Utusan Melayu (M) Bhd
2 Mac 2013 (Sabtu) - Kenyataan terkini YDH Ketua Polis Negara menerusi laman twitternya beliau berkata "saya mengesahkan ada kejadian tembak menembak berlaku susulan satu pemeriksaan oleh pihak polis keatas sebuah permis di kampung Seri Jaya Simunul, Semporna kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Pemeriksaan atau siasatan polis dilakukan untuk mengesahkan samada mereka ini terlibat dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini jumlah mereka yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit tidak lebih daripada 10 orang.
Dalam kejadian tembak menembak tersebut ada beberapa orang anggota polis yang cedera, butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian." katanya.
Sumber PDRM Sabah
No comments:
Post a Comment