WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Monday, February 8, 2010

ENAM CABARAN DARIPADA WAWASAN 2020



1.0 PENGENALAN

Wawasan 2020 merupakan suatu rangka pembangunan yang menjadi teras untuk negara Malaysia melangkah ke hadapan bagi mencapai matlamat sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 diutarakan semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 oleh mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi suatu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang perlu diambil dalam usaha menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan global ke arah mencapai pembentukan sebuah negara perindustrian yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 dengan menggunakan acuan sendiri. Kemajuan yang dimaksudkan meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan serta menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur, mewujudkan masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil dan mampu bersaing dan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menghadapi cabaran serta arus globalisasi dari semasa ke semasa.


2.0 WAWASAN 2020

Wawasan 2020 merupakan strategik jangka panjang dalam tempoh 30 tahun yang menjadi panduan arah dasar luas meliputi pelbagai aspek pembangunan negara ke arah negara maju sepenuhnya. Inti pati ringkas Sembilan cabaran Wawasan 2020 seperti berikut: -

ü Cabaran pertama, membentuk sebuah masyarakat bersatu padu.

ü Cabaran kedua, melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang.

ü Cabaran ketiga, membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik yang matang.

ü Cabaran keempat, membentuk sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dan utuh.

ü Cabaran kelima, membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan toleran.

ü Cabaran keenam, membentuk sebuah masyarakat saintifik dan maju.

ü Cabaran ketujuh, membentuk sebuah masyarakat penyayang.

ü Cabaran kelapan, membentuk sebuah masyarakat yang adil dari segi ekonomi dan sosial.

ü Cabaran kesembilan, membentuk sebuah masyarakat yang makmur dan berdaya saing.


3.0 CABARAN DALAM WAWASAN 2020

Cabaran Wawasan 2020 menggariskan sembilan (9) cabaran yang menjadi panduan arah dasar luas ke arah pembentukan sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat Wawasan 2020 hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi pelbagai halangan yang dianggap sebagai cabaran meliputi pelbagai aspek pembangunan negara ke arah negara maju sepenuhnya. Enam cabaran daripada sembilan cabaran akan dihuraikan dengan lebih lanjut seperti berikut: -

ü Cabaran Pertama, pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Ianya merangkumi aspek politik iaitu membentuk sebuah negara bersatu padu yang mempunyai matlamat serupa dan dikongsi bersama termasuklah membentuk sebuah negara yang sejahtera, bersatu antara wilayah dan kumpulan etnik, menikmati kehidupan yang harmonis berdasarkan persamaan hak dan keadilan, membentuk bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan dedikasi terhadap bangsa tersebut.

ü Cabaran kedua, pembentukan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang. Cabaran ini adalah dari aspek minda dan intelek iaitu melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin pada diri, bangga dengan keadaan semasa dan segala yang telah dicapainya serta cukup tangkas untuk menghadapi segala jenis rintangan. Mempunyai sifat mengejar kecemerlangan, sedar dan tahu akan potensi, bebas jiwa dan dihormati oleh bangsa lain.

ü Cabaran ketiga, pembentukan masyarakat demokratik yang matang. Cabaran ini adalah dari aspek politik iaitu memupuk dan membangunkan sebuah masyarakat demokratis yang matang. Termasuklah mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat, musyawarah dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain.

ü Cabaran keempat, pembinaan masyarakat yang berakhlak mulia dan utuh. Cabaran ini menyentuh aspek rohani iaitu mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya. Warganegaranya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang murni dan disertai dengan budi pekerti yang luhur.

ü Cabaran kelima, pembentukan masyarakat yang toleran. Cabaran ini pula adalah dari aspek minda dan intelek iaitu pembentukan masyarakat yang matang, liberal dan saling memahami. Semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan bebas mengamalkan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agama masing-masing tanpa rasa tersisih daripada bangsanya.

ü Cabaran keenam, pembentukan masyarakat yang saintifik dan maju. Cabaran kali ini memfokuskan sejauh mana kemampuan minda dalam pembentukan sebuah masyarakat Malaysia berasaskan sains dan yang progresif, serta berdaya cipta dan berpandangan jauh. Termasuklah membentuk sebuah masyarakat yang bukan sahaja memanfaatkan teknologi tetapi turut menyumbang kepada sains dan teknologi pada masa hadapan.


4.0 PERBINCANGAN

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi menerapkan Wawasan 2020 dalam perkhidmatan awam. Tiga peranan perkhidmatan awam dalam mencapai Wawasan 2020 yang telah digariskan oleh kerajaan di masa hadapan iaitu pertama, penggunaan sains dan teknologi canggih dalam peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan kepakaran yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan. Kedua, penjawat awam dapat mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu, mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya. Ketiga, setiap individu perlu merentasi halangan mental yang mempunyai tanggapan bahawa keupayaan dan kemampuan adalah terhad. Sebaliknya, setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji kelemahan yang ada dan kegagalan lalu serta mengorak langkah yang membawa kepada kejayaan. Aspek keyakinan diri penting agar kita sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan telus dan benar. Jika kita takut mengambil risiko, tidak ada kemajuan yang akan tercapai.

Beberapa cadangan untuk menangani cabaran Wawasan 2020 telah digariskan untuk panduan umum. Pertama, penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian mereka sendiri iaitu selain daripada pencapaian negara. Kedua, mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan dan membuat perbandingan paradigma lampau dan kini. Ketiga, penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang tinggi dan meningkatkan kecekapan yang sesuai dengan paradigma baru serta penuh yakin bahawa mereka mempuyai kebolehan supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Keempat, penjawat awam harus bersedia untuk meningkatkan kendiri dan mengekalkan budaya mesra pelanggan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Piagam pelanggan bukan sahaja dipamerkan tetapi perlu diterapkan dalam perkhidmatan setiap penjawat awam. Kelima, penjawat awam perlu sentiasa memikirkan hasil dan sumbangan mereka kepada masa depan dan tidak hanya memikirkan sumbangan kerajaan kepada dirinya. Mereka harus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan telus dan sempurna di samping mengutamakan koordinasi dalam pasukan untuk mengubah mentaliti selaras dengan keperluan semasa. Ini akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi, jabatan dan negara amnya.

Dalam menghadapi cabaran Wawasan 2020, cabaran ekonomi adalah jelas untuk dicapai. Pembentukan sebuah negara yang bersatu padu, satu bangsa Malaysia, kesetiaan politik dan negara memerlukan penghuraian lebih terperinci. Bangsa Malaysia adalah bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi. Termasuklah mempunyai penduduk yang mempunyai psikologikal dan ideologi yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan. Pencapaian matlamat pula memerlukan tindakan dan komitmen dari berbagai dimensi dan peringkat.

