Rajah 1: Laman Karyanet (Rujukan: http://www.karyanet.com)
Laman esastera.com ditubuhkan pada tahun 2002. Laman ini dikatakan menjadi lambang pencapaian terbaik dunia sastera berbahasa Melayu di alam siber. Laman esastera mempunyai keahlian seramai 1,400 orang termasuklah keahlian daripada negara-negara barat seperti Eropah, asia Barat, Australia, dan Amerika Syarikat. Laman esastera.com mempunyai 17 Komuniti sastera dan satu komuniti profil ahli-ahli dalam laman sesawang.
Setiap komuniti mengandungi tiga subkomuniti yang mempunyai ruangan forum untuk diskusi, ruangan galeri untuk menyiarkan gambar dan ruangan Papan Nota untuk interaksi tidak formal. Ruangan ‘Karya Pilihan untuk Administrator’ memaparkan karya-karya terbaik untuk perhatian pembaca. Ruangan-ruangan dalam esastera.com adalah seperti berikut: -
- Ruangan Penyair menyiarkan karya-karya sajak, ulasan sajak dan artikel. Contohnya, ruangan ‘sajen’ untuk sajak jenaka, cerita jenaka dan artikel. Ruangan ‘Haiku dan Tanka’ (puisi jepun versi bahasa Melayu). Contohnya, ‘aiku, Tanka dan Senyru’ memuatkan resensi buku, filem dan penulis yang dikenali. Ruangan ‘cerpenis’ pula menghimpunkan cerpen, cerita pendek, dan luahan rasa.
- Ruangan ‘Berita dan Bicara Sastera’ mengandungi berita sastera, bicara sastera dan wawancara bersama tetamu berkaitan dengan kegiatan dan aktiviti sastera yang dijalankan.
- Ruangan ‘Novelis’ memuatkan dua bentuk novel iaitu novel individu dan novel kongsi. Novel kongsi ditulis oleh ahli tetap secara bergilir-gilir untuk meneruskan kesinambungan cerita.
- Ruangan ‘Poets’ memuatkan puisi dalam Bahasa Inggeris, MAGPIE, dan NEOPIE.
- Ruangan ‘Profil’ adalah untuk profil penulis, wawancara, dan profil eksklusif.
- Ruangan ‘Akademi’ yang menyiarkan puisi, cereka, dan artikel atau ulasan.
- Ruangan ‘Dramatis’ yang memuatkan skrip drama, aktiviti dan maklumat mengenai drama.
- Ruangan ‘Lagu Puisi’ menyiarkan lagu puisi, puisi dan video, serta artikel dalam bentuk tiga dimensi.
- Ruangan ‘Madah’ mengandungi madah, madah cuplikan, dan madah jenaka.
- Ruangan ‘Pantun’ menghimpunkan sumbangan pantun, pemantun idola, dan ulasan.
- Ruangan ‘Sastera Sains’ terdiri daripada puisi sains, cereka sains, dan isu sains atau sastera.
- Ruangan ‘Sastera Tradisional’ memuatkan cerita rakyat, cerita kanak-kanak dan puisi tradisional.
- Ruangan ‘Teka-teki’ menyiarkan teka-teki, kuiz sastera, dan keputusan kuiz.
- Ruangan ‘Tunas Karya’ menghimpunkan puisi, cereka dan artikel yang dikhaskan kepada ahli yang berusia tidak melebihi 15 tahun.
Laman esastera.com merupakan e-majalah sastera yang paling besar. Mengikut kajian dikatakan bahawa E-majalah menangani semua genre sastera Melayu. Kepelbagaian genre dan komuniti yang ada membolehkan pengunjung berkarya dan menikmati karya secara bebas dan terbuka. Ini menjadikan laman sastera menarik untuk dikunjungi.
Selain itu, penulis-penulis baru dalam bidang kesusasteraan boleh menghasilkan terbitan sendiri sama ada dalam bentuk buku dan majalah mini. Kini, usaha terus dijalankan bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu bahawa karya-karya di internet layak menerima layanan yang sama seperti karya-karya bercetak. Usaha berkenaan amat bermakna dalam usaha memperkasakan Karyanet tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka, IGD Hitech Corporation Sendirian Berhad, dengan sokongan NITC Malaysia.
No comments:
Post a Comment