WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Tuesday, May 31, 2011

Tokoh Bahasa: Nuruddin Al-Raniri

Nuruddin Al-Raniri atau nama sebenarnya Nuruddin Muhammad b. Ali. Hasanji b. Muhammad Hamid al-Quraysyi al-Syafii al-Asyari al-Aydarusi al-Raniri. Beliau dipercayai anak kelahiran Aceh-Gujarat. Raniri dikatakan diambil sempena nama sebuah daerah dekat surat di Gujarat, India yang dikenali sebagai ‘Ranir’ yang merupakan sebuah pelabuhan terkenal di Pantai India Selatan pada ketika itu. Beliau dipercayai lahir pada akhir abad ke-16 namun tiada catatan sahih mengenai tarikh kelahiran beliau. Beliau juga dikenali sebagai Syeikh Nuruddin Ar-Raniri.

Mengikut catatan sejarah, beliau tinggal di Acheh pada tahun 1637 hingga 1644 masihi dan mempunyai hubungan rapat dengan sultan. Salah seorang bapa saudara beliau iaitu Muhammad Jilani al-Raniri turut mengajar di Acheh dalam ilmu fikah dan tasawwuf. Nuruddin al- Raniri telah diterima masuk ke dalam tarekat Rifaiyyah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Rifai yang meninggal dunia pada 578 Hijrah. Guru beliau yang terkenal ialah Abu Hafs Ahmad ibni ‘Abd Allah Ba Syayban, al-Tarimi al-Hadrami yang meninggal dunia pada 1066 Hijrah.

Selain itu, beliau turut mendapat ilmu daripada gurunya di Hadramaut. Tarekat Ri faiyyah ini kekal di Acheh sehingga abad ke-19. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh yang kuat menentang Fahaman Wujudiyyah. Beliau meninggal dunia di kampung halamannya pada 22 Zulhijah 1068 Hijrah bersamaan 21 September 1658 Masihi. Beliau terkenal sebagai seorang pengarang dan penulis aktif pada abad ke-17.

Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau meliputi pelbagai bidang ilmu seperti akidah, fikah, hadis, tasawuf, falsafah perbandingan agama, sejarah, sastera dan sebagainya. Beliau telah menghasilkan 30 buah hasil. Karya-karyanya yang terkenal ialah ‘Al-Sirat al-Mustaqim, Bustan al-Salatin fi Dhikir al-Awwalin wa al-Akhirin, Al-Tibyan fi Ma’rifat al-‘Adyan, Hidayat al-Imam bi Fadl al-Mannan dan Hidayat al-Imam bi Fadl al-Mannan.

Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dikatakan telah menghasilkan 30 buah hasil. Karya-karyanya yang terkenal ialah ‘Al-Sirat al-Mustaqim, Bustan al-Salatin fi Dhikir al-Awwalin wa al-Akhirin, Al-Tibyan fi Ma’rifat al-‘Adyan, Hidayat al-Imam bi Fadl al-Mannan dan Hidayat al-Imam bi Fadl al-Mannan seperti berikut: -

· Kitab ‘Al-Sirat al-Mustaqim:

o Kitab ini merupakan kitab terawal yang pernah ditulis Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu dan merupakan antara kitab fikah yang terawal yang pernah ditulis di Nusantara. Kitab ini mengandungi pelbagai hukum fikah berdasarkan mazhab Syafie dan terdiri daripada lapan bahagian yang meliputi hukum taharah iaitu bersuci, solat, puasa, zakat, haji, memburu, hukum korban, hukum halal dan haram dalam makanan dan lain-lain.

o Dipercayai bahawa beliau mula menulis kitab ini sebelum beliau menetap di Acheh sekitar tahun 1044 Hijrah bersamaan 1634 Masihi dan selesai pada tahun 1054 Hijrah bersamaan 1644 M.

o Kitab ini pernah dicetak di Makkah bersama kitab Sabil al-Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari pada tahun 1829 Masihi dan dianggap sebagai kitab fikah yang terawal dan tertua di Indonesia.
o Naskhah asal disimpan di Muzium Banda Acheh dan Perpustakaan Tanoh Abe, Aceh Besar 2 dan Manuskrip Melayu disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor rujukan MS 1102.

o Kitab ini pernah dibuat kajian untuk memenuhi syarat ijazah sarjana di Universiti Gajah Mada, Indonesia oleh R.S. Tjokrowinoto.

o Dianggap paling popular selepas kita Bustan al-Salatin dan pernah dicetak di Timur Tengah selain Indonesia dan Malaysia.