5.0 KESIMPULAN

Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing. Kini, negara telah mengecapi kemerdekaan mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara langsung yang mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi impak yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Seterusnya, merealisasikan impian dan Wawasan 2020.

Sunday, February 7, 2010

ARCA SEPI

Arca sepi ini
akan ku ukir corak berbunga rindu

Arca sepi ini
akan ku ukir emosi berjuta corak indah

Arca sepi ini
akan ku ukir corak berbunga kasih
dihiasi dedaunan sayang

Arca hidup ini
berukir berjuta corak sepi
dihiasi kuntum-kuntum bunga Kasturi
meski ukirannya pedih

Adakalanya inginku pamer sendiri
bait-bait corak sepi
agar alam tampak seri
nikmat kala sepi menghadirkan diri

Nukilan: Oliyabra Hj. Madyusa

SERPIHAN PERJUANGAN

Serpihan perjuangan
terpahat teguh di dada
takkan hilang di makan usia
selagi hayat masih bersisa

Serpihan perjuangan
ku jadikan azimat dalam perang
mara berjuang untuk menang
dalam pertempuran dunia yang panjang

Serpihan perjuangan
ku potret jadikan nostalgia
untuk jadi kenangan
dihayati selamanya

Serpihan perjuangan
tidak ternilai indahnya
walau dengan Ringgit Malaysia
walau dengan emas permata

Serpihan perjuangan
dari keperitan berjuta kesengsaraan
perjuangan mencari kebebasan
perjuangan mencari keamanan

Serpihan perjuangan
bersama kita semarakkan Kemerdekaan
walau beribu tahun kemudian
megah laungkan...Merdeka...Merdeka...Merdeka

Hasil Nukilan:
Oliyabra Hj. Madyusa (11.08.2005)

Thursday, February 4, 2010

SISTEM SAPAAN KADAZAN DUSUN

1.0 PENGENALAN

Suku kaum Kadazan dan Dusun adalah kumpulan etnik terbesar di negeri Sabah. Kumpulan ini mewakili 30 peratus populasi rakyat Sabah. Kadazan dan Dusun digabungkan menjadi satu disebabkan oleh kumpulan ini berkongsi bahasa dan budaya yang sama. Mengikut kajian, kaum Kadazan dan Dusun ada 10 jenis bahasa yang mempunyai lebih dari 30 jenis dialek. Umumnya, dipercayai orang-orang Kadazan dan Dusun dikenali mengikut nama tempat dan suku kaum mereka. Suku Tuawon dan Liwan di Tambunan. Suku Tindal di Kota Belud, Suku Lotud di Tamparuli, Suku Rungus di Kudat. Suku Kimaragang di Bingkor dan Suku Dusun Gana atau Kwijar di Keningau.

Semua suku kaum ini dipercayai berasal dari satu tempat yang sama yang dipanggil ‘Nunuk Ragang’. ‘Nunuk’ adalah nama sejenis pokok besar yang tumbuh di tebing sungai Liwogu di Daerah Ranau. Sistem sapaan atau panggilan suku kaum Kadazan dan Dusun adalah berbeza dengan suku kaum yang lain di Malaysia disebabkan oleh faktor budaya. Sistem panggilan meliputi tiga aspek utama iaitu ganti nama diri, kata panggilan dan kata panggilan keluarga.


2.0 SISTEM SAPAAN SUKU KAUM KADAZAN DAN DUSUN

Sistem panggilan terbahagi kepada dua iaitu sistem panggilan yang digunakan untuk majlis formal dan majlis bukan formal. Dalam tugasan ini, sistem sapaan adalah fokus kepada majlis tidak formal namun peraturan sistem sapaan dikhaskan untuk majlis rasmi tetap dipatuhi. Dalam konteks ini, sistem sapaan adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing dalam bersapaan sesama sendiri. Sistem panggilan merangkumi tiga aspek utama iaitu ganti nama diri, kata panggilan dan kata panggilan keluarga.

Kata ganti digunakan adalah untuk menghormati atau memuliakan seseorang. Sistem sapaan atau panggilan adalah satu sistem yang memuatkan ganti nama, ganti nama diri dan kata panggilan umum atau keluarga seperti berikut: -

Ganti nama adalah kata yang menggantikan nama khas yang digunakan kepada manusia dan bukan manusia. Ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga iaitu ganti nama pertama, ganti nama kedua dan ganti nama ketiga.

Kata panggilan keluarga adalah kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada manusia bagi menentukan atau menggambarkan gender, rujukan dan kedudukan dalam keluarga.


Bagi mengupas tentang sistem sapaan atau sistem panggilan kaum Kadazan dan Dusun, maklumat sosiolinguistik dan pragmatik diperlukan bagi menjelaskan penggunaannya. Sosiolinguistik menekankan angkubah sosial seperti usia, latar belakang keluarga, status dan pendidikan kaum Kadazan dan Dusun. Pragmatik pula membantu memberikan panduan mentafsir ganti nama apabila wujud kekaburan dalam sesuatu makna.

2.1 Ganti Nama Diri Pertama

Ganti nama diri orang pertama adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap seperti saya, aku, beta, patik dan hamba. Ganti nama diri pertama dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -

Oku : aku, saya
Ikoi : kami (exclusive)
Ko : kau, engkau, awak (singular, agent)
Ikau, ika : kau, engkau, awak (singular, non-agent)
Kou : kamu (plural, agent)
Ikove, iovu : kamu (plural, non agent)
Kita : kita berdua (dual)
Tokou : kita (inclusive)
Ialo : dia (same sex, familiar)
Isido : dia (apposite sex and / or un familiar)

Iolo : mereka
Oisido : masing-masing

2.2 Ganti Nama Diri Kedua

Ganti nama diri orang kedua adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang ditujukan percakapan seperti engkau, awak, saudara, encik, tuanku, tuan dan puan. Umumnya, untuk bilangan orang lebih dari satu, biasanya ditambah perkataan ‘semua’ atau ‘sekalian’. Ganti nama diri kedua dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -

Dogo do, dogon do : aku punya, saya punya (precedes noun)
-ku : -ku (follows noun)
Dogo, dogon : aku punya, saya punya
Dagai do : kami punya (exclusive, precedes noun)
-ja : kami (exclusive, follows noun)
Dagai : kami punya (exclusive)
-nu : -mu (singular, follows noun)
Dika do, dikau do : kau punya, engkau punya (singular, precedes noun)
Dika, dikau : kau punya, engkau punya (yours, singular)
Dikovu do : kamu punya (plural, precedes noun)
Muju : kamu (plural, follows noun)
Dikovu : kamu punya (plural)
Dato do : kita berdua punya (dual, precedes noun)
-to : kita berdua punya (dual, follows noun)
Dato : kita berdua punya (dual)
Tokou : kita punya (inclusive, follows noun)
Daton / ditokou : kita punya (inclusive)
Dialo (do) : dia punya (same sex, familiar, precedes or follows noun)
Disido (do) : dia punya(opposite sex and / or un-familiar, precedes or follows noun)
-jo : -nya (follows noun)
Diadolo do : mereka punya (precedes noun)
Diolo : mereka punya (follows noun)
Doisido : masing-masing punya

