WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Friday, February 19, 2016

HARI GURU MALAYSIA

LOGO HARI GURU


HARI GURU MALAYSIA 



HARI GURU 16 MEI 


Hari Guru 16 MEI dipilih berdasarkan kepada Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) yang telah menerima cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran Kebangsaan pada 1956 dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report). 

OBJEKTIF 

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. 

MAKNA LOGO HARI GURU 

  • Putih, menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. 
  • Perak, menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. 
  • Kuning, sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. 
  • Merah, menunjukkan keteguhan semangat. 
  • Biru, menunjukkan perpaduan muhibah. 
  • Dari pusat lambang, muncul buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. 
  • Di hadapan buku didapati reka bentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. 
  • Dua reka bentuk di antara murid dan buku adalah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meningkatkan mutu pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum mengikut prinsip-prinsip RUKUN NEGARA. 
  • Dari bawah, satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan ‘HIDUP BERBAKTI’. Ianya menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan tentang perpaduan guru. 

IKRAR HARI GURU 


Bahawasanya kami 
Guru-guru negara Malaysia 
Dengan ini berikrar 
Mendukung terus cita-cita kami 
Terhadap tugas kami 
Dan menyatakan keyakinan kami 
Pada cita-cita murni pekerjaan kami 
Kami akan berbakti 
Kepada masyarakat 
Dan negara kami. 

Kami sentiasa menjunjung 
Perlembagaan negara 
Kami mengamalkan 
Prinsip-prinsip Rukun Negara 
Pada setiap masa. 

ANUGERAH TOKOH GURU (1972 – 2016) 


Anugerah tokoh Guru mula diperkenalkan pada tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan guru sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun 2012, seramai 127 guru telah dianugerahkan Tokoh Guru sejak 1975. 

Kriteria Tokoh Guru 
  • Mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah.
  • Memberi sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan.
  • Pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat, serta mempunyai kecemerlangan dalam bidang lain. 

Syarat Pemilihan Tokoh Guru 

  • Warganegara Malaysia (lahir di Malaysia). 
  • Seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri.
  • Berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat / sudah bersara / sedang / sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan. 
Nota: 
Pemilihan calon boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia. 
Kesatuan Perkhidmatan Keguruan berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan. 


Rekabentuk Pingat Tokoh Guru 


Bentuk: 

  • Dari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru. 
  • Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara. 
  • Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia. 

Corak: 

  • Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan.
  • Melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni. 

Warna: 

  • Warna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru. 
  • Mencerminkan jasa bakti seseorang guru adalah seteguh emas. 

1975 HINGGA 2016

PENERIMA ANUGERAH TOKOH GURU
PENERIMA ANUGERAH TOKOH GURU KEBANGSAAN 
PENERIMA KEPIMPINAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
ANUGERAH KHAS

2016
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

  (Tokoh Guru Kebangsaan 2016)

Catatan: Update Selepas Sambutan Hari Guru Kebangsaan diumumkan

2015
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-44
Di Dewan Wawasan, Jitra Kedah

Datuk Dr. Haili Dolhan
(Tokoh Guru Kebangsaan 2015)

Tan Sri Abd Ghafar Mahmud
(Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan)

Dr. Fatanah Mohamed
(Anugerah Khas Hari Guru Ke-44)

2014

YM Tengku Azuan binti Tengku Mohamed
(Tokoh Guru Kebangsaan 2014)

Tan Sri Alimuddin bin Mohd Dom
(Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan)

2013
Jacob A/L P.C. Mathews
Dato' Hajjah Freida binti Dato' Haji Mohd Pilus

2012 
Puan Lim Ai Lee @ Lim Irene 
Tuan Haji Mohd Azman Bin Abdul Rashid 
Datuk Mary Yap Kain Ching 
Dato’ Haji Ahmad Adzmey Bin Haji Abu Talib 
Datuk Haji Hassan Bin Harun (Sekolah Swasta) 
Dato’ Haji Omar Bin Mohd Hashim (Kepimpinan Pendidikan) 

2011 
Dato' Prof. Ab. Rahim Selamat 
Dato' Siva Subramaniam 
Cik Hamedah Wok Awang 
Datuk Hajah Rita T Jaafar @ Rita Bagong 

2010 
Haji Awang Mohamad 
En. Encharang Agas 
Dato' Chuang Keng Kung 
Hajuh Ainun Jamilah Mohamad Ali 

2009 
Dato' Cg. Abdul Rahim Tahir 
En. Phua Seng Tiong 
Encik Shahul Hamid Mydin Shah 

2008 
En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali 
En. Krishnasamy a/l Kapaya 
Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman 

2007 
En. Gerald Lee Liong Ai 
Dato Haji Abdul Majid Bin Omar 
Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa 
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin 

2006 
Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib 
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad 
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman 

2005 
YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek 
Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh 
Haji Ramli Bin Haji Ahmad 
Teo Huat @ Teo Teck Huat 
Haji Ghazali Haji Yusuf 

2004 
Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam 
Cik Alice Wee Siew Eng 
En. Krishnasamy Tambusamy 
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh 
En. Ali Suhaili 

2003 
Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin 
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi 
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris 
En. M.P. Rangganathan 
En. Ho Thean Sung 

2002 
Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah 
Tn. Hj. Khamis Noyo 
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed 
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi 
En. Nagaratnam Pennurengan 

2001 
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek 
En. Abang Hamdan Jas 
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman 
Tn. Hj. Sulaiman Samad 
En. Robert David 

2000 
Pn. Nik Faizah Mustapha 
Tn. Hj. Tawi Yaakub 
En. Cheong Yong Kwong 
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab 

1999 
Pn. Molly Chong Nee Molly Gee 
En. Mohd. Mokhtar Talib 
Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain 
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak 
Tn. Hj. Kassim Muhammad 

1998 
Dato’ Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid 
Dato’ Dr. Hj. Yahya Ibrahim 
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad 
Tn. Hj. Mohamed Ali 

1997 
Dato’ Hj. Jumat Dato’ Hj. Mohd Nor 
Dato’ N.S. Selvamany 
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan 
Tn. Aminuddin Muhammad 

1996 
En. Anthony Lim Peng Hwa 
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali 
Pn. Irene Syawe Chin Chi 
En. Abdul Razak Ismail 

1995 
Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu 
En. Anthony Reynolds Peter 
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat 
En. Amirbek Amir Husain 

1994 
Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof 
En. Nordin Hj. Mahmood 
En. Jikal Gabie 
En. Khor Beng Hoe 

1993 
Dato’ Abdul Aziz Ismail 
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob 
Tn. Hj. Mohd. Saidin 
Dato’ Hj. Mohd Taib Omar 

1992 
Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman 
Pn. Siti Bidayah Hj. Din 
En. Lau Hut Yee 

1991 
Datuk Hj. Parman Hassan Raji 
Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad 
Pn. Dawn Parry 

1990 
Dato’ Hj. Idris Hj. Tain 
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar 
En. Michael Graham Parry 

1989 
En. Mohamed Ali Mohamed 
En. Goon Koo Leong 
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali 

1988 
En. Sulaiman Hj. Ebi 
Cik Visalacey Mutu 
En. Harith Muhammad Liki 

1987 
Dato’ paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor 
En. Chang Min Phang Paul 
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman 

1986 
Dato’ Hj. Abdul Aziz Tapa 
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran 
Dato’ Ariffin Md. Nam 

1985 
En. A. Ali Manjang 
En. Ahmad Kotot 
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam 
Tn. Hj. Yasin Saleh 

1984 
Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid 
En. Shahrom Husain 
Tn. Hj. Muhammad Bujang 
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din 

1983 
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong 
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub 
En. Ang Kean Kah 

1982 
Dato’ Hj. Zainal Abidin Ali 
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad 
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid 

1981 
Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin 
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman 
Tn. Hj. Othman Hj. Ali 

