WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Saturday, March 2, 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU SABAH (4)

1 Mac 2013

Perkembangan terbaru pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Seluruh pantai Sabah kini dikawal ketat bagi mengelak sebarang kemungkinan ekoran kejadian pertempuran di Lahad Datu hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Timbalan Superintenden Firdaus Francis Abddullah, kawalan ketat juga sedang diadakan di sekitar pantai Semporna.

Oleh itu orang ramai diminta bertenang dan tidak mendengar sebarang khabar angin.

Mereka juga diminta berada di kediaman masing-masing dan tidak bimbang dengan apa yang berlaku di Lahad Datu.

Info TV3

Lahad Datu Kini dikenakan Perintah Berkurung

PETALING JAYA: Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.

Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.

“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.

Turut difahamkan hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.

Info mStar Online

LAHAD DATU 1 Mac - Selepas hampir tiga minggu kerajaan membuka pintu rundingan kepada kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu, penceroboh itu hari ini memulakan serangan dengan menembak mati dua anggota komando polis dari pasukan VAT 69 dan menyebabkan tiga lagi cedera.

Dua anggota komando VAT 69 yang terkorban ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud manakala mangsa yang cedera pula ialah Koperal Mohd. Tarmizi Hashim (tangan dan kaki), Koperal Azman Ampong (paha dan punggung) serta Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli (bahu kanan dan kedua-dua belah kaki).

Pertempuran meletus pada pukul 10 pagi apabila pasukan keselamatan negara yang bersiap melancarkan operasi menangkap anggota kumpulan penceroboh diserang ketika berada berdekatan sebuah surau lama di Kampung Tanduo menyebabkan mereka terpaksa melakukan serangan balas untuk mempertahankan diri.

Info Utusan Malaysia

Tindakan ke atas penceroboh tanpa kompromi


PEKAN 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kumpulan penceroboh di Lahad Datu ditumpaskan setelah mereka menembak mati dua anggota keselamatan dalam insiden serangan pagi ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin telah diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk mengambil apa sahaja tindakan yang perlu tanpa ada lagi sebarang lanjutan masa kepada kumpulan berkenaan.

‘‘Apabila mereka telah mengakibatkan anggota kita terkorban, maka kita tidak perlu beri apa-apa lagi tempoh masa. Tindakan yang diambil perlu mengikut keadaan dan situasi yang difikirkan wajar oleh pasukan kita yang telah diberi kuasa sepenuhnya.

‘‘Kumpulan ini mesti ditumpaskan sama ada mereka menyerah diri ataupun terima apa juga akibat daripada tindakan yang telah dilakukan," tegas beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Pekan di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, berdasarkan maklumat daripada Ketua Polis Negara, insiden yang berlaku itu di luar jangkaan sama sekali kerana kumpulan penceroboh terlibat telah mara 1.5 kilometer dari tempat yang mereka berkumpul selama ini dan itu sesuatu yang tak diduga oleh pasukan keselamatan negara.

Katanya, dalam pertempuran secara mengejut itu, polis telah kehilangan dua anggota manakala tiga lagi cedera dan laporan yang diterima, kumpulan penceroboh itu pula kehilangan 10 hingga 12 anggota.

‘‘Apa yang berlaku sekarang ini, kita telah menambah kekuatan kita dan mereka berada dalam keadaan dikepung sepenuhnya.

‘‘Apa yang akan berlaku selepas ini, tindakan tertentu akan diambil. Ini merupakan keputusan yang hanya boleh dibuat pimpinan ground commanders, mereka diberi mandat sepenuhnya," jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Najib, beliau sedih dengan kejadian yang berlaku di Lahad Datu kerana apa yang diharapkan iaitu mengelakkan sama sekali sebarang pertumpahan darah sama ada di pihak yang menceroboh dan apatah lagi jika berlaku ke atas anggota pasukan keselamatan.

Ditanya pihak mana yang memulakan serangan, Najib berkata, kumpulan penceroboh yang mula melepaskan tembakan dahulu.

Katanya, sekarang ini kumpulan berkenaan telah dikepung sepenuhnya.

Berhubung spekulasi mengatakan terdapat pemimpin kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam insiden itu, Najib berkata: ‘‘Mayat itu kita kena kenal pasti dahulu, setakat ini kita belum buat pengesahan.’’

Ditanya pihak yang mengetuai operasi di Lahad Datu, Perdana Menteri berkata, polis terlibat dalam barisan pertama dan tentera di barisan kedua.

‘‘Tetapi polis juga terdiri daripada pasukan VAT 69 yang cukup berpengalaman," ujarnya.

Info Utusan Malaysia

Situasi di Lahad Datu 1 Mac 2013

Saya tidak pasti jika darurat sudah diistiharkan di Lahad Datu atau tidak.

Semua pergerakkan keluar masuk di Lahad Datu ditutup bermula 2 petang hari ini (1 Mac).

Semua sekolah dan premis perniagaan ditutup sejak 3 hari lepas.

Kawasan ruang udara di situ di beri takrif “NO FLY ZONE”.

Lapangan terbang Lahad Datu ditutup sejak Jumaat, hendak guna laluan udara terpaksa pergi ke Tawau.

Hospital di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dikuasai pasukan tentera.

Penambahan ubat-ubatan dan peluru untuk kegunaan tentera dan polis sejak beberapa minggu lepas.

Semua sekolah dipantau polis, kemasukkan pelajar ke sekolah akan dibuat secara berperingkat.

Info Military of Malaysia

No comments:

Post a Comment