2.3 Ganti Nama Diri Ketiga

Ganti nama diri orang ketiga adalah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dijadikan bahan percakapan atau yang dicakapkan seperti ia, dia, baginda, beliau dan –nya untuk bilangan satu dan ‘mereka’ bagi bilangan lebih dari satu. Ganti nama diri ketiga dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -


Dogo, dogun : aku, saya
-ja : kami (exclusive, agent)
Dagai : kami (exclusive, non agent)
-nu : kau, engkau (singular, agent)
Dika, dikau : kau, engkau (singular, non agent)
Muju : kamu (plural, agent)
Dikovu, diovu : kamu (plural, agent or non-agent)
-to : kita berdua (dual, agent)
Dato : kita berdua (dual, non-agent)
Daton/ditokou : kita (inclusive)
Dialo : dia (same sex, familiar)
Disidio : dia (opposite sex and / or unfamiliar)
Diolo : mereka
doisido : masing-masing

2.4 Kata Panggilan Umum

Kata panggilan umum dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -
tulun : orang
kusai : lelaki
tongondu : perempuan
tanak : anak

2.5 Kata Panggilan Keluarga

Kata panggilan keluarga dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -

ama, amo : bapa
ino : emak
tanak : anak
aka kusai : abang
aka tongondu : kakak
sulod : saudara
tivanon : mentua
adi : adik
pinotokin : menantu lelaki
pinoogom : menantu perempuan
ipag : ipar (man speaking: sister’s husband, wife’s brother)
iras : ipar (man speaking: wife’s brother-in-law)
longuon : ipar (woman speaking: sister’s husband, husband’s brother)
(man speaking: brother’s wife, Husband’s sister)
koonduoi / : ipar (woman speaking: husband’’s sister
Onduoi husband, wife’s brother’s wife)
uvoi : ipar (woman speaking: husband’s brother’s wife)
Kamaman : bapa saudara, pakcik
Minan : emak saudara, makcik
Pinsan : pupu
Tanak do : anak saudara, kemanakan Sulod, Kamanakon

2.5 Kata Panggilan Sanak Saudara

Kata panggilan sanak saudara dalam bahasa Kadazan dan Dusun adalah seperti berikut: -
Aki : datuk
Odu : nenek
Iodu koduvo, : cicit
Iaki koduvo
Mongkupu / nanakan, : cucu
Odu, aki
Iodu-aki : nenek moyang
Sonsuladan : sanak saudara
Pinsan : pupu

3.0 KEPELBAGAIAN SISTEM PANGGILAN KADAZAN DAN DUSUN

Kepelbagaian sistem panggilan Kadazan dan Dusun dapat dilhat melalui konteks bahasa dan ketidaksamaan masyarakatnya. Umumnya, sistem panggilan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut: -

Perbezaan umur, panggilan untuk pangkat nenek, pakcik, makcik dan cucu adalah berbeza mengikut sistem sapaan Kadazan dan Dusun.

Perbezaan jantina, panggilan untuk lelaki dan wanita, isteri dan suami, kakak dan abang adalah berbeza.

Keturunan, panggilan untuk makcik, pakcik, datuk dan nenek juga adalah berbeza.

Bahasa adalah hak dan ciptaan masyarakat penuturnya. Corak dan bentuk sesuatu bahasa adalah bergantung kepada siapa penuturnya dan di mana bahasa itu digunakan. Sesuatu bahasa yang mempunyai bilangan penutur yang ramai dan tersebar luas dari segi geografi akan mempunyai perbezaan-perbezaan kecil dari segi sebutan, susunan frasa, susunan perkataan-perkataan atau gaya. Justeru itu, kepelbagaian dari jenis bahasa juga mempengaruhi kepelbagaian dalam sistem panggilan dalam sesebuah masyarakat.





4.0 KESIMPULAN

Kaum Kadazan dan Dusun mempunyai sistem sapaan atau panggilan tersendiri yang dipengaruhi faktor budaya. Sistem sapaan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kata ganti nama pertama, kata ganti nama kedua, kata ganti nama ketiga, kata panggilan umum dan kata panggilan keluarga dan kata panggilan sanak saudara. Kepelbagaian sistem panggilan disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor umur, pangkat, jantina dan keturunan. Tidak semua masyarakat Kadazan dan Dusun menggunakan sistem sapaan atau sistem panggilan seperti yang tersebut diatas. Sesetengah pihak terdedah kepada pengaruh daripada budaya asing seperti penggunaan istilah ‘uncle’ untuk pakcik dan ‘Auntie’ untuk makcik, ‘mom’ atau ‘mother’ untuk ibu, ‘dad’ atau ‘daddy’ untuk ayah. Selain itu, sesetengah masyarakat terpengaruh dengan sistem panggilan masyarakat Melayu seperti penggunaan istilah ‘mak long’ untuk ibu saudara pertama, ‘pak long’ untuk bapa saudara pertama, ‘mak ngah’ untuk ibu saudara kedua, dan ‘pak ngah’ untuk bapa saudara kedua. Justeru itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh ahli-ahli bahasa Kadazan dan Dusun untuk memberi pendedahan berterusan menerusi media cetak kepada generasi seterusnya agar penggunaan sistem sapaan tidak terus hilang ditelan zaman dan hanya menjadi tinggalan sejarah semata-mata.



BIBLIOGRAFI

Alpheus D. (1993). Perbualan Bahasa Kadazan-Melayu Sehari-hari Melalui Carta & Rajah. Kota Kinabalu. Percetakan Pendalaman Keningau.

Amat J.M. (1989). Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak O. (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry B. (2001). Ejaan Bahasa Kadazandusun. Inanam. Rikapadu Printing.

Japuin Madisah. (1986). Tatacara Adat Istiadat Dan kebudayaan Kadazan. Kota Kinabalu. SIKUK Publication.

Raymond B.T. (1990). Keluarga Dusun. Kota Kinabalu. SQS Printing Sdn. Bhd.

Siti Hajar H.A.A. (1996). Siri Pendidikan Perguruan. Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Uji Minda


Uji minda
Perhatikan gambar ini?
Siapa yang anda lihat...........
(cuba perhatikan betul-betul, anda akan dapat lihat dua wajah dalam satu gambar)
Selamat Mencuba.....