1980 
Tn. Hj. Omar Othman 
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman 
Dato’ James Frederick Augustine 

1979 
Kapt. Dato’ Hj. Mohd Nor Mohammad 
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad 
En. Mohd. Aslie Lutah 

1978 
En. Ann Moreira 
En. Bapoo Mohd. Hashim 
Dato’ Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad 
En. Guram Singh 
En. Mohd Nor Abdul Hamid 
En. Waung Yoo Nien 

1977 
Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir 
En. Qua Chiew Kooi 
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman 
En. Abu Kassim Yusof 
En. Abdul Rahman Md. Akib 
En. K. Kannan 
Pn. Lily Eberwein 

1976 
Tn. Hj. Kassim Harun 
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah 
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus 
En. V. K. Thaillaikannu 
En. Tan Chee Meng 

1975 
Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman 
En. Mohd. Nor Ahmad 
En. Ting Pin Sung 
En. A.V. Perumal 
En. Tan Chong Bee 

TEMA HARI GURU (1972 – 2016) 

2016
Guru Pembina Negara Bangsa

2015
Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2014
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjaga Inovasi

2013 
Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda 

2012 
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 

2011 
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 

2010 
Guru Pembina Negara Bangsa 

2009 
Guru Pembina Negara Bangsa 

2008 
Guru Cemerlang Negara Terbilang 

2007 
Guru Penjana Modal Insan Gemilang 

2006 
Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 

2005 
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 

2004 
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 

2003 
Guru Berkualiti Aspirasi Negara 

2002 
Guru Berkualiti Aspirasi Negara 

2001 
Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 

2000 
Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 

1999 
Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 

1998 
Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 

1997 
Guru Bestari Sekolah Bestari 

1996 
Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 

1995 
Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 

1994 
Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 

1993 
Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 

1992 
Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 

1991 
Ke Arah Pendidikan Cemerlang 

1990 
Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 

1989 
Guru Pembina Budaya Ilmu 

1988 
Guru Pengasas Budaya Membaca 

1987 
Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 

1986 
Pendidikan Teras Nasionalisme 

1985 
Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 

1984 
Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 

1983 
Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 

1982 
Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 

1981 
Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 

1980 
Pendidikan Teras Perpaduan Negara 

1979 
Murid Sejahtera Negara Jaya 

1978 
Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 

1977 
Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 

1976 
Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan 

1975 
Guru dan Pembangunan Negara 

1974 
Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 

1973 
Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 

1972 
Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara





Sumber: 
http://www.moe.gov.my

Thursday, February 18, 2016

Komunikasi Silang Budaya: Peranan dan Pengaruh Komunikasi Antara Budaya Kepada Bidang Perniagaan

PENDAHULUAN

Komunikasi merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian yang menjadi medium untuk perkongsian nilai antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat. Komunikasi juga dikaitkan dengan budaya. Menurut Edward T. Hall dalam bukunya, The Silent Language 1959, budaya adalah komunikasi dan komunikasi adalah budaya. Komunikasi amat penting dalam kehidupan sehari-hari. Dikatakan tujuh puluh lima peratus aktiviti manusia sehari-hari adalah komunikasi. Komunikasi mewarnai kehidupan setiap manusia sama ada komunikasi itu berlangsung secara nyata atau sebaliknya. Dalam kehidupan seharian, setiap kata yang keluar dari mulut atau verbal itu dikatakan sebagai suatu komunikasi dan pada masa yang sama respon setiap individu terhadap suatu bicara atau interaksi tanpa lisan juga melambangkan suatu interaksi komunikasi.

Dalam konteks komunikasi, terdapat empat unsur yang menjadi asas kepada suatu komunikasi iaitu sumber, penerima, mesej dan ada saluran. Sumber merupakan tempat bermulanya proses komunikasi. Mesej merupakan idea dan perasaan yang ingin dikongsi bersama di antara sumber dan penerima. Saluran pula adalah laluan mesej untuk sampai daripada sumber kepada penerima. Saluran adalah berbeza di antara satu sama lain. Komunikasi meliputi setiap bentuk pernyataan manusia, baik berupa pernyataan antara orang perseorangan, masyarakat atau kelompok dan komunikasi massa. Komunikasi merupakan elemen penting dalam kehidupan sehari-hari dalam konteks interaksi dan perkongsian nilai. Asas teori komunikasi sentiasa diaplikasikan dalam kehidupan tanpa kita sedari sama ada dalam konteks urusan rasmi atau sebaliknya.

Komunikasi juga mengandungi elemen-elemen seperti simbol, pengertian, Interaksi, pengurangan rasa ketidakpastian, proses, penyampaian, menghubungkan, kebersamaan, saluran, replikasi memori, tanggapan diskriminatif, stimulasi, tujuan, waktu dan kekuasaan. Dalam hal-hal berkaitan dengan komunikasi, setiap individu sering berhadapan dengan pelbagai isu dan hal-hal berkaitan dengan komunikasi dan interaksi sesama sendiri. Hal ini kerana manusia adalah unik dan mengalami proses sosialisasi sepanjang hayat dalam masyarakat di mana mereka berada. Interaksi dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai status dan latar belakang menerbitkan pelbagai cabaran, pengalaman, tanggapan dan perasaan yang mampu menerbitkan pelbagai rasa dalam diri seseorang sama ada perasaan gembira, sedih, hampa, kecewa dan sebagainya.

Perbincangan dalam tugasan ini memberi fokus kepada komunikasi silang budaya dari sudut perniagaan. Dari konteks komunikasi silamg budaya pula, ianya melibatkan interaksi di antara dua atau lebih budaya berbeza dalam sesebuah komuniti atau kelompok masyarakat. Komunikasi Silang Budaya didefinisikan sebagai International Communication occurs whenever a message producer is a member of one culture and a message receiver is a member of another. Justeru itu, sebelum merentasi dan melibatkan diri dalam komunikasi silang budaya khususnya hidup dan berinteraksi dengan budaya berbeza seseorang itu perlu membuat persediaan awal terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk berkhidmat selama tiga tahun di negara lain bagi melaksanakan matlamat organisasi perniagaannya. Memahami budaya masyarakat lain, antara elemen penting bertujuan untuk memudahkan proses interaksi dan perkongsian ilmu dan nilai dalam sesebuah masyarakat berbeza khususnya, negara yang mempunyai konteks budaya rendah.

DEFINISI KONSEP


Tiga konsep penting dalam tugasan ini melibatkan komunikasi silang budaya iaitu budaya, komunikasi dan komunikasi silang budaya. Definisi konsep yang diberikan oleh para sarjana kepada ketiga-tiga konsep ini adalah berbeza mengikut idelogi dan fahaman masing-masing dalam menginterpretasi makna.

Komunikasi

Dalam satu pernyataan dikatakan bahawa menurut Denis McQuail, secara umum kegiatan atau proses komunikasi dalam masyarakat berlangsung dalam enam tingkatan: -

Pertama, komunikasi intrapersonal (intrapersonal communication). Komunikasi intrpersonal adalah proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu, berupa pengolahan informasi melalui pancaindera dan sistem saraf.

Kedua, komunikasi interpersonal (interpersonal communication). Komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang dijalankan secara langsung antara seorang individu dengan individu lain.

Ketiga, komunikasi dalam kelompok. Komunikasi dalam kelompok berlangsung di antara suatu kelompok. Pada tahap ini, setiap individu yang terlibat masing-masing berkomunikasi sesuai dengan peranan dan kedudukannya dalam kelompok tersebut. Idea yang disampaikan juga berkaitan dengan kepentingan seluruh anggota kelompok dan tidak bersifat peribadi.

Keempat, komunikasi antara kelompok. Komunikasi antara kelompok merujuk kepada kegiatan komunikasi yang berlangsung antara suatu kelompok dengan kelompok lainnya. Jumlah pelaku yang terlibat boleh jadi hanya dua atau beberapa orang tetapi masing-masing membawa peranan dan kedudukannya sebagai wakil dari kelompok masing-masing.

