WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Saturday, August 11, 2018

CATATAN 11 OGOS

Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah..

Catatan 11 Ogos

Magsukul Inna.. Magsukul Pa..
Semoga rahmat & kasih sayang Allah SWT memayungi kedua- dua lasaku..

Aku bangga menjadi anakmu.. ma.. pa.. Thanks for everything..

Alhamdulillah.. atas nikmat kehidupan yang mewarnai perjalanan seorang Aku..
Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang menikmati kehidupan dunia..
Alhamdulillah.. bernafas.. hidup lagi aku..
Alhamdulillah.. sihat, ada kerjaya, ada ibu, ada adik-beradikku..
Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah..

Sesungguhnya, 1001 cerita mewarnai kehidupan adalah sebahagian daripada seorang aku..

Sama ada bermula sejak lahir.. di rumah atas air bertiangkan balak yang terapung di lautan Tanah Merah Sandakan..
Sama ada berterusan hingga ke zaman kanak-kanak Sugus.. di Kampung BDC Batu 1 1/2 Sandakan.. berlari-lari di sekolah rendah SK Bandar Sandakan (SKJK Cheng Ming).
Sama ada melalui zaman remaja.. di SMK Sandakan.. berulang-alik setiap minggu dari Kampung BDC ke Flat Blok O Bandar Ramai-Ramai Sandakan..
Sama ada melalui zaman remaja di Restoran berhadapan Restoran Sri Keningau, Fun Fair di Lahad Datu, Kilang Roti Hock Seng, Kedai Fotostat BDC, Kilang Papan Lapis Syarikat Sinora Sdn Bhd..
Sama ada melalui zaman belia di pejabat Syarikat Sinora.. Persatuan Belia Lasai Sandakan, Universiti Terbuka UPM..UMS.. SK Tagas-Tagas..

Alhamdulillah.. hari berganti.. bulan berganti.. tahun berganti..
11 OGOS sentiasa di hati..

Alhamdulillah.. masih lagi diberikan usia yang panjang, rezeki yang tidak putus-putus..

Allahuakhbar.. Allah Maha Besar..

Subhanallah...
Sempurna ciptaanmu Ya Allah..
Tidak mampu ditandingi oleh tangan-tangan manusia..
Tidak tercapai akal manusia..
Hanya dengan izin-MU Ya Allah..
Dengan hanya kalimah sucimu dari kalam murni Al-Quran "Kun Fayakun" 
Jika Allah mengkehendaki "Jadi...maka Jadilah" dengan hanya izin Allah SWT

Allahuakhbar.. Allah Maha Besar..

Ya Allah...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih..

Segala pujian bagi Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad saw, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda..

Ya Allah, sesungguhnya kami mohon pemeliharaanMu dan penjagaanMu... terhadap agama kami, keimanan kami, diri kami, ahli-ahli keluarga kami, keturunan kami, harta-benda kami, negeri kami dan kediaman kami serta segala sesuatu yang Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, mohon jadikan kami dan segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam kawalanMu, di dalam keamananMu, di dalam dampinganMu dan di dalam lindunganMu daripada syaitan yang derhaka lagi degil dan daripada bencana tikaman pandangan mata yang merbahaya dan daripada yang mempunyai kezaliman serta daripada kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu Ya Allah...

Ya Allah, mohon teguhkan kami dengan ketakwaan dan kekuatan pendirian di jalan yang lurus dan mohon lindungi kami daripada yang membawa kepada penyesalan di dunia dan di akhirat bahawa sesungguhnya Engkau adalah Maha memperkenankan segala doa. Ya Allah, perbaikilah hasil urusan kami dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat..

Ya Allah, bantulah, panjangkanlah umur kami, berikanlah petunjuk serta peliharakanlah kami dari perkara yang haram dan bentuklah kami dengan perkembangan yang sihat dan suburkanlah ia dengan kehidupan yang baik dan berikan petunjuk dan ketaqwaan di dunia dan akhirat kepada kami.Ya Allah, perbaikilah diri dan akhlak kami, hiasilah jiwa kami dengan cahaya keimanan dan penuhi hati kami dengan ketaqwaan serta berpendirian teguh. Dan jadikan kami seseorang yang berbakti kepada kedua ibubapa kami dan bukan seorang yang derhaka terhadap keduanya, dan jadikan kami dari kalangan orang-orang yang solih dan solihah.. Hindari kami dari orang-orang yang berhasad dengki.

Ya Allah berikan pada jiwa-jiwa kami ketaqwaan kepadaMu dan sucikannya, Engkaulah sebaik-baik Zat Yang Menyucikan jiwa. Engkaulah Pelindung dan Penolong kami, Wahai Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang baik, dan Engkau berurusanlah dengan kami seperti Engkau berurusan dengan orang-orang yang baik, dan Engkau peliharalah kami daripada segala keburukan, ujian, fitnah dan kemudaratan. Ya Allah berkatilah bagi kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, zuriat keturunan kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhan kami, ilhamkan kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan pada kami dan kepada kedua ibubapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai. Dan masukkan kami dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan orang-orang yang salih. 

Ya Allah, jadikan aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampunan bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Ya Tuhan kami, mohon kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon selamatkan kami daripada azab api neraka.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah swt, Tuhan Pentadbir sekalian alam..

Amin... Amin... Amin... Ya Allah...

P/S: Sekalung penghargaan buat insan-insan tersayang, keluarga dan sahabat handai semoga kasih, rahmat, lindungan dan redha Allah SWT sentiasa bersama kita. Semoga kita diberi umur yang panjang, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan jodoh (bagi yang bujang), bahagia dunia dan akhirat..