Hubungan Etnik di Malaysia

1.0 PENGENALAN

Malaysia unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia. Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu. Suatu ketika dulu, Malaysia juga dikenali dengan nama Tanah Melayu. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 ogos 1957. Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini termasuklah perhubungan etnik di negara ini. Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak merdeka dan sehingga 31 Ogos 2009, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun. Suatu tempoh panjang yang membolehkan rakyat Malaysia membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri.

Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu (termasuk masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India. Kepelbagaian kaum di Malaysia terhasil daripada proses migrasi, perdagangan, hubungan diplomatik, dan perkahwinan. Mengikut komposisi penduduk di Malaysia pada tahun 2005, masyarakat Melayu terdiri daripada 16.06 juta mewakili 65.9 peratus penduduk diikuti oleh masyarakat Cina terdiri daripada 6.15 juta mewakili 25.3 peratus dan masyarakat India terdiri daripada 1.83 juta mewakili 7.5 peratus. Termasuklah masyarakat minoriti di Malaysia terdiri daripada 0.32 juta mewakili 1.3 peratus. Kegemilangan Malaysia dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan budaya. Pencapaian Malaysia dalam aspek-aspek ini berlandaskan kepada keharmonian dan perpaduan etnik secara amnya. di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Dalam era globalisasi pelbagai cabaran dihadapi dalam memupuk perpaduan kaum. Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan berterusan.

2.0 KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA

Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India.

2.1 Masyarakat Melayu (Pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak)

Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naif kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Konsep pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal Malaysia yang terdiri daripada orang melayu dan orang asli di Semenanjung Malaysia serta kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2000, penduduk Pribumi meliputi 65 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 14.35 juta mengikut komposisi penduduk Malaysia. Pada tahun 2005, jumlah penduduk Pribumi telah bertambah kepada 65.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 16.06 juta.

2.1.1 Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia

Masyarakat Pribumi di Semenanjung Malaysia meliputi orang Melayu dan orang asli. Orang asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli atau Melayu-Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada suku bangsa Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendrig dan Bateq. Kumpulan Senoi terdiri daripada suku bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che’ Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Kumpulan Melayu Asli dan Melayu-Proto terdiri daripada suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Laut.

2.1.2 Masyarakat Pribumi di Sabah

Masyarakat di Sabah terdiri daripada empat kelompok utama seperti Kadazan Dusun mewakili 24.8 peratus daripada jumlah populasi masyarakat Sabah diikuti kategori pribumi lain sebanyak 20.6 peratus, Bajau 18.5 peratus dan Melayu 18.5 peratus. Masyarakat Pribumi di Sabah dikatakan berasal daripada Tanah Besar Asia yang bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia. Masyarakat Pribumi di Sabah adalah Kadazan / Dusun, Murut, Lun Dayeh, Bisaya, Bajau, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun dan Suluk.

2.1.3 Masyarakat Pribumi di Sarawak

Di Sarawak etnik Dayak, Melayu dan Melanau berjumlah 73.2 peratus daripada 2.181 juta orang penduduk Sarawak. Etnik Dayak mewakili 44.3 peratus daripada jumlah penduduk diikut oleh etnik Melayu sebanyak 23.2 peratus dan Melanau sebanyak 5.7 peratus. Masyarakat Pribumi di Sarawak adalah Bidayuh, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut dan Lun Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah.

2.2 Masyarakat Cina

Menurut sejarah, Masyarakat Cina mula bertapak di Malaysia pada zaman Keagungan kerajaan kerajaan Melayu Melaka. Petempatan awal orang Cina adalah di Melaka. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching mengetuai rombongan di Melaka membawa permintaan Parameswara kepada Maharaja China memohon untuk bernaung di bawah perlindungan negara China. Pada tahun 1405, utusan dari China diketuai Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh maharaja China. Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang masyhur.

Kegemilangan Melaka menyebabkan maharaja China menghantar puterinya iaitu Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah. Puteri Hang Li Po bersama pengikutnya kira-kira 500 orang telah disambut baik oleh sultan Melaka dan kesemuanya memeluk agama Islam. Dipercayai Puteri Hang Li Po dan pengikutnya menetap di suatu tempat dalam daerah Melaka yang dihadiahkan oleh sultan. Kawasan petempatan dinamakan Bukit Cina. Perkahwinan sekufu dan silang budaya masyarakat Cina telah meningkatkan hubungan diplomatik di antara negara China dengan Melaka serta mewujudkan masyarakat Cina terawal di Melaka khasnya dan di negara ini amnya.

Mengikut catatan sejarah, masyarakat Cina di Malaysia berasal dari China Selatan iaitu dari wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Kelompok utama etnik Cina adalah Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kemasukan etnik Cina di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1848 hingga 1914. Selepas tahun 1914, majoriti kemasukan orang-orang Cina adalah secara persendirian. Etnik Cina aktif sebagai pekerja lombong (di kawasan Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Ampang, Seremban dan lain-lain) dan membuka kedai runcit.

2.3 Masyarakat India

Mengikut catatan sejarah, masyarakat India di Malaysia berasal dari India Selatan (Tamil Nadu). Kelompok utama etnik India adalah Tamil, Malayani, Telugu dan Sikh. Kemasukan etnik India di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1880an hingga 1910. Pada tahun 1891, terdapat 75,000 orang India di Tanah Melayu dan jumlah ini telah meningkat kepada 471,536 orang pada tahun 1921. Etnik India aktif sebagai buruh ladang getah dan pekerja kemudahan asas (buruh pembinaan) seperti membina jalanraya dan keretapi.

3.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Terdapat tiga konsep asas hubungan etnik di Malaysia iaitu masyarakat, budaya dan perpaduan.

3.1 Konsep Masyarakat

Menurut Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut Musa Abu Hassan (2000), masyarakat adalah sekelompok manusia yang mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok lain. Umumnya, ciri-ciri masyarakat adalah seperti berikut: -

· Hidup berkelompok.
· Mempunyai budaya.
· Mengalami perubahan.
· Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok.
· Ada kepimpinan.
· Mempunyai aturan sosial seperti susun lapis, kelas, status dan kasta.

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), konsep masyarakat perlu difahami atas beberapa sebab seperti berikut[1]: -
· Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk bermasyarakat.

· Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat.
· Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.

· Terus memupuk kerjasalam dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sifat dan ciri-ciri masyarakat perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat adalah dinamik.