Kelima, komunikasi organisasi. Komunikasi organisasi merujuk kepada komunikasi dalam sesebuah organisasi dan juga komunikasi antara sesama organisasi. Berbanding dengan komunikasi kelompok, tahap ini menjurus kepada sifat organisasi dengan lebih formal mengutamakan prinsip-prinsip efisiensi dalam melakukan kegiatan komunikasinya. Hirarki organisasi menjadi rujukan utama dalam menjalankan tanggungjawab berdasarkan prosedur yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan perlu dipatuhi oleh pihak yang berada dalam susunan lebih di bawah.

Keenam, komunikasi dengan masyarakat secara luas. Tahap ini menunjukkan komunikasi yang digunakan bersifat lebih global.

Istilah Komunikasi disebut sebagai communication dalam bahasa Inggeris berasal dari Bahasa Latin “communicatus” yang membawa maksud to make common atau mewujudkan persamaan. Menurut kamus bahasa pula, komunikasi merujuk pada suatu keupayaan bertujuan untuk mendapatkan kebersamaan. Menurut Webster New Collage Dictionary, komunikasi adalah suatu proses pertukaran maklumat antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku. 

Berikut adalah beberapa definisi komunikasi yang dikemukakan oleh para ilmuan mengikut bidang, pandangan dan pemahaman mereka: -

Hovland, Janis & Kelley mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses oleh individu (penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang lain (khalayak).

Berelson & Steiner mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-lain.

Menurut Harold Lasswell, komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan tentang siapa, apa, saluran apa, kepada siapa dan dengan akibat apa atau hasil apa. (who says what in which channel to whom and with what effect).

Menurut Barnlund, komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk mengurangkan rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego.

Menurut Weaver pula, komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan melalui fikiran seseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain.

Menurut Gode, komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari mula yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih.

Menurut Green Berg dan Baron, komunikasi ialah satu proses dimana individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penyampai dengan menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penerima maklumat.

Budaya


Dikatakan Edward T. Hall dalam bukunya yang berjudul The Silent Language (1959) mengatakan bahawa kebudayaan adalah komunikasi dan komunikasi adalah kebudayaan. Pendapat tersebut menandakan suatu komuniti tidak boleh berkembang tanpa adanya komunikasi. Budaya sendiri tercipta karana komunikasi yang juga terbina daripada komuniti manusia. Alam tanda dan berbagai produk manusia bermula dari cara pandang bagaimana sesuatu itu berkomunikasi. Pernyataan Edward di atas juga menyifatkan wujudnya pergerakan secara kontinum dari nilai kepercayaan kepada perasaan dan perilaku tertentu. Perilaku tersebut diyakini sebagai model untuk mewakili norma-norma budaya selain pola perilaku yang dihasilkan oleh interaksi sosial.

Budaya adalah suatu simbol, keyakinan, sikap, harapan, norma tingkah laku yang dimiliki bersama. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sesebuah kelompok manusia dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari pelbagai unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat-istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Masyarakat dunia mempunyai budaya yang berbeza antara satu sama lain dan pandangan tentang suatu perkara juga adalah berbeza. Contohnya, cara mereka mengambil keputusan, melakukan negosiasi, tanda-tanda non-verbal, aspek sosial, legal dan etika, dan sebagainya. Dalam konteks budaya khususnya bidang perniagaan, ianya melibatkan pendekatan dan pemahaman tentang budaya meliputi segenap aspek kehidupan sama ada secara verbal atau non-verbal. Termasuklah fahaman, worldview, ideologi, pegangan dan kepercayaan.

Komunikasi Antara Budaya

Beberapa definisi tentang komunikasi antara budaya oleh beberapa ahli sarjana diringkaskan seperti berikut: -

Dikatakan, menurut Samovar dan Porter (1974), Intercultural communication occurs whenever a message producer is a member of one cultural and a message receiver is a member of another.

Dikatakan menurut Kim (1984), Intercultural communication refer to the communication phenomenon in which participants, differening in cultural backgrounds come into direct or indirect contact with one another.

Dikatakan menurut Dodd (1998), Intercultural communication refers to the influence of cultural variability and diversity on interpersonally oriented communication outcomes.

Dari aspek komunikasi antara budaya dari aspek perniagaan, ianya adalah suatu proses pengiriman dan penerimaan pesanan antara individu yang mempunyai perbezaan latar belakang budaya sehingga dapat mengarah kepada perbezaan dalam mentafsirkan tanda-tanda verbal dan non-verbal. Ia juga memerlukan kecekapan komunikasi, dan pemahaman tentang komunikasi antara budaya untuk mempermudahkan operasi perniagaan.

NEGARA DAN BUDAYA KONTEKS RENDAH


Menurut Edward T. Hall, sesebuah negara dikategorikan berdasarkan kepada variasi budaya yang berbeza diantaranya budaya berkonteks tinggi atau rendah. Konsep budaya konteks tinggi atau rendah dilihat sebagai satu konsep berkontinum, dari rendah hingga tinggi. Teori Edward T. Hall dikatakan berpaksi pada konsep contexting. Konsep contexting merujuk kepada proses perseptual dan kognitif dalam mengambil atau memperhati maklumat yang tersirat yang wujud dalam persekitaran atau konteks komunikasi.

Budaya Konteks Rendah

Pengamal komunikasi berkonteks rendah mengutamakan komunikasi yang jelas, tepat, dan berterus terang. Pengamal komunikasi ini memaksudkan apa yang mereka katakan, dan menyatakan apa yang mereka maksudkan. Ciri-ciri negara yang mempunyai budaya konteks rendah adalah seperti berikut: -
  • Kurang menekankan kepada mesej bukan verbal.
  • Makna mesej adalah pada perkataan-perkataan dan bukannya pada mesej bukan verbal.
  • Maklumat bukan verbal yang diterima akan ditapis terlebih dahulu.
  • Mesej eksplisit iaitu mesej bersifat jelas, tepat dan bersifat khusus.
  • Komunikasi biasanya terus kepada point.
  • Komunikasi adalah cara untuk menyampaikan maklumat, idea dan pendapat.
  • Komunikasi pantas dan efisien.

Negara Pilihan

Antara negara dalam kategori mempunyai budaya konteks rendah ialah Amerikas Syarikat, Australia, Jerman, United Kingdom, dan Scandinavia. Dalam tugasan ini, saya memilih negara Amerika Syarikat bagi membincangkan tentang persediaan awal yang perlu saya lakukan sebelum mengambil keputusan untuk berkhidmat selama tiga tahun di negara berkenaan. Persediaan awal ini adalah perlu memandangkan budaya Amerika Syarikat adalah berbeza berbanding dengan budaya Malaysia. Perbezaan budaya ini meliputi segenap aspek kehidupan meliputi bidang bahasa dan komunikasi termasuklah pegangan hidup, kepercayaan, amalan kehidupan bermasyakarak, worldview, dan sebagainya.

PERSEDIAAN AWAL KE NEGARA BUDAYA KONTEKS RENDAH

Persediaan awal ke negara yang mempunyai budaya konteks rendah seperti Amerika Syarikat meliputi segenap aspek kehidupan diantaranya, mempelajari bahasa rasmi negara berkenaan bagi memudahkan urusan komunikasi, fahaman budaya berbeza tentang konsep waktu, ruang, cara berpakaian, makanan dan pemakanan, penghargaan dan pengiktirafan, menjalin hubungan sosial dalam masyarakat Amerika, nilai-nilai budaya serta pandangan tentang worldview termasuklah fahaman, ideologi, kepercayaan dan keagamaan. Meneliti dan memahami budaya bangsa lain akan dapat membantu mempermudahkan proses komunikasi dan pada masa yang sama mewujudkan toleransi, menerima, menghormati dan perkongsian nilai dalam sesebuah masyarakat yang berbeza. Hal ini juga akan dapat mengurangkan jurang atau gap dalam interaksi sosial di antara dua buah budaya berbeza seterusnya, dapat bekerjasama dalam konteks komunikasi silang budaya bagi mencapai matlamat organisasi perniagaan yang sama.

