WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Sunday, July 3, 2011

UPM PPL SANDAKAN BBM3204 SEM_1 2011-2012

INFO TUTOR UPM PPL SANDAKAN SABAH:
PENSYARAH: PROF. MADYA HJ. ARBAK OTHMAN

Topik utk Mid-Term Exam: Unit 1 - 5


TAJUK KERJA KURSUS:

Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang berikut:

1. Mengapa bahasa berubah
2. Diglosia
3. Kesantunan bahasa.
4. Standardisasi bahasa.
5. Hubungan bahasa dengan budaya
6. Pijin dan Kreol
7. Apakah yang dapat anda ketahui dengan mempelajari ilmu sosiolinguistik?

Gunakan sekurang-kurangnya TIGA rujukan. Panjang kertas kerja tidak dihadkan. Tulis sebanyak mungkin yang mampu tetapi tidak terkeluar daripada tajuk.
Kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Pendidikan Jarak Jauh UPM sebelum hari dan tarikh Peperiksaan Pertengahan mengikut jadual perancangan PJJ.

PENILAIAN TUGASAN :
1. Setiap kertas kerja hendaklah ditaip langkau dua baris dengan komputer.
2. Setiap kertas kerja hendaklah ditulis sebanyak sekurang-kurangnya 6 - 10 halaman (boleh lebih sampai 20 halaman jika bahannya banyak). Kualiti akan diukur dari segi kandungan dan jumlah halaman + rujukan yang lebih daripada 3 sumber.
3. Penilaian akan dibuat berdasarkan mutu persembahan penulisan.
4. Hasil kerja hendaklah asli, yakni tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat daripada mana-mana teks sumber. Rujukan hendaklah dilakukan sebagai panduan untuk calon mengolah kerja peribadi. Kertas kerja yang mengandungi sebarang bentuk penyalinan akan dinilai tidak melebihi markah maksimum 15% (15 markah). Calon mungkin mendapat lebih rendah daripada jumlah itu berdasarkan mutu kerja.
5. Kertas kerja hendaklah ditulis dengan merujuk sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan. Bahan rujukan hendaklah disenaraikan pada halaman belakang sekali.
6. Saya dan Dr. Ahmad Mahmood Musanif telah menuliskan sebuah buku teks sosiolinguistik dengan judul FAIL SOSIOLINGUISTIK. Pelajar kursus tidak dipaksa untuk membeli buku, kerana mereka sudah dibekalkan Modul oleh PJJ. Tetapi jika para pelajar mahu memiliki bahan sumber yang ditulis dalam bahasa Melayu sebagai teks atau buku bidang kursus, mereka boleh mendapatkannya daripada saya (Hj. Arbak Othman) semasa pertemuan bersemuka pertama. Mereka yang tidak berpeluang membelinya, bolehlah membelinya pada pertemuan bersemuka kedua akan datang.

No comments:

Post a Comment