3.2 Konsep Budaya

Perkataan budaya diambil daripada bahasa Sanskrit dan melayu iaitu daripada perkataan budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan fikiran dan akal. Daya pula bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Kamus Mutakhir Bahasa Melayu (1992), budaya didefinisikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat hasil kegiatan dan ciptaan akal manusia seperti kepercayaan, kesenian, adat istiadat dan lain-lain lagi. Menurut Norazit Selat (1989), Leslie White berpendapat bahawa “Kebudayaan adalah satu orgnaisasi fenomena-perlakuan (pola-pola tingkah laku); objek-objek (alat-alat bertukang dan barang-barang lain yang dibuat daripada alat-alat tadi); idea-idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan); dan sentiment-sentimen (sikap, nilai) yang bergantung kepada penggunaan simbol-simbol”[2]

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), ciri-ciri budaya adalah seperti berikut[3]: -
· Dipelajari.
· Dikongsi.
· Bersifat sejagat.
· Diwarisi.
· Berubah-ubah.
· Mempunyai unsure simbolik.
· Adanya worldview (pandangan semesta).


3.3 Konsep Perpaduan dan Integrasi

Menurut Jayum A. Jawan (1997), perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang saling berkait rapat dan sering digunakan bersilih ganti. Perpaduan dan integrasi adalah merujuk kepada proses menggbungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan adalah satu proses menyatupadukan masyarakat dan engara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Integrasi pula adalah satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Terdapat lima bentuk integrasi iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi seperti berikut: -

· Segregasi

o Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa perkara seperti tempat tinggal, sistem persekolahan dan pengangkutan serta kemudahan awam. Segregasi wujud didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.

· Akomodasi

o Akomodasi diwakili formula A+B+C = A+B+C. Dikatakan bahawa A, B dan C merujuk kepada budaya. Akomodasi adalah proses yang menyebabkan setia kumpulan etnik menyedari dan menghormati nilai-nilai kumpulan etnik lain serta mempertahankan budaya masing-masing. Umpamanya, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam pentadbiran negara.

· Akulturasi

o Akulturasi adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari suatu kebudayaan yang berbeza. Akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal sesuatu etnik.

· Asimilasi

o Asimilasi diwakili formula A+B+C = A. Dikatakan bahawa A adalah golongan etnik dominan manakala B dan C adalah kumpulan etnik minoriti. Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti sama.

· Amalgamasi

o Amalgamasi diwakili formula A+B+C = D. Dikatakan bahawa A, B dan C adalah golongan etnik berbeza dan D adalah satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk budaya dan ras baru.

4.0 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hubungan etnik di Malaysia dapat dilihat dalam tiga fasa utama iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan selepas hampir 50 tahun merdeka.

4.1 Sebelum Merdeka

Pada zaman penjajahan British, pelbagai dasar telah diperkenalkan menyebabkan jurang perbezaan antara etnik di negara ini menjadi amat ketara dalam semua bidang seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan tempat tinggal. Pihak British telah memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama menggalakkan kemasukan buruh asing dari negara Cina dan India. Tindakan pihak British secara tidak langsung telah mengubah komposisi kaum di negara ini. Pada zaman penjajahan British, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik, sosial dan tempat tinggal sehingga perang dunia kedua. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) pihak British telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi penempatan dan pekerjaan seperti berikut: -

· Etnik Melayu tertumpu di kawasan kampung-kampung dan bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, pertukangan dan sebagainya.

· Etnik Cina tertumpu di kawasan bandar dan bekerja di kawasan lombong, melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan sebagainya.

· Etnik India tertumpu di kawasan estet dan lading-ladang. Bekerja sebagai penoreh, buruh binaan dan sebagainya.

Pada zaman pemerintahan Jepun pula, penindasan terhadap etnik Cina berlaku. Permusuhan ini adalah kesan daripada perang Jepun-China pada tahun 1937. Pihak Jepun menjaga hubungan baik dengan masyarakat Melayu dan orang-orang Melayu diberi peluang untuk bekerja dalam pentadbiran. Pihak Jepun juga menjaga hubungan baik dengan orang-orang India. Sistem pemerintahan Jepun yang berat sebelah telah mengundang permusuhan di kalangan etnik Cina dan Melayu. Etnik Cina aktif berpolitik dan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun. PKM berfungsi menjaga dan membela nasib orang Cina yang tertindas.

Parti politik Cina telah menyiksa orang-orang Melayu sebagai tanda membalas dendam setelah pihak Jepun berundur dari Tanah Melayu. Jurang di antara etnik pada zaman penjajahan adalah amat besar dan menimbulkan ketidakpuasan di kalangan pelbagai etnik di negara ini. Etnik Cina dan India berusaha ke arah mendapatkan taraf sama rata seperti etnik dominan Melayu. Secara tidak langsung, tindakan etnik Cina dan India telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan etnik Melayu sehingga tertubuhnya Malayan Union pada 1 April 1946 dan Isu Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kemerdekaan ketiga-tiga etnik ini telah bersatu dan bekerjasama membentuk Parti Perikatan yang dianggotai oleh parti UMNO, MCA dan MIC. Pembentukan ketiga-tiga jenis parti ini telah banyak menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional di kalangan etnik di negara ini. Berikut adalah beberapa ciri-ciri parti politik UMNO, MCA dan MIC: -

· Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada tahun 1946. UMNO diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. UMNO ditubuhkan bertujuan untuk menentang Malayan Union dan berjuang menuntut kemerdekaan.

· Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) telah ditubuhkan pada tahun 1949. MCA diasaskan oleh Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan Cina dan bekerjasama dengan etnik lain untuk mencapai kemerdekaan.

· Kongres India Tanah Melayu (MIC) telah ditubuhkan pada Tahun 1949. MIC diasaskan oleh John Thivy. MIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum India dan memperjuangkan kemerdekaan bersama etnik lain.

Tidak dinafikan secara tidak langsung kedatangan Inggeris telah membawa kepada usaha-usaha perpaduan melalui tindakan pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Hubungan etnik juga amat baik semasa menentang komunis.

4.2 Selepas Merdeka

Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan untuk merapatkan hubungan etnik seperti berikut: -

· Dasar Pelajaran Kebangsaan

Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini adalah memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen seperti berikut: -

ü Pertama, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.

ü Kedua, menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya.

· Dasar Ekonomi Baru (DEB)

DEB termaktub dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama. DEB merupakan satu program jangka panjang yang mengambil masa selama 20 tahun. DEB dimulakan pada tahun 1970. Beberapa Matlamat utama DEB membantu dalam pembentukan integrasi nasional dalam pelaksanaannya adalah seperti berikut: -

ü Penyusunan semula masyarakat majmuk untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

ü Membasmi kemiskinan. Ketidakseimbagan ekonomi etnik berpunca daripada dasar pecah dan perintah Inggeris. Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan pelajaran telah menyebabkan interaksi etnik Melayu, Cina serta India kurang berlaku.

ü Mengurangkan ketidakseimbangan dalam gunatenaga supaya penyertaan etnik adalah seimbang.

· Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan kepada DEB yang berakhir pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara seperti berikut: -

ü Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

ü Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek.

ü Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi.

ü Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar.

ü Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan.