Bahasa dan Komunikasi

Bahasa adalah identiti dan budaya sesebuah negara. Terdapat kepelbagaian bahasa dari segi dialek, aksen dan loghat dalam sesebuah negara. Malaysia, menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan menjadi bahasa pertuturan seharian dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Bagi Amerika Syarikat pula, bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi dalam pertuturan seharian mereka. Oleh itu, perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran berbahasa khususnya dalam bahasa Inggeris bagi memudahkan proses komunikasi dalam perniagaan.

Konsep Waktu

Memahami pengertian waktu mengikut perspektif negara lain khususnya negara Amerika Syarikat. Pandangan tentang konsep waktu adalah berbeza mengikut budaya. Sesetengah budaya melihat waktu sebagai suatu komoditi yang perlu diurus dengan efisien dan objektif. Namun, ada juga budaya yang melihat konsep waktu secara relatif. Menurut Edward T. Hall terdapat lima dimensi waktu iaitu waktu untuk bertemu, waktu untuk berkunjung, waktu untuk berkenalan, waktu untuk berbicara dan jadual waktu serta tempoh waktu. Dari persepektif waktu, konsep waktu antara orang-orang Malaysia adalah berbeza dengan orang-orang Amerika Syarikat. Malaysia mengamalkan budaya polikronik, sedangkan Amerika lebih kepada amalan budaya monokratik.

Budaya Polikronik menjadi amalan rata-rata masyarakat Malaysia iaitu, orang-orang Malaysia boleh membuat banyak kerja dalam satu masa. Mudah diganggu oleh perkara-perkara yang tidak dijadualkan. Komited dengan waktu, kalau boleh, dan bukannya objektif yang hendak dicapai. Komited dalam menjaga hubungan dan persahabatan. Rancangan dan penjadualan boleh berubah bila-bila masa. Tidak menekankan ketepatan masa. Cenderung membina hubungan yang panjang. Ambil kesah tentang hubungan rapat seperti keluarga, kawan dan krooni serta mudah meminjam atau memberi pinjam harta benda.

Budaya Monokratik pula, rata-rata masyarakatnya membuat satu kerja pada satu masa. Fokus pada satu kerja pada satu masa. Serius dengan komitmen masa iaitu dari aspek penjadualan dan tarikh akhir. Komited pada kerja dan pada rancangan dan penjadualan. Ketepatan masa sangat diberatkan dan cenderung pada hubungan jangka pendek. Tidak mahu menganggu orang lain, akur pada peraturan dan hak peribadi serta tidak menganggu dan menceroboh hak milik persendirian.

Pakaian dan Cara Berpakaian

Setiap budaya mempunyai pakaian dan cara berpakaian yang berbeza. Pakaian dan cara berpakaian meliputi perhiasan luaran. Malaysia, terkenal dengan pakaian baju Melayu dan memakai batik untuk majlis sosial berbeza dengan masyakarakat Amerika yang terdedah dengan budaya fesyen gaya moden. Dalam urusan perniagaan, rata-rata masyarakat Amerika menggunakan kemeja, kot dan seluar panjang bagi lelaki dan kemeja, blous, seluar panjang atau skirt bagi wanita sebagai pakaian rasmi. Memahami cara berpakaian dan mengetahui tentang pakaian orang-orang Amerika akan menjadi titik tolak pada diri saya sendiri untuk tampil bergaya dan lebih berkeyakinan untuk berinteraksi dan berkomunikasi untuk tempoh perkhidmatan saya nanti selama tiga tahun di negara berkenaan. Saya perlu mengenakan pakaian bersesuaian dengan trend dan budaya Amerika pada masa yang sama tidak meninggalkan cara berpakaian orang-orang Malaysia agar tidak dilihat sebagai suatu yang ganjil sehingga menimbulkan ketidakselesaan sepanjang saya berinteraksi bersama mereka. Saya perlu menyesuaikan pakaian dari budaya masyakarat Amerika namun pada masa yang sama tidak melanggar cara berpakaian orang-orang Malaysia khususnya, masih menggunakan dan menggayakan fesyen terkini dan tetap mengutamakan cara berpakaian yang masih menutup aurat (cara berpakaian orang Islam).

Makanan dan kebiasaan makanan

Makanan dan kebiasaan makanan meliputi aspek cara memilih, menyiapkan, menyajikan, dan memakan makanan. Setiap makanan dan kebiasaan makanan adalah berbeza di antara satu budaya dengan budaya yang lain. Ianya juga dibataskan dengan fahaman dan kepercayaan keagamaan. Masyarakat Malaysia, majoriti beragama Islam memandang berat tentang aspek makanan halal dan haram. Cara makan juga adalah berbeza antara satu budaya dengan budaya yang lain. Dalam konteks komunikasi dan interaksi silang budaya, saya perlu mengetahui makanan yang menjadi kebiasaan orang-orang Amerika. Tujuannya, agar saya tetap mengamalkan dan mengambil makanan halal dan pada masa yang sama menghormati makanan dan cara pemakanan budaya lain. Dalam interaksi komunikasi perniagaan, khususnya di negara Amerika semestinya saya terdedah kepada makanan dan minuman yang pelbagai. Contohnya, arak menjadi suatu hidangan biasa di majlis makan malam rakan niaga di Amerika sedangkan minuman arak adalah dilarang dalam agama Islam.

Penghargaan dan Pengiktirafan

Meneliti cara dan kaedah memberi penghargaan dan pengiktirafan bagi perlakuan baik dan berani, penyelesaian dan penyempurnaan tugasan dengan cemerlang, kesetiaan, komitmen dan sebagainya. Dalam dunia perniagaan, bentuk ganjaran atau penghargaan adalah berbeza mengikut budaya berbeza. Sesetengah budaya mengamalkan jamuan makan malam, pemberian hadiah, atau kedua-duanya sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan bakti dalam sesebuah organisasi. Bagi sesetengah budaya pula, pemberian hadiah atau seumpamanya dianggap sebagai rasuah.

Hubungan-Hubungan

Dalam konteks budaya, hubungan antara manusia turut diatur berdasarkan kepada umur, jantina, status, kekeluargaan, kekuasaan dan kebijaksanaan. Bagi budaya Malaysia, cara melayan dan dilayan bergantung kepada kedudukan sosial. Contohnya, sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua, orang tua diberi peluang untuk bercakap terlebih dahulu. Begitu juga dengan panggilan hormat atau sistem sapaan bagi masyarakat Melayu. Panggilan hormat digunakan sesuai dengan pertalian hubungan antara manusia. Contoh lain, bagi negara yang mempunyai budaya konteks rendah, hubungan anak dan ibu bapa bersifat lebih horizontal. Anak apabila telah mencapai tahap dewasa, bebas dalam pergaulan sosial dan ada autoriti sendiri. Bagi budaya Malaysia pula, hubungan anak dan ibu bapa lebih bersifat vertical iaitu, anak akan mendapatkan restu dan pendapat daripada ibu bapa tentang sesuatu perkara walaupun anak telah mendirikan rumah tangga dan boleh membuat keputusan sendiri.

Penggunaan Ruang

Penggunaan ruang juga akan menentukan hierarki sosial. Penggunaan ruang adalah berbeza dalam konteks antara budaya Malaysia dan Amerika. Ada budaya cenderung berinteraksi dalam jarak yang rapat walaupun kurang mengenali antara satu sama lain. Sesetengah budaya pula, beranggapan bahawa jarak yang dekat adalah tidak disenangi dan dianggap sebagai pelanggaran ruang peribadi.

