WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Saturday, March 2, 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU SABAH (3)

Info 13 Feb 2013

BAGAN SERAI, 13 Feb - Pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu, Sabah semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pasukan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

"Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan memorandum sokongan kepada Barisan Nasional (BN) daripda 28 badan bukan kerajaan di kawasan Bagan Serai di sini, Rabu.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dan meminta kerjasama daripada pihak kerajaan negara berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu.

Ahmad Zahid mengarahkan Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dengan lebih lanjut.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya belum terima apa-apa maklumat...ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu - BERNAMA 

Info 14 Feb 2013

'Filipino' gunmen captured in Malaysia: police

State news agency Bernama cited unidentified police sources as saying the group was made up of more than 100 men in military fatigues, but police have not publicly confirmed that report.

National police chief Ismail Omar said in a statement late on Wednesday that the gunmen intruded on Malaysian soil in the state of Sabah on Borneo island, a region with a history of incidents involving armed Filipino groups.

"This intrusion is a result of the problems in the southern Philippines," Ismail said in an apparent reference to Muslim insurgents and other lawlessness in the southern Philippines, which lies just across the Sulu Sea from Sabah.

Malaysia is predominantly Muslim.

Ismail said security forces surrounded and ordered the gunmen to surrender in the Malaysian coastal town of Lahad Datu. His statement made no mention of how many people were involved.

"They've surrendered, but as for the number, I really have no info for now," said a police spokesman contacted by AFP on Thursday.

Sabah's eastern tip is less than an hour by speedboat from the nearest Philippine islands.

In October, Manila reached a framework agreement with the southern Philippines' main Muslim separatist group aimed at ending a decades-long insurgency that has left more than 150,000 people dead.

In 2000, a Philippine militant group seized 21 mostly Western holidaymakers hostage as hostages at the Malaysian scuba diving resort of Sipadan, taking them off to Philippine islands. They were later ransomed.

Two Malaysians were kidnapped from a plantation in the area in November and were believed to have been taken to southern Philippines.

Security on Sabah's coast has been problematic for Malaysia, with tens of thousands of Filipinos believed to have immigrated illegally to the state over the past few decades.

Info from: news.malaysia.msn.com

KUALA LUMPUR 14 Feb.- Kejadian kemasukan 80 hingga 100 orang asing bersenjata api di Lahad Datu, Sabah disahkan tidak melibatkan tebusan rakyat tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengesahkan perkara itu berkata, pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera masih lagi mengadakan rundingan dengan kumpulan tersebut.

“Jangan dengar khabar angin, sekarang sudah tiada lagi masyarakat awam tempatan di kawasan itu tetapi pasukan keselamatan kita telah mengepung perimeter tersebut," katanya pada sidang akhbar di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia di sini hari ini. 

Info UTUSAN oleh  Raja Syahrir Abu Bakar 

Thu, 14 Feb 2013 
Sabah villagers held hostage by militants

An unknown number of villagers on an island close to the Sabah-Philippines sea border are being held hostage by a group of armed foreigners since Tuesday.

LAHAD DATU: An unknown number of villagers on an island close to the Sabah-Philippines sea border are being held hostage by a group of armed foreigners since Tuesday. The situation is still very much hazy though Malaysian security forces claim they are aware of what is happening and have surrounded the area when the intruders are said to be holing up. And from what we have gathered, an even large group of these intruders, who are said to be stronger and more dangerous, are on its way to the island as reinforcements.

UPDATED: Malaysian security forces have surrounded the foreigners for encroaching into the waters off Lahad Datu, Sabah. More than 100 members of the group are suspected to be members of a militant group from southern Philippines

Sources told THE BORNEO INSIDER that the island is named Pulau Lukiau, an otherwise unheard of island amongst many islands that dot the Celebes Seas between southern Philippines or what is now known as the Autonomous Region in Muslim Mindanao, and Sabah’s east coast. However, we could not get any of the top brass in the security forces; that is the police in Sabah nor the Commander of the Fifth Brigade which is based at Lok Kawi, to confirm what we have heard. However, Sabah police chief Datuk Hamza Taib said Wednesday night that he may schedule a Press conference Thursday to provide details, if any. Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar was quoted as saying that the armed intruders are believed to be from the Philippines.