4.3 Selepas Hampir 50 Tahun Merdeka

Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan sehingga kini, negara mengecapi kemerdekaan mencecah ke usia 52 tahun. Suatu tempoh yang cukup mematangkan dalam pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara pada hari ini adalah disebabkan oleh wujudnya persefahaman dan sikap toleransi di kalangan etnik berbilang bangsa, budaya dan agama. Pembentukan dasar menyeluruh dan kesinambungan program pembangunan negara telah banyak membantu dalam membentuk hubungan erat di kalangan etnik di negara ini. Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan misi Wawasan 2020 dan rancangan-rangcangan pembangunan banyak membantu dalam membentuk dan mengekalkan hubungan etnik yang baik di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa dan agama.

Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Dalam wawasan ini, sembilan cabaran berkaitan dengan hubungan etnik dikenalpasti untuk dihadapi seperti berikut: -

ü Membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

ü Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah.

ü Membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun.

ü Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya dengan warganegara Malaysia mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian utuh serta didorong oleh piawaian etika paling tinggi.

ü Mewujudkan masyarakat matang bersifat liberal dan bertoleransi dengan setaip rakyat bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing serta pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

ü Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat berdaya cipta serta berpandangan jauh iaitu masyarakat yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

ü Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat yang lebih mementingkan masyarakat berbanding diri sendiri.

ü Membentuk masyarakat yang adil ekonominya iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan secara adil dan saksama.

ü Membentuk masyarakat makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan ada daya ketahanan.

5.0 HUBUNGAN ETNIK: PENCAPAIAN SELEPAS HAMPIR 50 TAHUN MERDEKA

Pencapaian negara selepas hampir 50 tahun merdeka sehingga kini jelas memperlihatkan perubahan cemerlang termasuklah dalam memupuk hubungan etnik di negara ini. Hubungan etnik yang baik dan harmoni menjadikan Malaysia cemerlang serta unik di mata dunia. Hubungan etnik dan pencapaian selepas hampir 50 tahun dapat dilihat dalam pelbagai perkara antaranya dalam aspek politik, ekonomi, budaya dan agama.

5.1 Politik

Perlembagaan Malaysia banyak menyumbang kepada perpaduan etnik di negara ini. Melalui perlembagaan Malaysia, ketuanan Melayu selaku penduduk dominan di negara ini terpelihara dan pada masa yang sama kepentingan etnik lain tidak diabaikan sebaliknya wujud toleran untuk mereka hidup aman dan makmur di negara ini. Perlembagaan sentiasa dipinda dari masa ke semasa mengikut kepentingan sejagat dan menyeluruh. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), Tun Mohamed Suffian telah mengariskan ciri-ciri asas perlembagaan Malaysia seperti berikut[4]: -

ü Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.

ü Sebagai negara raja berperlembagaan.

ü Sebagai negara demokrasi berpalimen.

ü Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

ü Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.

ü Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan bermakna seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga mempunyai status sama dan tiada satu yang lebih tinggi di antara satu sama lain serta setiap satu mempunyai fungsi dan tanggungjawab berbeza.

ü Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalam Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa eksekutif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liability lain dalam Perlembagaan.

Selepas 50 tahun merdeka kita dapati kesinambungan perkongsian pemerintahan terus berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti pembangkang yang lain. UMNO didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC didominasi oleh orang-orang India. Setiap etnik diwakili dalam pentadbiran negara. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik Melayu menceburkan diri dalam bidang politik.

Walaupun dalam bidang pentadbiran keutamaan diberikan kepada etnik Melayu namun etnik-etnik lain turut diberi peluang untuk mewakili etnik mereka melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran negara.


5.2 Ekonomi

Dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik turut menjadi keutamaan. Pelbagai dasar dan program pembangunan dirangka dan dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, terdapat rancangan lima tahun yang menjadi pemacu kepada misi nasional ke arah mencapai wawasan 2020. Di bawah pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rancangan Malaysia ke-9 merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang dari segi pembangunan sosial, memiliki masyarakat bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Terdapat lima teras yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada perpaduan etnik di Malaysia seperti berikut: -

ü Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara

o Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.
o Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi.
o Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
o Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi.
o Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

ü Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama

o Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.
o Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi.
o Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
o Memperkasakan belia dan wanita.

ü Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara Membina dan Produktif

o Basmi kemiskinan.
o Memacu pembangunan wilayah.
o Mengurangkan jurang kekayaan.
o Penstrukturan semula pola pekerjaan.
o Membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera generasi baru.
o Mencapai pembangunan lebih seimbang dan bermakna.

ü Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidup
o Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan perbandaran.
o Menambah baik perkkhidmatan kesihatan.
o Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan.
o Menjamin bekalan tenaga mampan.
o Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir.
o Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan.
o Membangunkan sukan.
o Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam.

ü Teras Kelima: Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Keupayaan Pelaksanaan Negara

o Menggalakkan tadbir urus yang baik.
o Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
o Pembangunan melalui kerjasama antarabangsa.

5.3 Budaya

Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua etnik tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas kepada pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti berikut: -

ü Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini.

ü Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsure kebudayaan kebangsaan.

ü Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan oleh semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat dirayakan bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan Pesta Keamataan memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan beragama Islam menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu. Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang integrasi sosial antara etnik walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa.

5.4 Agama

Perpaduan hubungan etnik dapat dilihat dari aspek keagamaan. Amalan dan sikap toleransi beragama sehingga kini telah memupuk hubungan harmoni di kalangan etnik yang berbilang agama di negara ini. Di Malaysia, umumnya etnik Melayu beragama Islam, etnik Cina beragama Buddha dan etnik India beragama Hindu. Wujud juga beberapa etnik menganut agama Kristian. Agama Islam memberi penekanan kepada aspek keamanan, hubungan baik sesama umat manusia dan kebebasan dalam beragama. Surah Al-Baqarah ayat 256 menyatakan bahawa “Tidak ada paksaan dalam menganut agama, sesungguhnya telah jelas petunjuk itu daripada kesesatan”. Dalam Perlembagaan Malaysia juga dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama di kalangan etnik berbilang agama di negara ini.

6.0 HUBUNGAN ETNIK DAN CABARAN

Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam mengekalkan dan memupuk perpaduan etnik. Umumnya, cabaran dibahagikan kepada dua elemen utama iaitu cabaran internal dan external seperti berikut: -

ü Sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri dan memperjuangkan hak etnik masing-masing serta cuba menidakkan etnik Melayu sebagai bangsa dominan di negara ini memberi cabaran hebat kepada hubungan etnik di negara ini. Tindakan pihak ketiga mencetuskan rasa tidak puas hati semua pihak yang pastinya mengundang kepada perpecahan.

ü Dasar “pecah dan perintah” oleh British memberi implikasi kepada hubungan etnik sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing dari segi penempatan dan jenis pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi di kalangan etnik amat kurang khususnya yang tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.