Proses Mental dan Belajar

Dari segi proses mental dan belajar, ada budaya menekankan aspek pemikiran berstruktur, bersistematik dan logik dan tidak mempercayai tentang perkara-perkara ghaib serta melihat dan meneliti suatu perkara secara objektif. Ada budaya pula cenderung menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Kecenderungan ini lazimnya akan mempengaruhi proses komunikasi.

Nilai-Nilai budaya

Nilai-nilai budaya bersifat normatif iaitu suatu nilai yang menjadi rujukan anggota budaya tentang apa yang baik dan buruk, benar dan salah, hakikat dan palsu, positif dan negatif dan seumpamanya. Nilai-nilai budaya akan menentukan bagaimana seseorang harus berjuang untuk apa, apa yang perlu dilindungi, apa yang menakutkan dan ditakuti, perkara yang perlu dipelajari, dicontohi, diamalkan, dihindari dan sebagainya. Nilai-nilai budaya orang Malaysia lebih bersifat ketimuran, berbanding dengan nilai-nilai budaya orang Amerika lebih bersifat kebaratan dan terbuka.

Padangan Alam Semesta (Worldview)

Pandangan alam semesta berkaitan dengan orientasi suatu budaya terhadap hal-hal seperti ketuhanan, kemanusiaan, alam sekitar, dan masalah-masalah filosofi tentang maksud makhluk. Budaya rakyat Malaysia majoriti beragama Islam mempunyai pandangan berbeza dengan pandangan hidup orang-orang Amerika, majoriti beragama Kristian. Pandangan worldview antara budaya berbeza sangat mempengaruhi komunikasi antara budaya. Mengetahui tentang pandangan orang lain atau budaya lain, sekaligus memberi kefahaman tentang tindakan dan cara berfikir berbeza.

KESIMPULAN

Komunikasi adalah pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau sebaliknya melalui simbol atau isyarat bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Terdapat empat matlamat komunikasi perniagaan, iaitu memberi kefahaman pada penerima, memastikan penerima memberi tindak balas positif, membentuk perhubungan positif antara penyampai dan penerima, serta membina perasaan muhibah antara penerima dan organisasi. Dalam aspek perniagaan, komunikasi melibatkan interaksi dan komunikasi budaya berbeza. Kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai budaya membawa bersamanya sekumpulan pekerja yang berbeza. Komunikasi silang budaya mempunyai tiga dimensi iaitu identifikasi kelompok budaya, konteks interaksi dan saluran komunikasi. Dalam konteks komunikasi silang budaya, perlu ada kesedaran terhadap budaya negara lain, tujuannya agar perkongsian nilai, interaksi dan komunikasi menjadi lebih mudah dan pada masa yang sama matlamat organisasi berasaskan perniagaan tercapai. Terdapat tiga trend masa kini yang menjadikan komunikasi silang budaya menjadi penting diantaranya globalisasi pasaran, pengangkutan canggih dan kemajuan teknologi serta tenaga kerja pelbagai budaya.

Pengetahuan tentang komunikasi silang budaya banyak membantu dalam mencapai matlamat khususnya dalam konteks komunikasi perniagaan yang merentasi komunikasi silang budaya. Mempelajari komunikasi silang budaya amat penting agar kita dapat menyedari tentang bias budaya sendiri, lebih peka terhadap budaya, memperoleh kapasiti untuk terlibat dengan anggota budaya lain bagi memupuk hubungan harmoni. Memberi pemahaman lebih besar ke atas budaya sendiri. Memperluas dan memberi pengalaman kepada seseorang. Mempelajari keterampilan komunikasi sehingga membuatkan seseorang itu mampu menerima gaya dan isi komunikasi. Membantu memahami budaya sebagai suatu yang menghasilkan dan memelihara wacana dan makna bagi para anggotanya. Membantu memahami kontak antara budaya sebagai suatu cara memperoleh pandangan ke dalam budaya sendiri. Membantu memahami model-model, konsep-konsep dan aplikasi-aplikasi bidang komunikasi antara budaya. Membantu menyedari bahawa sistem-sistem nilai yang berbeza dapat dipelajari secara sistematik, dibandingkan dan difahami. Kebolehan dan kemampuan berinteraksi dalam konteks silang budaya merupakan suatu kelebihan dan menjadikan seseorang itu istimewa dan boleh bekerja walaupun dalam kelompok budaya bangsa lain. 

Psikolinguistik dan Faktor Merangsang Pemerolehan Bahasa Pertama

KES

1. Victor, budak liar dari Aveyron 
2. Helen, budak perempuan yang pekak dan bisu

PENGENALAN

Pemerolehan bahasa pertama adalah salah satu bidang kajian dalam Psikolinguistik. Dari segi istilah, psikolinguistik terdiri daripada dua disiplin ilmu iaitu psikologi dan linguistik yang mengkaji tentang bahasa dengan cara dan tujuan berbeza. Psikologi merupakan bidang ilmu yang mengkaji tentang dua perkara iaitu sesuatu yang berkaitan dengan tingkah laku manusia. Linguistik merupakan suatu ilmu mengkaji tentang aspek-aspek bahasa secara empirikal iaitu kajian yang dilakukan secara sistematik. Aspek utama kajian psikolinguistik ialah pemerolehan bahasa. Psikolinguistik mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkahlaku bahasa dan akal budi manusia. Psikolinguistik merupakan kajian tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Salah satu aspek kajian dalam psikolinguistik ialah aspek pemerolehan bahasa pertama. Terdapat pelbagai faktor yang merangsang pemerolehan bahasa diantaranya persekitaran, sosial, psikologi, pendedahan bahasa, dan motivasi. Elemen-elemen tentang bidang kajian psikolinguistik, definisi konsep dan faktor-faktor yang merangsang pemerolehan bahasa pertama turut dibincangkan dalam tugasaan ini. 

DEFINISI KONSEP

Psikologi

Psikologi merupakan disiplin ilmu yang mengkaji tentang otak, perasaan, pemikiran, pengamatan dan penaakulan.

Linguistik

Linguistik pula adalah disiplin ilmu yang mengkaji tentang bahasa secara sistematik.

Psikolinguistik

Psikolinguistik gabungan dua disiplin ilmu yang sama tetapi mempunyai cara dan tujuan berlainan di antara satu sama lain. Psikolinguistik lmengkaji bagaimana otak manusia dapat memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan serta ayat-ayat yang tidak terhad. Perbezaan di antara dua disiplin ilmu ini dapat dilihat dalam kajian pemerolehan bahasa pertama. 

Beberapa definisi psikolinguistik adalah seperti berikut: -
  • Menurut Zulkifley Hamid (2006), psikollinguistik adalah banyak menumpukan kajian terhadap mekanisme-mekanisme mental khusus berkaitan dengan peranan dan operasi mental semasa manusia berbahasa.
  • Menurut Aitchison (1987), psikolinguistik didefinisikan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi. Bidang psikolinguistik menyelidiki apa yang berlaku dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. Aitchison membahagikan bidang psikologi kepada beberapa topik utama iaitu aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa pertama, aspek-aspek tentang proses pemahaman input-input bahasa dan aspek-aspek berkaitan dengan ingatan dan penyimpanan maklumat bahasa atau pengetahuan bahasa.
  • Menurut Garnham (1985), psikolinguistik merupakan kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini adalah disiplin saintifik yang matlamatnya adalah suatu teori yang sepadu tentang cara bahasa dikendalikan dan difahami.

TUJUAN KAJIAN PSIKOLINGUISTIK

Tujuan kajian psikolingustik dilihat dalam kajian bahasa mengikut dua disiplin iaitu psikologi dan linguistik.