Magsukul Kalasahanku,
Hj Madyusa Hj Hasabulla Angkalah, my lovely dad
Jainab Kachil @ Dayahan Pelecio, my lovely mom
Hajah Alma Pelecio (Permata Hatiku)
Keemboan keappuan Simunul Tandubas Tawi-Tawi Island..
Bapa Pollo famili.. ma taruk..
Tuah Jerry & Sabariah Sijangkang Selangor, Along Sirin & Haryati,
My bestfriend.. my lovely sister.. Kiki Haidee & Sukarno, Lang Rosita & Ej, Teh Lucinta & Hazis.. BFF Mautku.. Hana @ Hanacute, Bongsue Tyma, Along Amin, Yaya Almah..
Uti-uti kalasahanku.. Wawa Ain Hawani, Jaja Aisya Alya, Muhammad Rayyan, Muhammad Raziq, Rabiatul Mardihah, Cinta Nur Humairah, Cinta Nur Fadihah, Zaimah, Fahmi Zuhnun, Banin Bariq, Ziqri Ziyad, Nur Afifah, dan Iqbal, Nabil.. (Adik beradik, ipar-duai, dan anak2 saudaraku).
Mak Long Indah Rira, Kak Long Elena, Abg Ali..

Terima Kasih BFF Dunia Akhiratku..
Kak Su @ Raj Normala Sabu.. my sister and my best friend forever..
Tieyna @ Malati Abdul Rahman my buddies and bff forever,
Meg @ Megdalina Mohd Egoh Nabuat, and Hana @ Nor Hana Asra binti Rajibi.. my lil sis and bff forever.. 

Terima Kasih buat, 
Kak Hajah Tipung sekeluarga, Kak Su sekeluarga, Tieyna sekeluarga, Lyn Sekeluarga, Rosnani Sekeluarga. Bos Mohd Redzuan @ Edmund Lianun sekeluarga.. Semua genk2 ku di Sinora dahulu..
(budi kalian hanya Allah Taala sahaja dapat membalasnya)

Terima Kasih buat,
Siti Megdalina Mohd Egoh Nabuat, Bapa Mohd Egoh sekeluarga
Nor Hana Asra Rajibi sekeluarga, Bapa Rajibi Hj Aman sekeluarga
Kak Nima sekeluarga, Ustazah Norizana sekeluarga
Kak Nainah sekeluarga..
(budi kalian hanya Allah Taala sahaja dapat membalasnya)

Terima Kasih buat adik-adik kesayanganku,
Sentiasa ada untukku..
Siti Megdalina, Nor Hana Asra, Ustazah Norizana,
Sir Muhammad Hazwan Hamdi, Ustaz Awangku Haizam Awangku Fazlee,

Terima Kasih Genk2 Bawangku Fat Buddies..
Meg, Ustazah Zana, Kak Nima, Sir Wan, Ustaz Haizam..
Si Tan.. Azrin Kemas,
Aliff Putrajaya,
Megat Tagas, Bro Jim SK Pekan,
Dahuri Pahang..

Terima Kasih..
Ckg Tamrin Kak Jum sekeluarga
Sarina

Terima Kasih,
Genk2 Balai Sarjan, Musli Linda, Blorie Ana, Fauziah, Ima, Aina..
Genk2 Zumba Shila, Choi, Linda, Fauziah, dll..
Genk2 Masjid  KG Tagas2..
Genk2 Kantin Shila Fazira, Arni Nazira..
Genk2 Sekolah SKTT, ckg Fatimah, auntie Rita,
ckg Aning, ckg Kadir, ckg Abdullah, ckg Mohamad,
auntie Ainon, Roslinda, Nora, Pakcik Maisod, Nelson, Christ,
semua genk2 PPM Beluran dan PPM Sandakan

Terima Kasih atas tunjuk ajar dan ilmu..
Big boss AJM.. En. Abdul Jabar Marican UPM Bukit Antarabangsa..
Genk2 UPM Sandakan, Kota Kinabalu, Serdang
Genk2 UMS Kota Kinabalu..
Semua guru2 ku.. SK Bandar SMK Sandakan..

Terima Kasih,
Keluarga2 ku Famili Alma Pelecio.. Famili Pangeran Angkalah..

Terima Kasih,
Kepada semua rakan2 sosialku..
Yeyen.. Myririn.. Zuera.. Zuerachee.. semua rakan2 Insta FB Telegram Whatsapp..

Terima Kasih buat,
Keluarga, sanak-saudara, sahabat-sahabat dan kenalanku.. ada dalam kalangan kalian tidak aku sempat sebutkan nama.. 
Andai satu hari nanti aku pergi dahulu daripada saudara-saudaraku,
Ampunkan dosa-dosaku sama ada aku sedari ataupun tidak,
mohon halalkan makan dan minum, serta perlakuan kasarku,
mohon halalkan hutang-hutangku... jika ada hutangku yang tak sempat ku bayar atau yang aku tak ingat... (selagi jasad dikandung badan, Insyallah aku akan berusaha melunaskan segala hutang-hutangku pada kalian)... semoga Allah Taala melipat-gandakan rezeki kalian...
Sentiasalah ingat aku dalam doa kalian...
Permudahkan kehidupanku di alam barzakh dengan sedekah Al-Fatihah kalian,
Terangkan kuburku dengan sedekah Yaa Sin daripada kalian di setiap malam Jumaat..

Sesungguhnya, aku kasih.. aku sayang pada kalian semua.. Mengenali kalian suatu rahmat, kalian banyak mempermudahkan dan mengindahkan perjalanan kehidupanku di dunia ini.. 

Terima Kasih Semua.. Thanks for everything.. Thanks Allah, for giving me another year of life..

I Love U All..
Oli
11.08.2018 #happybirthday #specialday #murni #mulni