ü Sistem pendidikan yang tersendiri memperlihatkan tentang dominasi mengikut kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan. Pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.

Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu dalam kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing cuba mempertahankan bahasa ibunda. Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu, cabaran wujud dalam usaha membentuk suatu kesatuan sistem pendidikan bersepadu yang sesuai untuk semua etnik. Sistem pendidikan yang berbeza secara tidak langsung memberikan impak yang kurang baik kepada penstrukturan negara. Cabaran dalam aspek pendidikan harus dipandang serius oleh semua pihak kerana jika ini berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di kalangan etnik masing-masing.

ü Cabaran dari aspek budaya juga harus diambil kira. Ini kerana bentuk penajajahan baru oleh kuasa-kuasa asing adalah melalui ledakan budaya. Masyarakat berbilang etnik terdedah kepada cara pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Aspek kepercayaan dan agama semakin dipinggirkan memandangkan terlalu memikirkan keseronokkan dunia.

ü Cabaran dari aspek ekonomi. Kepentingan etnik dari sudut ekonomi adalah melalui penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Etnik Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Etnik Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Wujud jurang pendapatan ketara di kalangan etnik. Masing-masing cuba bersaing mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar.

Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati semua golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil kira dalam menjaga perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.
ü Cabaran dari aspek politik. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik tidak akan mampu menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Semua etnik saling berusaha untuk mengekalkan identiti masing-masing sehingga boleh membawa kepada hilangnya semangat memupuk semangat taat setia kepada negara.

ü Cabaran dari aspek nilai-nilai etnik. Setiap etnik di Malaysia mempunyai perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan berbeza. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap etnik fanatik dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Kesannya, setiap etnik lebih mengutamakan anggota sendiri daripada etnik yang berbeza dalam memilih sahabat dan mendapatkan perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam satu kelompok yang sama akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini kerana masyarakat pelbagai etnik mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan etnik-etnik lain memandangkan mereka terbiasa hidup dengan masyarakat dalam etnik yang sama.

ü Cabaran dari segi globalisasi. Semua etnik perlu berani menyahut cabaran globalisasi agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dalam bidang teknologi dan perkembangan komunikasi. Aspek cabaran globalisasi perlu diambil kira dalam memupuk semangat perpaduan etnik di Malaysia. Setiap perancangan dan pelaksanaan program perpaduan perlu mengambil kira cabaran globalisasi agar jurang di antara etnik dapat dikurangkan.

7.0 KESIMPULAN

Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
BIBLIOGRAFI
Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Institut Kajian Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka (diterbitkan bersama Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Abdul Rahim Abu Bakar. (2001). Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu Sebagai Tonggak Negara Barat Dalam Gelombang Globalisasi. Dewan Bahasa. Oktober 2001, Jilid 1 Bil.10
Ann Wan Seng. (1994). Perayaan Orang Cina. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah. Kota Kinabalu.
Asmad. (1990). Seni Kehidupan & Kemasyarakatan. Melaka. Associated Educational Distributors (m) Sdn. Bhd.
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia
Daud Baharum. (1992). Kamus Mutakhir Bahasa Melayu. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Harliana Halim. ( ). Hubungan Etnik Di Era Penjajahan Hingga Kemerdekaan.
http://www.scribd.com/doc/13377066/Hubungan-Etnik-Di-Era-Penjajahan-Hingga-Kemerdekaan-H
Mohd. Mahadee. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Politik dan Media. Titas. Penerbit Universit Putra Malaysia. Serdang.
Nazaruddin Mohd. Jadi et. Al. (1996). Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal, Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Norazit Selat. (1989). Konsep Asas Antropologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Nurdeng Deuraseh. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Hegemoni Barat dan Globalisasi. Titas. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.
Ma’rof Redzuan, Mohamad Shatar Sabran & Zahid Emby. (2001). Pengantar Sosiologi dan Antropologi Sosial. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.
Mark H. & Zainuddin Z. (1990). Muzium Negara Kuala Lumpur : Sejarah dan Kehidupan Malaysia. Kuala Lumpur. Syarikat S.Abdul Majeed.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Unviersiti (UPENA) Universiti Teknologi Mara. Shah Alam.

______. (2002). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

______. (2006). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

______. ( ). Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia.
http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/
______. ( ). Cabaran Peranan Hubungan Etnik.
http://www.scribd.com/doc/15080867/cabaran-peranan-hubungan-etnik
[1] Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti. Muka surat 9
[2] Norazit Selat, Konsep Asas Antorpologi , Dewan Bahasa dan Pustaka 1989, m/s 50 – m/s 51
[3] Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti. Muka surat 9
[4] Md. Bohari Ahmad. (1997). Kenegaraan Malaysia: Perlembagaan Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Muka surat 137-138.

Wednesday, February 3, 2010

Nota Pengantar Psikologi Unit 1 SKP2501

SKP 2501 UNIT 1: PENGENALAN KPD ILMU PSIKOLOGI

Ilmu psikologi = Sc Sosial

--- Psyche : o Aristotle : Intipati khidupan / Jiwa
--- Logos : Ilmu / Sc

Def Psikologi (lbh khusus): Sc yg mkaji t/laku & pss mental

3 Konsep Psikologi:

--- 1) Sc : Ilmu dpolhi guna kaedah saintifik
--- 2) T/laku: cmua tdkn manusia
--- 3) Pss mental: Aktv dlm pmikirn,emosi, prsn, motif

Motif Ilmu Psikologi (4):

--- 1) Mnerangkn: lbh tepat & lengkap
--- 2) Mramalkn: ramal t/laku akn tjadi
--- 3) Mmahami: Mpjelaskn pgthn ttg fakta psikolg & hub dgn fakta
--- 4) Mpgrhi: mpgrhi t/laku k arah lbh bfaedah & sihat

L/Bkg ttg Manusia (Haiwan Sosial) & Pbzan dgn haiwan (9):
1) Msia = Mahkluk Biologi: ciri2 biologi mmpgrhi t/laku & pss mental.
2) Ant msia bbza, tp ada =: msia unik
3) Msia dfahami spnhnya dlm konteks bdya, identiti etnik n identiti gender : disosialisasikan o masy & pskitaran
4) Khdpn msia = satu pss pubahan bterusan: Msia bubah & bkembang
5) T/laku msia = dgerakkn: u memenuhi keperluan
6) Msia = haiwan sosial: hidup bkelompok
7) Msia bpnn hsl pglm sdiri: pglmn yg dpolhi n diingini
8) T/laku ble bsifat adaptif & maladaptif: sesuaikn diri gn khdk khidupn
9) T/laku msia mmpyi plbg sbb