Tujuan Kajian Bahasa Sudut Psikologi
  • Mengkaji proses-proses akal dengan cara kaji diri atau introspeksi iaitu dengan cara melihat ke dalam diri selepas satu rangsangan berlaku.
  • Mengkaji perilaku manusia yang terdiri daripada gerakan-gerakan otot yang berlaku apabila sesuatu rangsangan terjadi, bagaimana mengawasi dan mengawal perilaku serta mengkaji peristiwa-peristiwa yang diamati, yang sebenarnya nyata atau kelakuan.
  • Mengkaji proses-proses kognitif. Proses-proses kognitif ialah proses-proses akal yang bertanggungjawab mengatur pengalaman dan perilaku manusia. Kajian tertumpu kepada bagaimana caranya manusia memperoleh, mentafsirkan, mengatur, menyimpan, mengeluarkan dan menggunakan pengetahuannya serta perkembangan dan penggunaan pengetahuan bahasa.

Tujuan Kajian Bahasa Sudut Linguistik
  • Mengkaji tentang hubungan bahasa dengan pemikiran manusia. Kajian perbandingan antara tata bahasa bahasa yang berlainan dan tabiat bangsa-bangsa penutur bahasa berkenaan.
  • Menerangkan tentang apa itu bahasa, melibatkan tiga unsur perlaku berbahasa iaitu bertutur, bahasa dan ucapan.
  • Menerangkan tentang perilaku bertutur sebagai satu rantai perhubungan antara dua dan lebih penutur serta pendengar.
  • Mengkaji perubahan-perubahan yang berlaku dalam sesebuah bahasa atau keluarga bahasa.
  • Menerangkan tentang bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat.
  • Menerangkan tentang ciri-ciri bahasa dan tempatnya bahasa di dunia dari aspek fungsi sosial, bagaimana ia diperoleh, bagaimana ia dihasilkan dan dikesan. 

Tujuan Kajian Psikolinguistik

Berdasarkan kepada tujuan kajian bahasa dari sudut psikologi dan linguistik, didapati bahawasa tujuan kajian psikolinguistik adalah mengkaji faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperolehi, menggunakan, dan memahami bahasa. Meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat tata bahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tata bahasa, serta proses-proses membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MERANGSANG PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran merangsang kepada pemerolehan bahasa pertama. Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak lebih tertumpu kepada fungsi komunikasi berbanding bentuk bahasa yang digunakan. Kanak-kanak dikatakan memperoleh sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara formal yang mungkin diperoleh daripada bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakatnya. Dikatakan bahawa kanak-kanak dari lahir lagi telah dibekalkan dengan peranti bahasa atau LAD (Language Acquisition Device). LAD membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa dengan mudah.

Faktor Psikologi

Dari aspek psikologi, pemerolehan bahasa pertama terjadi apabila kanak-kanak yang pada mulanya tidak mempunyai bahasa tetapi kini telah memperoleh satu bahasa. Antara keunikan yang ada pada manusia dapat diperhatikan pada kebolehan kanak-kanak ketika memperoleh bahasa pertama. Bahasa pertama yang dimaksudkan adalah kebolehan kanak-kanak untuk memperoleh ujaran demi ujaran sehingga lahirnya sintaksis yang bermakna sama ada bagi diri sendiri atau orang lain.

Faktor Sosial

Dari aspek sosial, pemerolehan bahasa pertama berkait rapat dengan perkembangan sosial anak iaitu pembentukan identiti sosial. Pembentukan identiti sosial bertujuan agar anak dapat menguasai bahasa pertama. Wujud juga faktor pendedahan bahasa melibatkan sistem perkembangan kognitif dan sistem sosial. Ada beberapa unsur penting yang berkaitan dengan perkembangan kognitif anak dan sistem sosial iaitu pemahaman tentang waktu, ruang, modalitas serta sebab akibat yang merupakan bahagian penting dalam perkembangan kognitif dan pendedahan bahasa untuk penguasaan bahasa ibu oleh seorang anak.

Faktor Motivasi

Faktor motivasi mempengaruhi pemerolehan bahasa pertama pada anak kerana pemerolehan bahasa dilakukan secara informal dengan motivasi yang sangat tinggi iaitu anak memerlukan bahasa pertama ini untuk dapat berkomunikasi dengan orang-orang yang ada di sekelilingnya. Manusia memiliki warisan biologi sejak lahir berupa kesanggupan untuk berkomunikasi dengan bahasa khusus manusia dan itu tidak ada hubungannya dengan kecerdasan atau pemikiran.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Semua anak dapat dikatakan mengikuti pola perkembangan bahasa yang sama iaitu lebih dahulu menguasai prinsip-prinsip pembahagian dan pola persepsi. Pemerolehan bahasa pertama berkait rapat dengan permulaan yang gradual yang muncul dari prestasi-prestasi motorik, sosial, dan kognitif pralinguistik.

Kemampuan berbahasa anak yang normal adalah sama dengan anak-anak yang tidak normal. Kemampuan berbahasa berkait rapat dengan anatomi dan fisiologi manusia seperti otak. Bahagian otak tertentu mendasari bahasa dan topografi korteks yang khusus untuk bahasa. Tingkat perkembangan bahasa anak sama bagi semua anak normal. Pertumbuhan dan perkembangan manusia memerlukan waktu yang lama dan panjang terdiri atas fasa-fasa yang memiliki ciri-ciri tersendiri.

Di antara fasa-fasa itu adalah fasa pertumbuhan awal. Tingkat pertumbuhan anak-anak merupakan fasa yang perlu mendapat perhatian karana ia merupakan antara perkara penting dalam bagi pertumbuhan dan perkembangan manusia selanjutnya. Corak dan kualiti sosialisasi dalam aspek fizikal, mental dan emosi amat penting diberi perhatian kerana ia mampu mempengaruhi corak pertumbuhan dan perkembangan seseorang. Salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan adalah pemerolehan bahasa.

Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme berkaitan dengan bahasa pertama. Tokoh-tokoh Teori Behaviorisme ialah Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Mengikut Teori ini, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga menjadi semakin kebiasaan. Teori Behaviorisme berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang kanak-kanak. Pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan banyak. Ini kerana penguasaan bahasa adalah satu proses tingkahlaku yang tidak memerlukan daya mental.

Kemahiran bahasa diperolehi melalui pembentukkan suatu yang menjadi kebiasaan dan penguasaan kemahiran psikomotor seperti berlari, melompat dan sebagainya. Bahasa merupakan suatu tingkahlaku yang sama dengan tingkahlaku lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Tingkahlaku bahasa wujud ketika ucapan terzahir daripada mulut dan ucapan itu diterima serta difahami oleh pendengar dan sebaliknya. Selain itu, teori ini menekankan tentang aspek lisan. Menurut Bloomfield, bahasa adalah sejumlah isyarat sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur bunyi (linguistik).

Mengikut teori ini juga, pembelajaran adalah pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang perlu diberi sekiranya seseorang pelajar memberi gerak balas yang betul. Teori ini menekankan aspek huraian bahasa secara deskriptif atau struktural. Menurut Fries, pertuturan adalah bahasa, tulisan juga bahasa tetapi sebagai kedua.

Teori Kognitif / Mentalis

Teori Kognitif berkaitan dengan bahasa pertama. Tokoh-tokoh teori ini ialah Noam Chomsky, Miller, Katz dan Lakoff. Menurut teori kognitif, manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa. Kanak-kanak mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang diperolehi dengan syarat kanak-kanak terdedah kepada penggunaan bahasa tersebut. Selain itu, wujud jangkamasa tertentu yang merupakan masa subur untuk bahasa berkembang dan sebaliknya.

Teori kognitif mengambil sudut pandangan Jean Piaget yang mengatakan bahawa otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari banyak perkara. Proses pembelajaran adalah proses mental. Menurut N. Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan kecekapan semulajadi untuk menguasai bahasa sehingga tahap peringkat kematangan tertentu. Setiap tahap kematangan kanak-kanak akan terbentuk hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli masyarakatnya. Pembetulan kesalahan oleh ahli dalam masyarakat, memperkukuhkan rumus-rumus bahasa yang tersimpan dalam otak.