Defence Minister Datuk Seri Dr Zahid Hamidi said he had ordered Armed Forces chief Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin to take immediate action together with the police over the matter. Said our source: “This little heard island (which is closer to Tambisan) is very far away from Lahad Datu town, probably takes five or six hours to reach the town. “The kampong people (on the island) are being held hostage in the mosque. We do not know how many people are being held and neither do we know how many armed men there are at this moment.”

Bernama quoted Ismail as saying that security forces close to the area had directed the intruders to put down their weapons and surrender, but till Press time (2.00am Thursday) nothing was forthcoming. Ismail said the intrusion was related to problems in southern Philippines and that the situation is under control. “The public need not be unduly worried," he added in a statement.

Earlier, in another Bernama report, Ahmad Zahid said security forces have detained a group of foreigners for posing as military personnel off Sabah on Tuesday. He said the foreigners were dressed in military uniform and robes were trying to encroach into Malaysian waters off Lahad Datu. “The Malaysian Armed Forces (ATM) had been directed to work closely with the police and take immediate action. "We don't want our national defence elements to be exposed, including in Lahad Datu, Sabah," he told reporters, adding that Malaysia will seek cooperation from neighbouring countries. Ahmad Zahid said it was also to ensure that action was taken immediately to keep the national defence and security at high level.

THE BORNEO INSIDER sources also inform us that the intruders could be a breakaway faction of the Moro Islamic Liberation (MILF) or the dreaded Abu Sayyaf. Tambisan, is a coastal area located 165km from Lahad Datu. The main economic activity here is oil palm plantations. It is also a 45-minute speed boat ride from the Philippine island of Bongao. In November last year, two cousins - an estate manager and a supervisor - were abducted by armed men while visting a birds nest structure at their oil palm plantation in the Tambisan area. The two only by the surname of Tung were believed taken to Southern Philippines. Talks of militants in about a dozen small boats attempting to land in Lahad Datuu have been rife for the past two weeks.

Wednesday evening and night, Lahad Datu town was almost deserted as people opted to stay indoors, with the heavy presence of security forces in town being a cause of concern. The news rekindled a tragic incident in September 1985 when 11 people were killed and several injured after armed men dressed in military fatigues fired randomly at the public before robbing RM200,000 from a Standard Chartered Bank branch and Malaysia Airlines office in Lahad Datu. 

By Courtesy of Alexander Chen, The Borneo Insider 

Info 15 Feb 2013 

Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.

Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Punca Pencerobohan Tentera Filipina

Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

Info 18 Feb 2013

Perkembangan terkini mengenai insiden berkaitan,media antarabangsa melaporkan bahawa pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina

Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)

Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,katanya kepada pemberita di Manila

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana

Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah,katanya kepada AFP

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.

Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka’.

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan

Info Harian Lahad Datu

Info 26 Feb 2013

LAHAD DATU: Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin. 

Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata episod yang bermula sejak 12 Februari lalu akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang. 

Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: "Tunggu dan lihat". 

Katanya tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo. 

"Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-Allah, kita selesaikannya dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Apabila ditanya sama ada proses rundingan masih berlaku dengan kumpulan berkenaan, Khalid berkata: "Saya tidak mahu lagi mengulas perkara (rundingan) itu". 

Khalid juga berkata polis tidak tahu menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa. 

Terdahulu selepas menerima taklimat mengenai perkembangan insiden itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17, Pasukan Gerakan Am (PGA) Felda Sahabat, Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia. 

Beliau berkata isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain. 

"Keadaan di sini masih seperti biasa dan tujuan lawatan saya pagi ini semata-mata untuk menemui anggota saya di lapangan," katanya. 

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokthar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. 

Khalid berkata setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campurtangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campur tangan seperti itu menganggu urusan keselamatan negara. - BERNAMA

Info Berita Harian

No comments:

Post a Comment