WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Saturday, August 20, 2011

Ramadan_Siri 4

Magtemu gi kita mareom Ramadan Siri ke-4,

Elau elau magkale sidja aku ongka hari raya, bang aku magkale ongka tu ngentom sab aku ma emmaku arwah Haji Madyusa....takisa-kisa batinaan masi ia nia magtipun maka kami kamemon, nangis majalom ataiku, tapus mag kasi lasa...hap na bah bang masi nia emma ta bate a'a kamemon lu...

Amu-amu ku ma kaam kamemon, bang masi nia engo emma ta kalasahan ta, kasih lasa tu ma engo emma ta tu heka sadie sidja subai kita makan masiga la sogo heka,

* Bang nia kredit handphone be lu taliponan bi elau-elau da'a subai hammia, ngangai sab bang sehe ta, boy ta atau girl ta ta taliponan e'ta elau-elau kan

* Minsan nia sin sigala, subai sab buanan ta hulas sangsa ta, sin kita kandi

* Minsan engo emma ta mareoman banan danakanta, subai ni entoman e'ta...tibau ta sab maka balanjaanta, da'a kita asa madanakan ta sidja..mag tabang-tabang. Danakan ta embal ko kisah sogo manis bang nia sab panabangta

* Bang kam mangan hap-hap pagdaloahun bi maka sigala

* Bang hap pamakaian kita, subai sab hap pamakaian engo emma ta

* Bang kita palangan-langan, subai boata da'a tinambanan maluma

* Bang kam pindah ni luma heya, boahun bi...da'a pinasagaran dina dangdanganna

Nyangai bang soal makalum engo emma magkira kita maka saga danakanta, sedangkan engo emma ta makalum kita kamemon heka magdinakan embal du ngira..tapakalum kita kamemon, taga pangajji kita sampai nia ya hap hinangna

Pikilan-pikilan ta na banan danakan

Kasih lasa ma mato'a moa kita ni sulga

Salam Ramadhan and have a nice day

Friday, August 12, 2011

Ramadan_Siri 3

Detik menjelang 11 Ogos 2011_11:59pm


Lepas solat maghrib, bermulanya peralihan masa dalam bulan Islam dan ini maknanya hari ulangtahunku bermula saat ini.


Istimewa buat diriku sendiri...


Kuhadiahkan doa untuk dunia dan akhiratku diiringi oleh tiga kali bacaan surah Yaasin. Sejuta kesyukuran kupanjatkan kepada ilahi kerana mencipta seorang aku. Ya, Allah andai ada rahmat, berkat dan hidayah engkau takdirkan untukku kau lorongkanlah terus kepadaku Ya Allah, engkau murahkanlah rezki ku, dekatkan segala kebaikan kepadaku, jauhilah aku dari segala kebinasaan dan hasutan syaitan yang direjam dan sekutu-sekutunya ar-Rahman. Sesungguhnya ya-Rahim, aku bersyukur lahir dari benih arwah ayahku, Haji Madyusa Haji Hasabullah dan ibuku, Jainab Kachil. Aku bangga menjadi waris mereka.


Andai mampu ku ungkapkan segalanya, inginku sumbangkan jasa dan baktiku untuk kedua orang tuaku selagi hayatku masih ada. Semoga Allah az zawajalla meletakkan arwah ayahku dikalangan orang-orang yang beriman. Buat ibuku tercinta, sukar hendak ku lafazkan jutaan impianku untukmu. Andai mampu ku petik sang bulan inginku jadikannya cahaya menerangi malammu ibu. Andai mampu ku petik mentari inginku jadikannya penyeri di siang harimu ibu. Andai mampu ku petik bintang kejora inginku jadikan kilauannya menceriakan hidupmu ibu.


Ya Allah,

Rabbiqfirli waliwalidayya warham huma kama robbayani soqhiro

Rabbiqfirli waliwalidayya warham huma kama robbayani soqhiro

Rabbiqfirli waliwalidayya warham huma kama robbayani soqhiro


Alhamdulillah, ku masi mampu mengecapi usia sebegini dan masi diizinkan Allah untuk menghuni dunia fana ini. Ya Allah andai dunia ini mendatangkan kebaikan kepadaku maka panjangkanlah umurku. Ya Allah andai dunia ini membinasakan dunia dan akhiratku maka aku mohon kepada-Mu bantulah aku menjadi insan yang tetap pada Islam dan tetapkanlah Imanku ya Allah.