Menurut Lenneberg pula, kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutup pada peringkat umur yang sama. Dalam konteks ini, perkembangan dan kebolehan berbahasa adalah terjadual secara biologi. Apabila sampai masanya kanak-kanak tertarik kepada bunyi-bunyian yang didengarnya dan dia dapat menajamkan pancainderanya. Oleh itu, kanak-kanak berupaya memahami dan memilih bunyi-bunyi yang penting dan mengetepikan yang lain.

KESIMPULAN

Psikolinguistik adalah kajian tentang bahasa dan akal budi. Bidang psikolinguistik membuat penyelidikan tentang apa yang berlaku dalam fikiran atau akal budi manusia iaitu apa yang berlaku apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. Psikolinguistik merupakan disiplin ilmu yang mengkaji apa yang dikaji oleh psikologi dan linguistik. Psikolinguistik juga memberi tumpuan terhadap mekanisme-mekanisme mental khususnya peranan dan operasi mental ketika manusia berbahasa. Psikolinguistik melibatkan kajian ke atas pemerolehan bahasa pertama. Pemerolehan bahasa pertama dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor persekitaran, sosial, psikologi, pendedahan bahasa dan motivasi.

Faktor-faktor pemerolehan bahasa ini menjadi kata kunci kepada pemerolehan bahasa oleh Victor dan Hellen. Victor dikenali sebagai Wild Boy of Aveyron” ternyata gagal untuk berbicara seperti manusia biasa. Kemudian, budak laki-laki ini dididik oleh ahli-ahli lain iaitu Jean-Marc-Gaspard Itard, didikan ini telah mengubah pola laku kehidupan victor tetapi tetap sahaja tidak dapat berbahasa. Dalam kes ini, individu dikatakan memperoleh sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara formal yang mungkin diperoleh daripada bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakatnya.

Begitu juga dalam kes Hellen. Hellen Keller walaupun buta, pekak dan bisu dari usia 2 tahun telah berjaya menjadi seorang sarjana graduan Radcliffe College. Dia juga telah banyak menulis buku-buku mengenai kehidupan, bagaimana membantu orang-orang buta, pandangan politik dan sebagainya. Dalam jangka usianya, dia telah memanfaatkannya dengan menjalankan tanggung jawab sosial. Termasuklah mengelilingi dunia, memberikan ceramah kepada umum mengenai pengalaman, pandangan serta kepercayaannya. Ceramah-ceramahnya diterjemahkan terus ayat demi ayat oleh gurunya, Anne Sullivian dari bahasa isyarat yang digunakan oleh Hellen Keller, kepada bahasa pertuturan biasa yang difahami umum.

Pemerolehan bahasa Helen disebabkan oleh faktor persekitaran, sosial, psikologi, pendedahan bahasa dan motivasi. Pemerolehan bahasa Hellen adalah suatu situasi yang mana kanak-kanak memperolehi bahasa yang digunakan oleh masyarakat persekitaran secara menyerap tanpa dipelajari atau dipaksa. Umumnya, manusia dikatakan mempunyai atau dibekalkan dengan ‘alat pemprosesan bahasa’ (language acquisation devices atau LAD) semenjak lahir yang membolehkannya memperoleh dan menguasai bahasa dengan mudah dan cepat.

Penggunaan Elemen Bukan Lisan dalam Iklan TV memaparkan Simbol Islam


PERSOALAN


Komunikasi Kumpulan Kecil
Penggunaan elemen bukan lisan dalam iklan memaparkan simbol Islam. Bincangkan dan bagaimana elemen ini mampu mempengaruhi pengguna.

PENDAHULUAN

Komunikasi merupakan suatu perkongsian makna, proses atau perlakuan komunikasi, proses memberikan tindakan terhadap sebarang maklumat dan mesej sebenar atau mesej yang dihantar atau diterima. Komunikasi merupakan interaksi sama ada berbentuk pernyataan manusia, baik berupa pernyataan antara orang perseorangan, masyarakat dan kelompok serta komunikasi massa. Komunikasi merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia untuk saling berkongsi nilai dalam masyarakat. Terdapat empat unsur asas dalam komunikasi iaitu sumber, penerima, mesej dan ada saluran. Umumnya, komunikasi dibahagikan kepada dua klasifikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi secara tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Komunikasi lisan terbahagi kepada tiga iaitu sintatik, semantik dan pragmatik. Sintatik komunikasi dibentuk oleh perhubungan di antara perkataan. Semantik ialah hubungan di antara perkataan dengan objek yang diwakili oleh perkataan. Pragmatik pula perhubungan di antara perkataan dan tingkahlaku. Tugasan ini cuba membincangkan penggunaan elemen bukan lisan dalam iklan yang memaparkan simbol Islam. Tumpuan perbincangan lebih kepada penggunaan elemen bukan lisan dan bagaimana elemen ini mempengaruhi pengguna.

DEFINISI KONSEP

Terdapat tiga konsep penting dalam perbincangan tugasan ini iaitu komunikasi, komunikasi bukan lisan dan iklan.

Komunikasi

Menurut Ahmad Mulyana (2008), terdapat 15 kategori komponen konsepsual komunikasi yang didasarkan kepada 126 definisi komunikasi oleh Frank E.X.Dance seperti berikut: -

  1. Simbol / Verbal / Ujaran: Komunikasi adalah pertukaran pikiran atau gagasan secara verbal.
  2. Pengertian / Pemahaman: Komunikasi merupakan proses yang dinamis dan secara konstan berubah sesuai dengan situasi yang berlaku. 
  3. Interaksi / Hubungan / Proses Sosial: Tanpa komunikasi tidak akan terjadi interaksi.
  4. Pengurangan Rasa Ketidakpastian: Komunikasi timbul di dorong oleh kebutuhan untuk mengurangi ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego.
  5. Proses: Komunikasi adalah proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian dan sebagainya melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka dan lain-lain.
  6. Pengalihan / Penyampaian / Pertukaran: Penggunaan kata komunikasi merujuk pada pengalihan dari suatu benda atau orang ke benda atau orang lain menjadi bermakna.
  7. Menghubungkan / Menggabungkan: Komunikasi adalah proses yang menghubung satu bahagian kehidupan dengan bahagian lainnya.
  8. Kebersamaan: Komunikasi adalah proses yang membuat sesuatu yang semula dimiliki seseorang menjadi milik dua orang atau lebih.
  9. Saluran / Jalur / Alat: Komunikasi adalah alat pengirim pesanan.
  10. Replikasi Memori: Komunikasi adalah proses mengarahkan perhatian dengan menggugah ingatan.
  11. Tanggapan Diskriminatif: Komunikasi adalah tanggapan pilihan atau terarah pada suatu stimulus.
  12. Stimulus: Setiap tindakan komunikasi di pandang sebagai penyampaian informasi yang berisikan stimuli diskriminatif daripada suatu sumber terhadap penerima.
  13. Tujuan / Kesengajaan: Komunikasi pada dasarnya adalah penyampaian pesanan yang di sengaja dari sumber terhadap penerima dengan tujuan mempengaruhi tingkah laku khalayak.
  14. Waktu / Situasi: Komunikasi merupakan suatu transisi dari suatu struktur keseluruhan situasi atau waktu sesuai pola yang diinginkan.
  15. Kekuasaan / Kekuatan: Komunikasi adalah suatu mekanisme yang menimbulkan kekuatan atau kekuasaan.

Komunikasi Bukan Lisan

Konsep komunikasi bukan lisan dalam kumpulan kecil seperti berikut: -
  • Manusia lebih banyak berkomunikasi secara bukan lisaan (70 hingga 80 peratus).
  • Mesej bukan lisan lebih dipercayai daripada mesej lisaan.
  • Perasaan lebih berkesan disampaikan secara bukan lisan.