· Kitab Bustan al-Salatin fi Dhikir al-Awwalin wa al-Akhirin:

o Kitab ini merupakan kitab sejarah dan ketatanegaraan. Kitab terkenal yang pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu.

o Dikatakan bahawa kitab ini ditulis setelah beliau berada selama tujuh bulan di Acheh iaitu pada 7 Syawal 1047 Hijrah bersamaan 1637 Masihi atas permintaan Sultan Iskandar Thani. Kitab ini terdiri daripada tujuh bab dan setiap bab mempunyai beberapa fasal.

o Naskah lengkap kitab ini masih belum ditemui menyebabkan naskah kitab ini dicetak secara berasingan mengikut bab-bab tertentu seperti berikut:

§ Bab 1: Menceritakan kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Dicetak pada tahun 1311 Hijrah di Makkah bersama kitab Taj al-Muluk, karangan Haji Ismail Acheh dengan judul Bad Khalaq al-Samawat wa al-‘Ard.

§ Bab 2: Dialihbahasakan ke huruf Latin oleh T. Iskandar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Pengaruh kitab ini amat besar dan begitu meluas terutamanya terhadap kebudayaan dan kesusasteraan Melayu sehingga salinan sebahagian daripada kitab-kitab ini terdapat di seluruh Kepulauan Melayu. Dikatakan bahawa kitab Sejarah Melayu yang diterbitkan oleh W.A Shellabear diambil dari Bustan al-Salatin.

· Kitab Al-Tibyan fi Ma’rifat al-‘Adyan:

o Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu sebagai memenuhi permintaan Sultanah Safiyatuddin. Kandungan kitab ini tertumpu pada perbandingan agama dan penjelasan tentang kesesatan fahaman wujudiyyah dan terdiri daripada dua bab seperti berikut:-

§ Bab 1: Menyentuh tentang agama yang pernah muncul di dunia sejak Nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s.

§ Bab 2: Menyentuh tentang kemunculan mazhab-mazhab atau aliran-aliran fahaman oleh P. Voorhoeve dalam bukunya Twee Malesche Geshriften wan Nuruddin ar-Raniri. Sementara naskhah asal beliau masih tersimpan di pustaka peribadi Tengku Aman Jakfar di Acheh Tengah.

· Kitab Hidayat al-Imam bi Fadl al-Mannan:

o Kitab ini merupakan sebuah kitab tauhid yang diulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Kitab ini masih lagi dalam bentuk manuskrip dan masih tersimpan di Perpustakaan Tengku M. Junus Djamil. Kandungannya kitab ini berkisar pada persoalan iman, Islam, makrifat dan tauhid.

Karya-karya yang dihasilkan oleh Syeikh Nuruddin kebanyakannya menyentuh persoalan akidah dan tasawuf disebabkan oleh wujudnya senario atau masalah berkaitan dengan persoalan akidah dan tasawuf dialami oleh masyarakat Islam di Acheh, khususnya di Nusantara. Beliau juga cenderung terhadap beberapa tarekat seperti tarekat‘Aydarusiyyah. Beliau cuba mengemukakan doktrin ‘Asy’ariyyah untuk menangani persoalan akidah dan mengetengahkan tarekat ‘Aydrasusiyyah. Menurut pandangan beliau, hal ini adalah alternatif kepada tarekat atau ajaran yang menyesatkan.