Ya Allah, bang nia pamasukudnu ma'aku maka buanin na aku, pamurahun ladjikiku, indamin gi aku halta kekayaan pilak dunia ya Allah, indamin gi aku kapandaian, talom akkal pikilan, maka beyaan na pain aku banan pagkahiku, palawakun aku kalatan, pasempokun aku kahapan ya Allah, ngamu to'ongan aku suhut safaat ni ka'a ya Allah ya ar-Rahman ya ar-Rahim, indamin gi aku kasihatan tubuh baran dan patahaun gi na umul ku..Pamurahunna aku urusanku ya Allah mareom pagiskulanku murah-murahan tapapuasku napain masterku ya Allah dengan cemerlang. Tapapuas kami napain ya Allah pangaji kami master dengan cemerlang ya Allah amin amin amin ya rabb.


Sekadar coretan Ramadan ku siri ke_3

Monday, August 8, 2011

Ramadan_Siri 2

Bertemu lagi di ruangan sepi ku ini,
entah mengapa malam ini kerisauan ku ada kalanya di tahap maksima..
semoga semua ini hanya ilusi ku dalam mainan tidur ku yang lena..
kerisauanku ada kalanya menganggu khusyuk dalam solat ku..
alahai hati..kenapa perlu gundah gulana sebegini..
semoga segalanya hanya suatu ilusi..
dan tiada yang perlu ku khuatirkan lagi..

Saturday, August 6, 2011

Ramadan Ini_Siri 1


Kehadiran Ramadan begitu indah bila diiringi berita gembira tentang suatu kecemerlangan dalam menuntut ilmu semester 1 Master Pengurusan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah..Alhamdulillah dan syukur serta ucapan terima kasih tak terhingga kepada Allah taala atas kurniaanya, ibuku Jainab binti Kachil dan keluarga, para pensyarahku Dr Baharom, Dr Lay dan Dr Shukri serta rakan-rakan seperjuangan terutamanya Nor Hana Asra Rajibi dan Siti Megdalina Mohd Egoh Nabuat yang juga telah ku anggap seperti saudara ku..pada masa yang sama ku dapat anak buah perempuan baharu, Siti Aisyah Alya diberi nama terasa benar indahnya ramadan ini..

Ramadan ini ingin ku isi dengan sedaya upayaku di kala imanku sekadar senipis lapisan kulit bawang. Semoga amalanku diterima olehnya. Siapa la aku kan sekadar hamba sekerdil sebutir pasir di dasar lautan. Walaupun, niatku untuk mengindahkan ramadan ku ini setinggi gunung kinabalu. Harapanku agar Allah ya Rabb...menebalkan kesabaran dan ketabahanku dalam mengharungi cabaran dunia serta melorongkan kemudahan kepadaku agar dapat aku beramal di bulan yang mulia ini..

Dalam kegembiraanku berada di bulan ini turut terbias sedikit suatu sendu bila datangnya 4 Ogos, seolah-olah terbayang di layar mindaku kejadian tragis dalam keluargaku 4 Ogos 2005 yang lalu. Kesayanganku Ayahanda Haji Madyusa binti Haji Hasabullah kembali ke rahmatullah..semoga beliau diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat hidayah serta rahmat Allah taala.Sesungguhnya, kasih seorang bergelar ayah itu agung...terasa seolah-olah beliau masih ada mengisi kehidupanku dengan setiap gurau senda dan rajuknya...beliaulah ayah bersifat pelindung dan sahabat karibku...yang tak mampu lagi ku sentuh dahinya untuk ku kucup dan tak mampu lagi ku sentuh jarinya untuk ku sambut..sukar untuk ku melakarkan perasaanku saat ini..sendu yang sekian lama pergi namun masih segar menghadirkan diri..

Kisah Ramadan hari pertama hingga kelima, catatan ini menjadi coretanku di awal pagi selepas sahur Ramadan hari keenam.

Semoga Ramadan kali ini Allah taala lorongkan terus kepadaku hidayah, rahmat, perlindungan dan kasih sayangnya amin amin amin ya rabb... Takbir, Allah huakhbar Allah huakhbar Allah hu akhbar