Kategori komunikasi bukan lisan dikategorikan kepada 3 dikatakan menurut Mehrabian (1972) seperti berikut: -
  • Kecenderungan: keinginan atau minat mahu berinteraksi atau tidak (posisi tubuh, kontak mata dan sentuhan).
  • Kemujaraban: Perilaku menyatakan kuasa dan status yang dimiliki.
  • Keterlibatan: Gerak geri mengambil bahagian dalam interaksi (semangat untuk berbual melalui intonasi suara).

Dikatakan Ruesch and Kees dalam Knapp (1972), membahagikan komunikasi bukan lisan kepada 5 kategori seperti berikut: -
  • Isyarat tentang ruang dan waktu.
  • Isyarat tentang pergerakan tangan.
  • Isyarat tentang air muka.
  • Isyarat tentang nada suara.
  • Isyarat pakaian.

IKLAN TV PILIHAN
  1. Iklan Wuduk Sempurna Astro 106 Oasis.
  2. Iklan Animasi Ajar Jerit TV3.
  3. Iklan Ulang Tahun Ke-30 Bank Islam.

PENGGUNAAN ELEMEN BUKAN LISAN DALAM IKLAN
Komunikasi bukan verbal amat penting diberi perhatian lebih dalam konteks sistem kerana ia mampu membantu dalam interaksi sosial dan mengendalikan hubungan melalui fungsinya sebagai penyalur perasaan. Semua perlakuan bukan verbal mempunyai nilai komunikasi, mempunyai fungsi sosial, terikat dengan budaya, mempunyai banyak saluran mesej dan dilakukan secara tidak disedari atau tidak disengajakan serta lebih berpengaruh berbanding komunikasi verbal. Jenis-jenis komunikasi bukan verbal terdiri daripada orientasi tubuh, postur tubuh, gerak geri anggota tubuh, muka dan mata, sentuhan, suara, jarak intim, jarak sosial, jarak publik, perlakuan sempadan, sifat kewilayahan, penggunaan masa, tarikan fizikal, pakaian dan persekitaran fizikal.

Tujuan komunikasi bukan lisan seperti yang terkandung dalam iklan TV tentang Wuduk Sempurna Astro Oasis, Animasi Ajar Jerit dan Ulang Tahun Ke-30 Bank Islam adalah seperti berikut: -

  • Memberitahu atau menunjukkan sikap.
  • Memberitahu atau menyembunyikan perasaan.
  • Menyokong komunikasi lisan.
  • Memberi maklum balas.
  • Memberitahu giliran bercakap.
  • Membentuk keserasian.
Perlakuan bukan verbal boleh dikategorikan dalam kod-kod tertentu seperti emblem, ilustrator dan pameran perasaan. Emblem adalah perlakuan yang mempunyai makna spesifik yang boleh difahami oleh semua orang. Emblem adalah perlakuan bukan verbal yang dilakukan dalam keadaan sedar dan mempunyai makna kepada ahli-ahli kumpulan tertentu. Ilustrator pula ialah perlakuan yang mengiringi mesej verbal dan memberi makna kepada mesej tersebut. Ilustator adalah suatu perlakuan tanpa disedari dan tidak mempunyai sebarang makna yang specifik. Pameran perasaan pula adalah manifestasi emosi. Komunikasi bukan verbal berfungsi sebagai penggantian, saling melengkapi, percanggahan, pengulangan dan pengawalan. Komunikasi bukan verbal merupakan mesej yang diluahkan sama ada dengan suara atau tanpa suara iaitu bahasa tubuh (body language).

PENGARUH ELEMEN BUKAN LISAN TERHADAP PENGGUNA

Iklan disampaikan dengan pelbagai kaedah diantaranya penggunaan kombinasi lisan dan bukan lisan. Iklan secara lisan menerangkan secara terus tentang objektif dan matlamat iklan namun sokongan elemen bukan lisan melalui perbuatan, pergerakan tubuh, dan sebagainya menjadi pengukuhan kepada suatu mesej yang hendak disampaikan. Di dalam tiga iklan yang menjadi pilihan dalam tugasan ini didapati iklan memberi impak dan pengaruh kepada pengguna secara amnya khususnya masyarakat Islam di negara ini.

Iklan Wuduk Sempurna, memberi panduan kepada pengguna cara mengambil wuduk yang betul. Iklan ini banyak menggunakan elemen bukan lisan iaitu perlakuan secara terus melalui gambaran visual seseorang mengambil wuduk. Iklan ini diberi pengukuhan dengan adanya penggunaan potongan ayat-ayat penuh hikmah dan diiringi dengan latar suara yang mampu menarik minat pengguna. Dalam iklan animasi Ajar Jerit pula, wujud unsur Islam melalui amalan mencegah jenayah. Pengguna di ajar untuk menjerit apabila berhadapan dengan situasi konflik bersama orang yang tidak dikenali. Pengguna juga di ajar agar tidak menerima sebarang pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Iklan Ulang Tahun Ke-30 Bank Islam pula memaparkan tentang elemen Islam dalam iklam melalui aktiviti-aktiviti ketuhanan seperti berwuduk dan menunaikan sembahyang serta amalan gaya hidup harmoni.

PERBINCANGAN

Menurut Mohd Nasran Mohamad (2009), rancangan-rancangan televisyen yang berbentuk seperti berita, hal ehwal semasa, rancangan berbentuk ilmu pengetahuan, agama dan juga hiburan dan kesenian yang selari dengan syariat Islam dikategorikan sebagai siaran yang membawa kepada kebaikan. Dalam hal ini, Dr. Muhyiddin Abdul Halim (1984) dalam Mohd Nasran Mohamad (2009), menegaskan media Islam berperanan untuk menggalas tanggugjawab dan matlamat berikut: -
  • Memantapkan media massa ummah dengan memberi kefahaman hakikat agama Islam untuk melindungi masyarakat Islam dari segi kejahilan terhadap ajaran agama.
  • Membentuk suasana media massa yang sesuai dengan tuntutan agama, membentuk akhlak,khususnya golongan belia untuk melahirkan generasi yang beriman dan cintakan negara denganmengukuhkan asas kebenaran, kebaikan, keutamaan dan menerapkan nilai-nilai Islam.
  • Menentang pengaruh fahaman kebendaan yang menjadi budaya zaman moden kini yangmenguasai pemikiran serta mencorakkan tindak balas mereka terhadap pelbagai isu.
  • Memperbaiki interaksi dan komunikasi antara sesama manusia.
  • Memperkukuh kecenderungan dalam melaksana ibadat.
  • Membanteras keyakinan palsu dan salah faham yang tersebar di kalangan masyarakat denganmenonjolkan tafsiran keilmuan yang betul terhadap hakikat Islam.
  • Menggunakan konsep agama untuk meyakinkan masyarakat mengenai idea-idea baru dan isu-isusemasa yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
  • Menggunakan hakikat dan fakta-fakta keagamaan, membimbing media massa ummah secarayang tepat dengan cara mempengaruhi pemikiran dan hati budi mereka.Oleh itu, rancangan-rancangan televisyen yang berunsurkan kebaikan dan memberi manfaat kepadaummah adalah perlu diutamakan berbanding dengan rancangan televisyen yang membawa kepadakeburukan yang mengajak kepada hasutan, fitnah, mendedahkan aurat dan sebagainya yang tidak selari dengan hukum Islam.

KESIMPULAN


Dunia pengiklanan cukup luas dan mencabar. Tidak dinafikan pengaruh negatif iklan kepada pengguna, namun terdapat kebaikan yang diperoleh pengguna di sebalik paparan iklan-iklan seperti yang dipaparkan dalam ruangan iklan TV seperti iklan Wuduk Sempurna, Iklan Animasi Ajar Jerit dan Ulang Tahun Ke-30 Bank Islam. Namun, kita perlu berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan daya kreativiti para pengiklan untuk menarik pelanggan khususnya untuk tujuan komersial.