WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Saturday, August 6, 2011

Ramadan Ini_Siri 1


Kehadiran Ramadan begitu indah bila diiringi berita gembira tentang suatu kecemerlangan dalam menuntut ilmu semester 1 Master Pengurusan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah..Alhamdulillah dan syukur serta ucapan terima kasih tak terhingga kepada Allah taala atas kurniaanya, ibuku Jainab binti Kachil dan keluarga, para pensyarahku Dr Baharom, Dr Lay dan Dr Shukri serta rakan-rakan seperjuangan terutamanya Nor Hana Asra Rajibi dan Siti Megdalina Mohd Egoh Nabuat yang juga telah ku anggap seperti saudara ku..pada masa yang sama ku dapat anak buah perempuan baharu, Siti Aisyah Alya diberi nama terasa benar indahnya ramadan ini..

Ramadan ini ingin ku isi dengan sedaya upayaku di kala imanku sekadar senipis lapisan kulit bawang. Semoga amalanku diterima olehnya. Siapa la aku kan sekadar hamba sekerdil sebutir pasir di dasar lautan. Walaupun, niatku untuk mengindahkan ramadan ku ini setinggi gunung kinabalu. Harapanku agar Allah ya Rabb...menebalkan kesabaran dan ketabahanku dalam mengharungi cabaran dunia serta melorongkan kemudahan kepadaku agar dapat aku beramal di bulan yang mulia ini..

Dalam kegembiraanku berada di bulan ini turut terbias sedikit suatu sendu bila datangnya 4 Ogos, seolah-olah terbayang di layar mindaku kejadian tragis dalam keluargaku 4 Ogos 2005 yang lalu. Kesayanganku Ayahanda Haji Madyusa binti Haji Hasabullah kembali ke rahmatullah..semoga beliau diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat hidayah serta rahmat Allah taala.Sesungguhnya, kasih seorang bergelar ayah itu agung...terasa seolah-olah beliau masih ada mengisi kehidupanku dengan setiap gurau senda dan rajuknya...beliaulah ayah bersifat pelindung dan sahabat karibku...yang tak mampu lagi ku sentuh dahinya untuk ku kucup dan tak mampu lagi ku sentuh jarinya untuk ku sambut..sukar untuk ku melakarkan perasaanku saat ini..sendu yang sekian lama pergi namun masih segar menghadirkan diri..

Kisah Ramadan hari pertama hingga kelima, catatan ini menjadi coretanku di awal pagi selepas sahur Ramadan hari keenam.

Semoga Ramadan kali ini Allah taala lorongkan terus kepadaku hidayah, rahmat, perlindungan dan kasih sayangnya amin amin amin ya rabb... Takbir, Allah huakhbar Allah huakhbar Allah hu akhbar





No comments:

Post a Comment