WELCOME

NicE 2 mEet AlL oF u & w
elcome to my page... That just a little info, I wouLD like To Share wIT aLl of U mY Prenzz

Don't 4get, u all can email me.. if u want communicate or advised abt study or assignment

Tuesday, July 19, 2011

RASA INI BUATMU CIKGU

Rasa ini bila ku kenang dia...
Sayu rasa di hati...
Rasa bagai cepat betul masa itu pergi...

Dulu, ku pernah jumpa dia
Saat ku mula bertatih utk berlari mengenggam ilmu.
Jasamu cukup besar cikgu...

Andai mampu ku putar waktu itu...
Inginku rakamkan nostalgia dulu agar mampu ku dedikasikan utk waris-warisku...
Cikgu di antara guru yang mengajarku realiti sebuah dunia alam persekolahanku...
Cikgu
Semoga damaimu di sana di dalam himpunan orang-orang yang beriman....

Hanya al-fatihah mampu ku berikan buatmu cikgu
Sekadar pemberian Kecil dariku buatmu...
Terima Kasih Cikgu...

Jasa dan taburan budimu kan kujadikan bagaikan urat saraf nadiku untuk terus mencari ilmu...
Sekadar coretan rasaku di petang syahdu dengan hembusan nyamannya angin setelah hujan menziarahi alam ini.....

Sekian dulu buat kali ini...

Monday, July 18, 2011

DAMAI INI

Damai ini...
Hias dengan perpaduan
Lakarkan dengan keamanan
Untuk teruskan kesepakatan
Tanda hargai kemerdekaan

Damai ini...
Hias dengan akal suci
Demi majukan bumi
Lepaskan revolusi kosong
Yang ibarat tin kosong

Damai ini...
Hias dengan hijaunya bumi
Jangan ada ruang seinci
untuk si pulan binasa tanah ini
dengan panji-panji kosong

Damai ini...
Hias dengan merdeka merdeka merdeka
Selagi bulan dan bintang berbicara
Malaysia milik kita
Malaysia bumi tercinta

Sunday, July 3, 2011

UPM PPL SANDAKAN SKP2101 SEM_1 2011-2012

INFO TUTOR UPM PPL SANDAKAN SABAH:
PENSYARAH SKP2101: DATIN DR. SARVINDER KAUR

TAJUK TUGASAN SKP2101:

1. Kepentingan Rukun Negara dalam perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.
2. Kepentingan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.
3. Perbezaan sistem demokrasi di Malaysia dan sistem berpresiden di Amerika Syarikat.
4. Penglibatan pemuda dalam politik di Malaysia.
5. Peranan sekolah dalam perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.
6. Bincangkan konsep 1 Malaysia.
PERATURAN TUGASAN SKP2101:

1. Tugasan perlu disediakan secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat pelajar.
2. Ditulis dengan font 12, double spacing dan Times new Roman.
3. Tugasan mesti dilengkapi dengan Bibliography.
4. Tugasan mesti dilengkapi dengan kandungan.
5. Tugasan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 25 mukasurat.
6. Tugasan dihantar sebelum minggu ke 10 pengajaran.

UPM PPL SANDAKAN BBM3204 SEM_1 2011-2012

INFO TUTOR UPM PPL SANDAKAN SABAH:
PENSYARAH: PROF. MADYA HJ. ARBAK OTHMAN

Topik utk Mid-Term Exam: Unit 1 - 5


TAJUK KERJA KURSUS:

Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang berikut:

1. Mengapa bahasa berubah
2. Diglosia
3. Kesantunan bahasa.
4. Standardisasi bahasa.
5. Hubungan bahasa dengan budaya
6. Pijin dan Kreol
7. Apakah yang dapat anda ketahui dengan mempelajari ilmu sosiolinguistik?

Gunakan sekurang-kurangnya TIGA rujukan. Panjang kertas kerja tidak dihadkan. Tulis sebanyak mungkin yang mampu tetapi tidak terkeluar daripada tajuk.
Kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Pendidikan Jarak Jauh UPM sebelum hari dan tarikh Peperiksaan Pertengahan mengikut jadual perancangan PJJ.

PENILAIAN TUGASAN :
1. Setiap kertas kerja hendaklah ditaip langkau dua baris dengan komputer.
2. Setiap kertas kerja hendaklah ditulis sebanyak sekurang-kurangnya 6 - 10 halaman (boleh lebih sampai 20 halaman jika bahannya banyak). Kualiti akan diukur dari segi kandungan dan jumlah halaman + rujukan yang lebih daripada 3 sumber.
3. Penilaian akan dibuat berdasarkan mutu persembahan penulisan.
4. Hasil kerja hendaklah asli, yakni tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat daripada mana-mana teks sumber. Rujukan hendaklah dilakukan sebagai panduan untuk calon mengolah kerja peribadi. Kertas kerja yang mengandungi sebarang bentuk penyalinan akan dinilai tidak melebihi markah maksimum 15% (15 markah). Calon mungkin mendapat lebih rendah daripada jumlah itu berdasarkan mutu kerja.
5. Kertas kerja hendaklah ditulis dengan merujuk sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan. Bahan rujukan hendaklah disenaraikan pada halaman belakang sekali.
6. Saya dan Dr. Ahmad Mahmood Musanif telah menuliskan sebuah buku teks sosiolinguistik dengan judul FAIL SOSIOLINGUISTIK. Pelajar kursus tidak dipaksa untuk membeli buku, kerana mereka sudah dibekalkan Modul oleh PJJ. Tetapi jika para pelajar mahu memiliki bahan sumber yang ditulis dalam bahasa Melayu sebagai teks atau buku bidang kursus, mereka boleh mendapatkannya daripada saya (Hj. Arbak Othman) semasa pertemuan bersemuka pertama. Mereka yang tidak berpeluang membelinya, bolehlah membelinya pada pertemuan bersemuka kedua akan datang.

UPM PPL SANDAKAN MGM3180 SEM_1 2011-2012

INFO TUTOR UPM PPL SANDAKAN SABAH:
Pensyarah MGM3180 Asas Keusahawanan:

Dr Mass Hareeza Ali
Department of Marketing & Management
Faculty of Economics & Management
Universiti Putra Malaysia
mass@econ.upm.edu.my
Mid-Term Exam: only 10 %
-Chapter 3 only: Creativity, innovation and entrepreneurship
-Also related issues in entrepreneurs
-Three short questions
Evaluation MGM3180:
Assignment – 70%
Mid term Exam – 10%
Final Exam – 20%
Information abt assignment 70%:
-Entrepreneur’s Profile – 10%
-Internship – attached to one particular small/medium organization (4 weeks)
*Written activities (report) as entrepreneur (base on internship) – 30%
-Business proposal – 30%