WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Saturday, March 24, 2012

Teori Pemerolehan Bahasa Pertama_Psikolinguistik

Teori Pemerolehan Bahasa Pertama dapat dilihat dari aspek psikologi dan linguistik seperti berikut: -

Psikologi – Teori Behaviorisme

Teori yang berkaitan dengan bahasa pertama ialah Teori Behaviorisme.

Ahli bahasa mendominasi Teori Behaviorisme ialah Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks.

Prinsip terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa adalah seperti berikut: -
  • Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sebanyak mungkin kemahiran bahasa sehingga menjadi semakin kebiasaan. Teori Behaviorisme berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang kanak-kanak. Pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan banyak. Ini kerana penguasaan bahasa adalah satu proses tingkahlaku yang tidak memerlukan daya mental.
  • Kemahiran bahasa diperolehi melalui pembentukkan suatu yang menjadi kebiasaan dan penguasaan kemahiran psikomotor seperti berlari, melompat dan sebagainya.
  • Bahasa merupakan suatu tingkahlaku yang sama dengan tingkahlaku lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Tingkahlaku bahasa wujud ketika ucapan terzahir daripada mulut dan ucapan itu diterima serta difahami oleh pendengar dan sebaliknya.
  • ahasa adalah alat komunikasi dan teori ini menekankan tentang aspek lisan. Menurut Bloomfield, bahasa adalah sejumlah isyarat sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur bunyi (linguistik).
  • Mengikut Teori Behaviorisme, pembelajaran adalah pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang perlu diberi sekiranya seseorang pelajar memberi gerak balas yang betul.
  • Menekankan aspek huraian bahasa secara deskriptif atau struktural. Menurut Fries, pertuturan adalah bahasa, tulisan juga bahasa tetapi sebagai secondary.
Linguistik – Teori Kognitif

Teori yang berkaitan dengan bahasa pertama ialah Teori Kognitif atau Teori Mentalis.

Ahli bahasa mendominasi Teori Behaviorisme ialah Noam Chomsky, Miller, Katz dan Lakoff.

Prinsip terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa adalah seperti berikut: -

  • Menurut teori ini, manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa. Kanak-kanak mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang diperolehi dengan syarat kanak-kanak terdedah kepada penggunaan bahasa tersebut.
  • Selain itu, wujud jangkamasa tertentu yang merupakan masa subur untuk bahasa berkembang dan sebaliknya.
  • Menurut J. Piaget, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari banyak perkara. Proses pembelajaran adalah proses mental dan bukannya proses mekanis.
  • Menurut N. Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan kecekapan semulajadi untuk menguasai bahasa sehingga tahap peringkat kematangan tertentu.
  • Setiap tahap kematangan kanak-kanak akan terbentuk hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli masyarakatnya. Pembetulan kesalahan oleh ahli dalam masyarakat akan memperkukuhkan rumus-rumus bahasa yang tersimpan dalam otaknya.
  • Menurut Lenneberg, kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutup pada peringkat umur yang sama. Dalam konteks ini, perkembangan dan kebolehan berbahasa adalah terjadual secara biologis.
  • Apabila sampai masanya kanak-kanak tertarik kepada bunyi-bunyian yang didengarnya dan dia dapat menajamkan pancainderanya. Oleh itu, kanak-kanak berupaya memahami dan memilih bunyi-bunyi yang penting dan mengetepikan yang lain.


1 comment: