WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Wednesday, June 8, 2011

PERSONALITI REMAJA

Personaliti secara etimologi dalam bahasa Inggeris person dikatakan berasal daripada bahasa Latin persona yang bermaksud topeng muka. Personaliti merupakan ciri-ciri dinamik dan tersusun, dimiliki oleh seseorang yang secara unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku dalam pelbagai situasi.

Dua faktor yang mempengaruhi personaliti remaja iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Faktor baka dikaitkan dengan perkembangan biologi, kecerdasan dan bentuk tubuh yang diwarisi daripada gen ibu dan bapa. Faktor persekitaran meliputi sosialisasi daripada ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, pendidikan di sekolah, sosiobudaya, pemakanan, status sosial dan media massa.

Kecelaruan Personaliti Remaja

Terdapat beberapa kecelaruan yang melanda golongan remaja, diantaranya adalah seperti berikut: -

- Kecelaruan personaliti afektif
- Kecelaraun personaliti antisosial
- Kecelaruan personaliti obsesi
- Kecelaruan personaliti paranoid
- Kecelaruan personaliti histeria
- Kecelaruan personaliti skizoid
- Kecelaruan personaliti astenik
- Kecelaruan personaliti meletup
- Kecelaruan personaliti histronik
- Kecelaruan personaliti pinggiran
- Kecelaruan personaliti narsisistik

Personaliti Matang Remaja

- Bersifat terbuka
- Ingin memahami masalah orang lain
- Mempunyai akal yang rasional
- Mengasihani diri sendiri dan orang lain
- Menghormati orang lain
- Berhubung mesra dengan orang lain
- Mempunyai keyakinan diri
- Bersedia harungi cabaran dengan tabah
- Bersiap sedia mengatasi masalah diri
- Menerima kelemahan diri

No comments:

Post a Comment