Sej ringkas pkbgn Psikologi:
o Aristotle: cr jwpn ttg t/laku msia
o Abad ke18: guna kaedah saintifik kaji ttg otak, saraf & organ deria:
§ Gustav Fechner : Pakar Minda (Ilmu fizikal & psikologi (deria), pnn chya - deria mata
o Abad ke19 n awal abad ke20: Ilmu psikologi trs bkembang
§ Wilhelm Wund : Pgss Psikologi Saintifik, Aliran Strukturalisme (kajian Minda Mental Sedar), Mnubuhkn makmal psikologi pertama di Leipzig, Jerman.
§ Di AS, William James : ahli fisiologi U. Harvard, Aliran fungsionalisme (pss mental n mdhkn msia sesuaikn gn psktrn), buku “Principles of Psikologi”
· Pmikirn awl o Sigmund Freud – Hypnosis (psikoanalisis)
· Jean Martin Charcot – kclaruan mental d kesan mllui mslh sxsl
o Abad ke20:
§ Ivan Pavlov (Rusia) n E.L. Thorndike (AS) : Psikologi Eksperimental
§ Watson n Pavlov : Behaviorisme
§ Max Wertheimer, Wolfgang Kohler, Kurt Koffa : Psikologi Gestalt (d Jerman)
§ Thorndike & Pavlov : Teori Pembelajaran (Rgsgn-grkbls / S-R)
§ Alfred Adler & Carl Jung (ank ddk n pgrh Freud : Teori Personaliti
§ Carl Rogers & Abraham Maslow : Teori Humanistik

Peristiwa Penting dlm Sej Awal Psikologi:
o Wilhelm Wundt – Mkml psikologi 1 d Leipzig, Jerman (1879)
o G. Stanley Hall – Mkml psikologi 1 d Amerika, U.John Hopkins (1883), Jurnal psikologi 1 “American Journal of Psychology” (1887), mnubuhkn Psatuan Psikologi Amerika dan jd presiden 1 psatuan bkenaan (1892).
o William James – buku “Principle of Psychology” mluas dgunakan (1890)
o Margaret Foy Washburn – wanita 1 ada PHD psikologi (1894)
o Edward L. Thorndike – Eksprimen 1 k atas pbljrn haiwan (1898)
o Sigmund Freud – pknlk T.Psikoanalisis dlm D Interpretation of Dream (1900)
o Gilbert Haven Jones – org Amerika 1 ktrunan Afrika ada PHD mgjar psikologi d Amerika (1901)
o Alfred Binet & Theodore Simon – mcipta ujian kcerdasan 1 (1905)
o Ivan Pavlov – mulakn kajian klasik k atas pmbelajaran haiwan (1906)
o John B. Watson – pkenalkan psikologi sbg sc t/laku (1913)

ü 9 Aliran / Teori dlm Psikologi:
o 1) Strukturalisme
· Wilhelm Wundt (WW)
· Aliran psikologi 1
· Analisis unsur asas / struktur pglmn mental sedar
o 2) Fungsionalisme
· William James (WJ)
· Aliran psikologi 1 di AS
· Pss mental n pnn dlm mudahkn msia suaikn diri dgn pskitran
o 3) Psikologi Gestalt
· Max Wertheimer (MAX)
· Indiv mpersepsi objek & pola sbg myeluruh
o 4) Psikoanalisis
· Sigmund Freud
· Pnn grkuasa2 (forces) n konflik mental bwh sedar (unconcious) dlm pgrhi t/laku msia.
o 5) Behaviourisme
· John B. Watson, B.F. Skinner, Ivan Pavlov
· Pnn psktrn sbg penentu t/laku msia
o 6) Humanistik
· Abraham Maslow, Carl Rogers
· Msia mpyi kbolehn menentukn nasib sendiri
o 7) Pbljrn Sosial (neobehaviorisme)
· Albert Bandura
· Interaksi bterusan ant pskitarn n personal (tekankn kognisi pemikiran dlm pss pbljran)
o 8) Kognitif
· Pnn pss mental (persepsi, pemikiran n ingatan) mdsri t/laku
o 9) Biologikal (pdktn neurosains)
· Pnn pss n struktur biologi n baka dlm memahami t/laku (t/laku dr sg faktor biologi – aktiviti kimia, sistem saraf, hormon, gen dsb)

Bidang Ilmu Psikologi (2):
o 1) Bidang Asas (9)
· Psikologi Biologi – sist saraf n organ myediakn asas kpd t/laku.
· Kderiaan n persepsi – mtafsir maklumat / rangsangan dlm psktrn
· Pbljrn n ingatan – cr b/mana bljr n ingat pkara baru u bhub gn org lain
· Kognisi – tdkn cerdas (bfikir, mpersepsi, mrcg, rekacipta, mimpi, bckp, mdgr n selesaikn mslh.
· Psikologi pkbgn – prubahn spjg hayat dr lahir hingga tua
· Motivasi n Emosi – ttg kperluan n keadaan mgerak n mgatur t/laku u bgabung gn org lain.
· Personaliti – t/laku konsisten yg mcirikn diri seseorg
· Psikologi sosial – pgrh org lain k atas t/laku kita
· Psikologi sosiobudaya – faktor etnik n bdya, identiti gender, orientasi seks n isu yg bkaitan
o 2) Bidang Gunaan (5)
· Psikologi Klinikal – mengubati t/laku bilazim
· Psikologi Kaunseling – bantu atasi mslh peribadi, skola, karier
· Psikologi Industri-Organisasi – suaikn diri gn keje, hub s rakan
· Psikologi Pendidikan & Sekolah – B/mn knk2 bljr dlm kelas, pbtkn ujian psikologi n pddkn
· Psikologi Kesihatan – Tekankn pkara myumbg kpd kesihatan dan cuba atasi mslh ksihatan

ü Hub Psikologi dgn Ilmu lain (3)
o 1) Hub gn Sc Biologi
· Fisiologi, neurologi, biokimia
· Bkaitan gn biologi, genetik, kmatangan n keadaan tubuh
o 2) Hub gn Antropologi
· Pblhubah budaya & sosial
· Asal usul manusia n pkbgn tamadun manusia
o 3) Hub gn Sosiologi
· Kaji msia dlm kelompok n pgrh kelompok ke atas individu

Kerjaya dlm Bidang Psikologi (3)
o 1) Psikologis
· Tamat pgkt Siswazah 4/5 thn
· Ada PHD dlm psikologi
o 2) Psikologis Klinikal
· Ada PHD khusus dlm sub bidang klinikal
· Menyelia sesi terapi ttg t/laku bilazim
· X layak bg ubat
o 3) Psikiatri – Doktor Perubatan
· habis dlm Latihan klinikal n diagnose t/laku bilazim
· Ubati t/laku gn ubat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Semoga Maju Jaya ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~