Beliau menampakkan kecenderungan radikal beliau dan pendekatan yang tegas dalam menangani kedua-dua persoalan tersebut sama ada melalui tulisan atau lisan beliau. Ini selaras dengan keradikalan tarekat ‘Aydarusiyyah itu sendiri yang merupakan satu tarekat dan gerakan pembaharuan di India. ‘Aydarusiyyah menekankan keselarasan antara jalan mistik atau tasawuf dengan kepatuhan yang menyeluruh. Syeikh Nuruddin al-Raniri diberikan kedudukan dalam kerajaan sebagai seorang tokoh ulama dan dilantik sebagai mufti dalam kerajaan Acheh sebelum jawatan ini disandang oleh Syamsuddin al-Sumatrani tetapi telah meninggal dunia. Beliau aktif dalam menulis kitab-kitab bagi memerangi ajaran wujudiah yang bertapak kuat dalam kerajaan Acheh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani dan diterima baik oleh kerajaan Aceh.

Penjelasan mengenai falsafah fahaman wujudiah adalah perlu. Terdapat empat falsafah yang dapat disimpulkan yang mendasari fahaman wujudiah dan mendapat tentangan daripada al-Raniri iaitu kepercayaan bahawa Tuhan berada dalam kandungan, kepercayaan bahawa nyawa itu bukan khaliq dan bukan makhluk, kepercayaan bahawa al-Quran itu makhluk serta kepercayaan bahawa nyawa berasal daripada Tuhan dan akan kembali kepadanya. Falsafah pertama merupakan yang paling penting kerana merupakan masalah pokok fahaman tersebut. Wujud di kalangan sarjana yang mentakrifkan fahaman wujudiah sebagai suatu aliran fahaman yang menganggap alam semesta ini ialah sebahagian daripada Tuhan dan alam ini adalah manifestasi dari wujudnya Tuhan yang mutlak.

Inisiatif Syeikh Nuruddin al-Raniri telah membawa kepada pertemuan dengan para ulama di Acheh bagi membahaskan tentang ajaran wujudiah. Hasil daripada pertemuan itu dikeluarkan fatwa yang mengkafirkan mereka yang mengikut fahaman tersebut. Sebagai membanteras fahaman itu, beliau telah menganjurkan perdebatan seperti itu dihadiri oleh Sultan Iskandar Thani. Dalam perdebatan seperti itu, beliau cuba memperlihatkan dengan jelas tentang kesesatan ajaran wujudiah dan dimintanya pengikut ajaran tersebut supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Hasil karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri diringkaskan seperti berikut:-

· Siratul Mustagim
· Darul Faraid bisyarhil-Agaid
· Bustanus Salatin fi Zikril-auwahin Wal Akhirin
· Akhbar-akhirah fi Ahwali Yaumil-Qiamah
· Hidayatul-Habib fit-Targhib Wat-Tarhib
· Tibyan fi Ma’rifat al-Adyan
· Asrar al-Insan fi Ma’rifat ar-Ruh Wa’L-Rahman
· Laithaiful-Asraar
· Nubzatun fi Da’wadh-dhilli
· Hilludh-Dhilli
· Ma’unatul-Hayati li Ahlil-Mamati
· Jawahirul’ulum fi Kasyafil-Ma’lum
· Sifaul-Qulub
· ‘Umdatul-I’itqad
· Bad’u Khalqis-Samawati Wal Ardhi
· Hujjat as-Siddig li-Daf az-Zindiq
· Fathul-Mubin ‘alai-Mulhidin
· Al-Im’an fi Takfiri Man Qaala bi Khalkil-Quran
· Tanbihul-Awam fif Tahqiqil-Kalam fin-Nawaafil
· Syawarimus-Siddiq li-Qat’iz Zindiq
· Kaifiyatus-Salat
· Rahiqul-Muhammadiyah fi Thariqis-Sufiah
· Kisah Iskandar Zulkarnain

Mohamad Daud Mohamad. (1987). Tokoh-Tokoh Sastera Melayu Klasik. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka
Munir Ali (1989). Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik. Selangor. Flo Enterprise Sdn Bhd

1 comment:

  1. wah cik oly dah ada blog ye..tahniah..semoga dapat dimanfaatkan oleh semua student ye..nampak penuh dengan info untuk asigmet tu...pe pun selamat berblog..jom singgah blog hamba kalau senang ye...

    ReplyDelete